CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Gila Lepas Langgar Sumpahan 'Tak Boleh Jual Nasi'

24-6-2021 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4753| Komen: 32

Description: Sebuah perkampungan di Jawa Tengah mempunyai satu kepercayaan aneh yang melarang penduduknya menjual nasi, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Sebuah perkampungan di Jawa Tengah mempunyai satu kepercayaan aneh yang melarang penduduknya menjual nasi, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Penduduk kampung yang dinamakan Desa Penimbun itu mengamalkan pantang larang tersebut kerana dipercayai akan ditimpa musibah sekiranya menjual nasi kepada pelanggan.



Penduduk Desa Penimbun percaya akan ditimpa musibah sekiranya menjual nasi kepada pelanggan. - Boombastis

Menurut kepercayaan mereka, pada zaman dahulu, terdapat seorang pengembara yang berjalan melalui kampung tersebut dan kerana kelaparan, dia meminta nasi daripada penduduk.

Malangnya, Desa Penimbun pada waktu itu sedang dilanda krisis kebuluran sehinggakan tiada seorang pun penduduknya yang memberi nasi kepada pengembara berkenaan.

Akibat marah, pengembara itu bersumpah dengan berkata bahawa generasi-genarasi akan datang di kampung itu dilarang menjual nasi dan jika ada yang berdegil, mereka akan ditimpa musibah.


Penduduk percaya, musibah tersebut adalah termasuk gangguan mental secara tiba-tiba atau meninggal dunia dalam keadaan yang aneh.

Menurut Ketua Kampung, Desa Penimbun, Saijan, meskipun tidak menjual nasi, penduduk diwajibkan memberikan nasi secara percuma sekiranya ada orang luar yang datang ke restoran mereka.

“Sebelum ini, memang ada kejadian seorang penduduk yang melanggar pantang larang itu. Dia secara tiba-tiba menjadi gila sehingga akhirnya meninggal dunia,” ujarnya.

Meskipun tidak boleh menjual nasi, penduduk dibenarkan menjual makanan-makanan lain yang diperbuat daripada beras seperti ketupat dan lontong.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 24-6-2021 09:11 AM
Alaaa boleh je xjual nasi tu, tp cost nasi dah masuk siap2 dlm cost lauk pauk…sama juga total nya nanti
Quote glump 24-6-2021 09:13 AM
Tak boleh jual nasi tapi boleh je sedekah nasi
Quote ellejo 24-6-2021 09:18 AM
jahatnya pengembara tu.
org dah kebuluran ko nak mintak nasik. tak dapat ko sumpah tempat tu.

aku cukup tak suka org sumpah2 org.
baik mak tanggang mahupun mahsuri. rasa diri tu innocent sangat sampai nak sumpah semua org.



Quote Tinot7 24-6-2021 09:25 AM
Bila dah hangry, mcm2 voley berlaku

Akibat marah, pengembara itu bersumpah dengan berkata bahawa generasi-genarasi akan datang di kampung itu dilarang menjual nasi dan jika ada yang berdegil, mereka akan ditimpa musibah.
Quote djzara81 24-6-2021 09:27 AM
Wahhh, org marah2 ni sumpahan menjadi yaa{:laugh
Quote najib888 24-6-2021 09:32 AM
Kat Malaysia tak dak pula pengembara menyumpah kedai nasi kandaq ka..nasi Briyani ka..
Quote msdummy.2018 24-6-2021 09:36 AM
ellejo replied at 24-6-2021 09:18 AM
jahatnya pengembara tu.
org dah kebuluran ko nak mintak nasik. tak dapat ko sumpah tempat tu.


Pelik...sumpahan yg ni terbukti jadi..sumpahan kat pm xplak menjadi
Quote JohnyEnglish 24-6-2021 09:48 AM
ellejo replied at 24-6-2021 09:18 AM
jahatnya pengembara tu.
org dah kebuluran ko nak mintak nasik. tak dapat ko sumpah tempat tu.

sini lg ganas.kelembai sumpah jd batu terus
Quote ketupatnasi 24-6-2021 09:53 AM
Sini retis insta politician dimaki hamun siang malam aman damai jahhh.. Dia punya gila sampai jin pun takot
Quote Simunggu 24-6-2021 09:54 AM
kenapa tak disumpahnya PKP ni...atau cobid supaya tak timbul di dunia yg fanah ni
Quote kucingitam 24-6-2021 10:07 AM
jgn main2 dgn org tgh lapar gaiss
Quote xpdckelate 24-6-2021 10:09 AM
mcm2 la ada lagi yg percaya benda bukan2
Quote sukacactus 24-6-2021 10:27 AM
TT ni asyik news indon je
Quote stingeralexis 24-6-2021 11:08 AM
Tinot7 replied at 24-6-2021 09:25 AM
Bila dah hangry, mcm2 voley berlaku

Akibat marah, pengembara itu bersumpah dengan berkata bahawa  ...

[youtube]dOs8quC0f0I[/youtube]

Org org bentan dah boleh jjcm ke kota tinggi keww?

Sumpahan dah expire keww belum?

Quote budaktua 24-6-2021 11:11 AM
msdummy.2018 replied at 24-6-2021 09:36 AM
Pelik...sumpahan yg ni terbukti jadi..sumpahan kat pm xplak menjadi

ni kat indon....
diorng tk sumpah PM diorng...


err...sana ada PM ka..?

Quote Tinot7 24-6-2021 11:18 AM
stingeralexis replied at 24-6-2021 11:08 AM
Org org bentan dah boleh jjcm ke kota tinggi keww?

Sumpahan dah expire keww belum?

Tak tau... pi tanya depa la..
Quote stingeralexis 24-6-2021 11:19 AM
Tinot7 replied at 24-6-2021 11:18 AM
Tak tau... pi tanya depa la..

Kau org bentan takkan tak tahu?
Quote Tinot7 24-6-2021 11:20 AM
stingeralexis replied at 24-6-2021 11:19 AM
Kau org bentan takkan tak tahu?

Org bentan nih amender?
Iols bkn org bentan lerr tuhh..
Quote salimrock 24-6-2021 11:22 AM
ellejo replied at 24-6-2021 09:18 AM
jahatnya pengembara tu.
org dah kebuluran ko nak mintak nasik. tak dapat ko sumpah tempat tu.

manusia zaman kuno tu sis, jgn lah salah kan mereka.. tahap pendidikan zaman tu takat mana sangat, ilmu2 yg diorang belajar mgkn ilmu2 tangkap ikan, tangkap binatang, masak nasi, tanam sayur,  senaman kuatkan batang pelir, senaman kemut faraj, ilmu pengasih, ilmu lawan2 silat, santau bagai...  dan juga mereka percaya sultan / raja adalah jelmaan Tuhan dari kayangan yg turun ke bumi,  pokok2, hutan2, lautan2  ada saka,  makhluk halus yg harus di persembahkan dgn pulut2 kuning dn daging ayam...atau telur ayam,


so what to aspect dgn masyarakat kuno zaman itu...

tp kadang2 cerita dongeng ni sekadar dongeng sis,

si tanggang tu supaya anak2 jgnlupa mak bapak bila dh kaya

batu belah batu bertangkup supaya anak2 menyayangi mak bapak dn jgn fikir perut sendiri je ( sama la cm makan pedal nnti kote liat kalo tak sunat, makan telur ikan nnti naik jerawat atau tak pandai matematik, padahal mak bapak yg nak makan )

malam jumaat kena tidur awal,mahluk halus berkeliaran... kalo ada bunyi pelik2 jgn tegur ( padahal mak bapak tgk projek )

hang tuah hang jebat tu mgkn propaganda politik supaya jgn ada rakyat jelata yg durhaka pada soltan, betul atau salah soltan, rakyat tak boleh memberontak, nnti buruk padah nya....


snow white pula jgn layan adik tiri/kakak tiri  dgn layanan buruk nanti dia akan lebih berjaya pd suatu masa...



Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.250230 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top