CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Penganalisis, Sekarang Beli Beras Pun Tak Ada Duit

24-6-2021 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 85175| Komen: 841

Description: KUALA LUMPUR: Ibarat jatuh ditimpa tangga.
KUALA LUMPUR: Ibarat jatuh ditimpa tangga.

Itu perumpamaan buat ibu tunggal berusia 45 tahun, Siti Suzanne Anton, yang pernah bertugas sebagai penganalisis di sebuah syarikat cari gali.


Lapan bulan lalu, dia kehilangan pekerjaan. Lantaran itu, kehidupannya terus berubah daripada seorang yang berkerjaya dalam golongan M40 kepada golongan susah di bawah kategori B40.


Kredit foto: Awani


Hanya berbekalkan bantuan zakat RM500, hidup perlu diteruskan bagi ibu tunggal lima anak ini meskipun tidak mendapat bantuan lain.

"Ada masa (keadaan) saya memang teruk, tiada beras, dan lain-lain keperluan. Saya terpaksa bertanya di mana boleh dapatkan beras.


"Kalau kita buat hantaran di Facebook, meminta bantuan, biasanya ada pihak yang akan respons balik. Alhamdulilah ada yang bagi makanan.

"Pernah dua tiga kali beras habis, duit pun tiada. Terpaksa tanya siapa yang ada beli beras," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di kediamannya di Petaling Jaya.

Lima anaknya berusia 21, 17, 13, 11 dan 10 tahun, masing-masing masih bersekolah sementara anak sulungnya ketika ini menjadi pelatih di sebuah syarikat.

 Kredit foto: Awani

Kisah Siti Suzanne mengusik hati penulis, pilu melihat bagaimana pandemik ini boleh mengubah kehidupan seseorang.

Lebih meruntun jiwa, dia yang menghidap penyakit jantung mendahulukan wang yang ada demi memastikan makanan tersedia buat anak-anaknya dan bukan ubat-ubatan yang diperlukannya.

"Saya mengalami serangan jantung (lapan bulan lepas), tetapi saya tidak beli ubat-ubat saya sebab tak mampu. Jadi, peruntukan untuk ubat saya tukar ke makanan anak-anak. Itu paling penting bagi saya.

"Sebenarnya saya bergantung kepada ubat, saya sudah buat pembedahan masukkan belon di urat jantung. Jadi, saya mengharapkan ubat.

"Tetapi buat waktu ini saya tak mampu beli ubat, kecuali ubat cair darah sahaja. Ubat lain saya tak mampu beli sebab agak mahal," kata Siti Suzanne lagi.


Kredit foto: Awani


Ketika menceritakan keadaannya, air matanya berlinang mengenang nasib anak-anaknya.

Tekad mahu bangkit, Siti Suzanne terus berusaha mendapatkan pekerjaan meskipun lebih lapan kali permohonannya tidak berhasil.

"Walaupun banyak saya mohon kerja, tetapi tiada rezeki. Memang sedih. Tiada sokongan. Dan memang saya tertekan juga. Mencari kerja sekarang tidak macam dulu.

"Bagi saya, yang paling utama untuk dapat kerja, kemudian saya nak dapatkan hidup saya macam dulu.

"Sebenarnya, semangat saya sudah tiada, tetapi anak-anak yang buatkan saya kuat semangat untuk lalui dugaan ini," jelasnya.

Meskipun terpaksa melalui hari-hari sukar, Siti Suzanne tidak mendapat bantuan seperti golongan B40 kerana dia masih dikategorikan sebagai M40.


Kredit foto: Awani

Apa yang diharapkan, ada pihak yang dapat membantunya meringankan beban.

Ini realiti kehidupan golongan M40 yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB miliknya bernombor 7629047415. -CARI

Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damsel_fiji 24-6-2021 12:06 PM
Kesiannya..
Quote Makcik.Kiah 24-6-2021 12:07 PM
Harapnya adalah forumer lelaki dalam forum ini yang bersungguh mencontohi Sunnah Nabi Muhammad saw membela ibu-ibu tunggal yang macam ni. Jangan asyik tersengeh-sengeh bila tengok video gadis Tik Tok menari tergolek-golek dan pasang angan-angan nak kahwin gadis Tik Tok tu.

Kalau laki makcik dah tak mampu dah, sebab dah ada kencing manis dan sakit lutut. Kalau merenyam jugak, makcik luku je lutut tu biar meraung dia.
Quote kelapaparut 24-6-2021 12:08 PM
ex penganalisis syarikat carigali..brp ye gaji sblm ni, xkan xde plan b langsung..anyway simpati jugakla, smg akak ni dpt keje baru, ye la ade sesetengah org xleh buat keje lain tau buat keje tu je, smg dimurahkan rezeki amiinn
Quote naina 24-6-2021 12:10 PM
Kan..ingat m40 ni senang ke
Namanya m40 atas slip gaji
Tu PON atas pagar
Aku tak faham kenapa kerajaan perlu selaraskan syarat2 semua sama UTK B40
Sangatlah tidak adil
Semua bantuan B40 dapat
Senang Sebb dia B40 mudah dapat bantuan
Quote Babai 24-6-2021 12:10 PM
Edited by Babai at 24-6-2021 12:16 PM

Betul ke sampai beras pun takde? Takkan cepat sangat habis dia punya i-sinar, duit simpanan dan lain2 tu?
Quote zehra2 24-6-2021 12:10 PM
Edited by zehra2 at 24-6-2021 12:11 PM

jom ler tolong sorang skit.
jgn plak acc dia kena sekat.
nk tanggung anak 5 org bkn senang.
Quote monreyes 24-6-2021 12:11 PM
knp x sambung check up kat spital gomen...
jagalah kesihatan sama...
Quote chandrahusin 24-6-2021 12:12 PM
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB miliknya bernombor 7629047415.
"Saya mengalami serangan jantung (lapan bulan lepas), tetapi saya tidak beli ubat-ubat saya sebab tak mampu. Jadi, peruntukan untuk ubat saya tukar ke makanan anak-anak. Itu paling penting bagi saya.
"Sebenarnya saya bergantung kepada ubat, saya sudah buat pembedahan masukkan belon di urat jantung. Jadi, saya mengharapkan ubat.
"Tetapi buat waktu ini saya tak mampu beli ubat, kecuali ubat cair darah sahaja. Ubat lain saya tak mampu beli sebab agak mahal," kata Siti Suzanne lagi.

It shows, apa2 pun boleh jadi masa ni
dia ada sakit jantung lagi
moga dipermudahkan segala urusan beliau
Quote Babai 24-6-2021 12:13 PM
kelapaparut replied at 24-6-2021 12:08 PM
ex penganalisis syarikat carigali..brp ye gaji sblm ni, xkan xde plan b langsung..anyway simpati jug ...

Aku pun nak tau juga. Kalau sampai level beras pun takde, itu dah tahap betul2 terdesak. Takkan duit i-sinar, duit simpanan dan lain2 tu cepat sangat habis sampai beras pun takde?
Quote Babai 24-6-2021 12:15 PM
chandrahusin replied at 24-6-2021 12:12 PM
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumba ...

Ubat cair darah semua tu beli kat swasta ke? Kawan aku dulu pernah cerita dia ada gak ambik ubat cair darah, tapi kat hospital kerajaan jela.
Quote laradelara 24-6-2021 12:17 PM
Kesiann.. Semoga dipermudahkan urusan akk ni
Quote Babai 24-6-2021 12:17 PM
monreyes replied at 24-6-2021 12:11 PM
knp x sambung check up kat spital gomen...
jagalah kesihatan sama...

Kawan aku dulu pernah jugak cerita dia ada ambik ubat cair darah, tapi dia ambik kat hospital kerajaan jela.
Quote insulin 24-6-2021 12:17 PM
Makcik.Kiah replied at 24-6-2021 12:07 PM
Harapnya adalah forumer lelaki dalam forum ini yang bersungguh mencontohi Sunnah Nabi Muhammad saw m ...

@brego



Quote dua_chzy 24-6-2021 12:18 PM
Babai replied at 24-6-2021 12:13 PM
Aku pun nak tau juga. Kalau sampai level beras pun takde, itu dah tahap betul2 terdesak. Takkan du ...

Mungkin duit simpanan habis bayar hutang atau komitmen bulanan demi pastikan anak2 maintain hidup selesa.
Quote pyropura 24-6-2021 12:18 PM
Ibu suzanne, anda masih beruntung, kan DAP dah takde. Kalau anda mati buloq, itu syahid. Tetap beruntung.
Quote dua_chzy 24-6-2021 12:19 PM
insulin replied at 24-6-2021 12:17 PM
@brego

Aik, mungapa tak calonkan diri sendiri saja?
Quote honeybee1802 24-6-2021 12:19 PM
chandrahusin replied at 24-6-2021 12:12 PM
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Siti Suzzanne boleh menyalurkan sumba ...

Umur 40an..sakit jantung plak...mmg susah nak cari keje baru...
Kita ni tatau untung nsb kita...like akak ni..kalo pinjaman rumah dsh setel..Alhamdulillah...
Quote pyropura 24-6-2021 12:20 PM
Gagalnya handling Covid bukti gagalnya UMNO, sebabnya:

Menteri kanan SOP PkPpbtd - UMNO
Menteri covid air suam - UMNO
Menteri vaksin harga rahsia - UMNO


https://assets.bharian.com.my/images/articles/Logo_UMNO_1617437721.jpg
Quote insulin 24-6-2021 12:20 PM
dua_chzy replied at 24-6-2021 12:19 PM
Aik, mungapa tak calonkan diri sendiri saja?

Saya tak berani nak jadi instant father.

Lihat semua komen(841)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.089934 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top