CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Motosikal Terbakar Angkara Dendam Diceraikan

24-6-2021 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1888| Komen: 2

Description: Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa membakar enam motosikal termasuk milik bekas suaminya di sebuah tempat letak kenderaan di sini.
Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa membakar enam motosikal termasuk milik bekas suaminya di sebuah tempat letak kenderaan di sini.

Lapor Nation Thailand, wanita itu pada mulanya didakwa membakar motosikal bekas suaminya pada Isnin lalu, sebelum api merebak dan membakar lima lagi motosikal yang diletakkan berhampiran.


Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita itu melarikan diri dengan menaiki teksi selepas membakar motosikal bekas suaminya.


Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita membakar motosikal milik bekas suaminya di Bangkok, Thailand. - NATION THAILAND

Susulan kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di Universiti Srinakharinwirot itu, pemilik motosikal berkenaan membuat laporan polis dan mengesyaki bekas isterinya dalang kejadian.

Pasangan itu bercerai sejak tiga bulan lalu dan mangsa percaya bekas isterinya berdendam susulan perceraian tersebut.


Menurut polis, wanita berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa di sini dan sempat bersembunyi di dalam almari pakaian.

Wanita itu mengakui kesalahannya dan memaklumkan dia membakar motosikal bekas suaminya kerana lelaki itu mungkir janji untuk menjual kenderaan tersebut bagi membantu melangsaikan hutang kakaknya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 24-6-2021 07:09 PM
bila kebodohan tu terlampau sgt diri sendiri pulak yg merana. tak pasal2
Quote ImpianSeroja 24-6-2021 08:26 PM
Oh di Thailand..bila amarah menguasai diri

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.095917 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top