CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bau busuk ganggu penduduk. Ratusan ikan sungai Damansara mati keracunan?

25-6-2021 01:08 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4590| Komen: 28

Description: Shah Alam: Penduduk sekitar Shah Alam dikejutkan dengan bau busuk dari ratusan bangkai ikan yang timbul di permukaan Sungai Damansara berdekatan Seksyen 13 di sini, sejak awal pagi tadi.



Shah Alam: Penduduk sekitar Shah Alam dikejutkan dengan bau busuk dari ratusan bangkai ikan yang timbul di permukaan Sungai Damansara berdekatan Seksyen 13 di sini, sejak awal pagi tadi.

Salah seorang penduduk mahu dikenali sebagai Muhammad memaklumkan, dia menyedari kejadian itu sekitar jam 8.30 pagi ketika hadir ke pejabatnya terletak bersebelahan dengan sungai itu.

"Saya terkejut melihat banyak bangkai ikan timbul. Bagaimanapun saya dimaklumkan ada yang melihat bangkai ikan itu timbul lebih awal," katanya ketika dihubungi wartawan.

Sementara itu salah seorang penduduk sebuah kondominium berdekatan sungai itu turut terkejut apabila melihat banyak bangkai ikan dari atas balkoni kediaman dihuni.


"Saya tidak pasti bila bangkai ikan itu mula timbul namun jumlahnya semakin banyak petang tadi. Malah terdapat lapisan seakan minyak di permukaan sungai itu.

"Semua bangkai ikan berkenaan dilihat dibawa arus sungai berkenaan ke bahagian hilir sungai," katanya.



Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan.

"Kami menerima panggilan mengenai insiden terbabit sekitar jam 2 petang tadi. Pasukan pemantauan sudah bergerak ke lokasi untuk mengenalpasti punca kejadian berkenaan," katanya.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Reira77 25-6-2021 02:13 AM
Ada la tu malaun yg buang chemical ke apa ke. Bangang betul
Quote lattehazelnut 25-6-2021 04:26 AM
xlama lg stat la xde air punca pencemaran bau
Quote ninja boy 25-6-2021 06:40 AM
Pengilang2 semua bodoh2 buang sisa
Quote Tinot7 25-6-2021 06:49 AM
Eww eww eww.. kilang mana buat hal nihh???
Quote mbhcsf 25-6-2021 06:59 AM
hmm , sekai lagi isu air , so apa komen pihak LUAS ?

dah lah PKP , dan tak tahu lagi macam mane status PKP after this , ni dah satu lagi isu muncul berkaitan air...

apa punca kematian  ikan ikan ni?


Quote darkness 25-6-2021 07:24 AM
Siannya..salah seekor tu spesis ikan peliharaan aku, aku nampak.
Quote xpdckelate 25-6-2021 07:27 AM
Malaysia ni penguatkuasaan bab pencemaran alam sekitar meme longgar sgt...
patut kena penjara je sapa yang buat onar tu semua,menyusahkan rakyat marhein jap lagi loji air kena katup dah terputus bekalan air bersih plak
Quote CardiGans85 25-6-2021 07:31 AM
PKP kan....

Acener boleh jadi? Jeng jeng jeng
Quote xpdckelate 25-6-2021 07:35 AM
CardiGans85 replied at 25-6-2021 07:31 AM
PKP kan....

Acener boleh jadi? Jeng jeng jeng

ada la tu syarikat haram duk bersidai tepi sungai atau lori2 dajei pi buang chemical lam sungai
Quote matchstick 25-6-2021 09:13 AM
lattehazelnut replied at 25-6-2021 04:26 AM
xlama lg stat la xde air punca pencemaran bau

Area sungai ni bukan water catchment area i.e takde water treatment plant dkt downstream so mgkn tak terjadi la kes takde air. Sg Damansara ni anak sg Klang kalo tak silap, so mmg bukan punca air utk WTP syabas. Kalau ada pencemaran dkt upstream sg langat dan sg Selangor baru lah aku betul2 risau takde air.
Tapi bila ikan bandaraya yg boleh hidup dlm paip najis pon mati maksudnya sungai betul2 kotor dan tercemar la
Quote naina 25-6-2021 09:21 AM
Ikan apa tu? Boleh dimakan tak
Banyak juga sumber ikan sungai tu
Kalau dah mcmni mati banyak kena kutip ke biar je
Quote kucingitam 25-6-2021 12:00 PM
mamat janggut tu mana? dia kan suka report2 sungai tercemar la, org terima rasuah pebenda la..
Quote Artemesiaa 25-6-2021 12:02 PM
Pastinya ada pencemaran sungai.  Nak buat kerja senang semua main campak dalam sungai.
Quote white_musk 25-6-2021 12:53 PM
Selayaknya kerana orang demonsara lah juga yang memangkah mereka semasa pilihanraya krlmarin
Quote syaz_lina 25-6-2021 03:19 PM
Babis kilang mana la dump chemical waste ni..elok cekup tokey suruh dia minum waste dia tu, biar menggelegak perut hijau
Quote tripleid 25-6-2021 04:11 PM
Edited by tripleid at 25-6-2021 04:12 PM

depress dgr berita mcm ni..

tapi sg gombak kat kl skrg bersih giler..air jernih mcm kat belah hulu..ikan berkepuk2 dlm sungai bole tgk kalo lalu naik lrt
Quote lattehazelnut 26-6-2021 11:36 AM
matchstick replied at 25-6-2021 09:13 AM
Area sungai ni bukan water catchment area i.e takde water treatment plant dkt downstream so mgkn t ...

Dia berangkai.. kilang sana buat..
Kang kilang kat sg rawang tu stat la buang gak..
Quote matchstick 26-6-2021 11:51 AM
lattehazelnut replied at 26-6-2021 11:36 AM
Dia berangkai.. kilang sana buat..
Kang kilang kat sg rawang tu stat la buang gak..

kilang discharge pollutants ke sungai bukan sbb tgk kilang kt lain buat mcm tu jgk.. kalau mmg kilang takde proper treatment plant utk treat effluent before discharge, diorg discharge aje ke sungai tak kira bila dan kt mana..cuma nasib je kantoi atau tak, dan kilang yg discharge masuk sungai yg bukan punca air mentah lebih relax sbb DOE tak strict sgt. Cuma skrg musim panas, takde hujan. Impact kilang discharge tu lebih teruk dkt sungai sbb air kurang. So yeah..tak lama lagi mgkn jadi lagi kes takde air
Quote shernazz 26-6-2021 12:38 PM
naina replied at 25-6-2021 09:21 AM
Ikan apa tu? Boleh dimakan tak
Banyak juga sumber ikan sungai tu
Kalau dah mcmni mati banyak kena  ...

ramai je yang mancing kat sungai tu kaka
kesian la depa yang mmg amek ikan kat sungai tu untuk di makan

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055436 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top