CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bertahun-Tahun Jadi Baik Dan Sopan, Teringin Nak Psiko"

16-6-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4006| Komen: 3

Description: Dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda, rata-rata ramai selebriti memilih untuk mencuba nasib dalam bidang lain seperti berniaga dan sebagainya.
Dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda, rata-rata ramai selebriti memilih untuk mencuba nasib dalam bidang lain seperti berniaga dan sebagainya.

Bagi pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor, pengalaman 30 tahun dalam industri hiburan memberinya peluang untuk mencuba pelbagai jenis watak.

Foto:IG


Cukup sinonim dengan watak wanita sopan dan lemah lembut, Fadilah menyimpan impian untuk mencuba nasib melakonkan watak psiko.

"Sedar tak sedar, sudah lebih 30 tahun saya beraksi di pentas seni lakon tanah air. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan itu banyak pengalaman dan ilmu saya timba.

"Kalau sebelum ini, saya lebih banyak ditawarkan watak-watak yang baik dan sopan dan beberapa bulan lalu membuka mata ramai penonton menerusi watak antagonis, saya ada satu lagi impian.




"Impian saya adalah untuk mencuba membawakan watak sebagai wanita psiko. Watak yang saya inginkan itu adalah watak yang mungkin tak nampak seperti penjahat, tapi sebenarnya dialah yang paling jahat," katanya.

Berjaya mencuri perhatian ramai menerusi watak antagonis sebagai Opah dalam drama bersiri Sabarlah Duhai Hati baru-baru ini, Fadilah berterima kasih kepada pihak produksi yang memberi kepercayaan kepadanya.



"Saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak produksi yang memberi kepercayaan kepada saya. Saya juga diberi ruang untuk melakukan kreativiti sendiri bagi menjayakan watak Opah.

"Pada awalnya, saya sendiri pun tak sangka bahawa ia sejahat itu apabila ditontonkan di kaca TV. Tapi, apabila ramai beri maklum balas positif, saya bersyukur," katanya.

Namun, itu tidak bermakna dia akan menerima tawaran sebegitu terlalu kerap dalam masa terdekat.

"Kalau dalam masa terdekat, mungkin saya tak ambil sebab kalau boleh, nak bagi ada jarak waktu sedikit. Tapi, kalau watak antagonis yang ditawarkan itu ada impak, saya akan pertimbangkan," katanya.




Berkongi mengenai aktivitinya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Ketiga (PKP 3.0), Fadilah banyak menggunakan masanya untuk membantu perniagaan anak-anaknya.

"Saya menetap bersama anak sulung saya. Saya nak buat perniagaan pun saya tak pandai sebab saya memang berlakon saja dari dulu.

"Jadi, kebanyakan waktu saya habiskan untuk membantu anak saya menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Dapat juga saya mengisi masa saya memandangkan penggambaran tidak dapat dijalankan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 16-6-2021 06:14 PM
psiko macam princhiqy ke?
Quote imanjannah 16-6-2021 10:21 PM
iols suka makcik ni berlakon..
Quote Daftpunk_shine 29-6-2021 12:05 AM
Mak tiri khir rahman ni..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.353109 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top