CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabil Mahir Bangga Ada Sijil Kehadiran Penuh Ke Sekolah

16-6-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2650| Komen: 19

Description: Jika ditanya perihal pembelajaran, pasti ramai yang mempunyai pengalaman dan kenangan pahit manis ketika berada di zaman persekolahan yang penuh dengan onak dan duri bergelar sebagai seorang pelajar.K ...
Jika ditanya perihal pembelajaran, pasti ramai yang mempunyai pengalaman dan kenangan pahit manis ketika berada di zaman persekolahan yang penuh dengan onak dan duri bergelar sebagai seorang pelajar.


Keterujaan mahu ke sekolah pastinya disebabkan oleh kehadiran rakan-rakan yang semestinya telah mewarnai alam persekolahan namun pengalaman demikian mungkin berubah sepenuhnya kerana mengetahui bahawa pelajar kini hanya mengenali menerusi talian secara maya sebagaimana yang berlangsung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Foto: IG

Walau bagaimanapun, mengimbau kembali zaman kegemilangan selebriti ini ketika bergelar seorang pelajar, pengacara Nabil Mahir ternyata merupakan seorang yang rajin dan mempunyai tahap disiplin diri yang terpuji.


Memuat naik gambar di laman Instagram, Nabil Mahir berkongsi sijil kehadiran penuh yang pernah diterimanya sebagai anugerah terpuji kerana berjaya hadir ke sekolah setiap hari sepanjang tahun 2003.

“Perfect attendance pergi sekolah! Ade gang tak? Hari tu kemas stor and jumpa macam2! Toys, comics and even rare Pokemon cards pun ade! Bole jual balik ni haha!#perfectattendance“



Hantaran yang dimuat naik itu meraih pujian peminatnya kerana mengetahui bahawa selebriti ini sememangnya dilihat sebagai seorang individu yang sangat rajin dan berdidikasi ketika membuat sesuatu yang ingin dilakukan dan wajar dijadikan teladan serta contoh terbaik.

Tidak menjadi titik tolak, faktor utama penarik seseorang pelajar itu untuk hadir ke sekolah adalah menerusi persekitaran yang kondusif kerana sememangnya ianya penting dan memberi impak positif dalam pembelajaran khususnya kelas selesa dan menarik.

Bukan itu saja, ia juga mampu menyuntik semangat murid untuk kembali ke sekolah yang semakin berkurangan berikutan terlalu lama duduk di rumah ketika (PKP) dilaksanakan.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi mengenai kenangan mereka ketika berada di zaman persekolahan sekali gus membuahkan rasa rindu yang mendalam kerana suasana kini bergelar sebagai seorang pelajar amatlah berbeza dan mencabar.

“Kalau dulu tak suka pergi sekolah, sekarang ni asyik rindu je nak kena berdiri lama-lama waktu perhimpunan, jumpa kawan di kantin….aaa rindu!!”




Benar keadaan terkini mungkin amat berbeza daripada apa yang sering dijalani, namun tidak bermakna ia boleh dijadikan alasan untuk bermalas-malasan ketika menghadiri kelas secara maya.

Pandemik yang melanda mempercepatkan peralihan itu berlaku di seluruh dunia, termasuk di negara kita, kini hampir segala urusan dilakukan dalam talian sebagai contoh interaksi bersemuka secara maya, mesyuarat, seminar, pembelajaran di sekolah, kuliah dan tutorial kini perlu dijalankan secara perhubungan digital.



Tidak mengapa, jadikan segala yang berlaku ini sebagai cabaran untuk kita tempuhi bersama selari dalam mengecapi wawasan negara untuk kembali pulih seperti sedia-kala. -CARI

Sumber: HOT FM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 16-6-2021 12:50 PM
Dah abis nak citer pasal bini ke??
Quote slyfynx 16-6-2021 01:17 PM
So?
Kene bangga dengan kau ke ni?
Quote nakkomenjugak 16-6-2021 02:45 PM
Yawnnnnn... nextttttr
Quote wirazam 16-6-2021 02:54 PM
Anak tunggal ke Nabil ni??
Quote dudaberhias 16-6-2021 02:55 PM
dah tu apa gosipnya?
nexttt...

dua kapel ni dah berapa kali cuba nak up kan diri tapi satu pun tak berhasil...
tak power macam Jah punya marketing team syarikat berbiliyunnn walaupun duduk umah teres berhimpit dengan pati dari golden sand...
Quote ImpianSeroja 16-6-2021 03:12 PM
Oh ok      
Quote bulalof 16-6-2021 03:55 PM
sadis. sentiasa nak up berita2 yg useless....
Quote KIM.K 16-6-2021 05:59 PM
Waa budak baik
Quote shernazz 16-6-2021 06:06 PM
dudaberhias replied at 16-6-2021 02:55 PM
dah tu apa gosipnya?
nexttt...


Until now ke dok berhimpit?
Mak aih..
Quote imanjannah 16-6-2021 06:12 PM
bagus bagus bagus
Quote Boomibulat 16-6-2021 06:16 PM
Masa minang anak Pak Jebat ada tunjuk sijil tu ke..
Quote Rogue98 16-6-2021 06:18 PM
Walaupun mcm kanak2 Ribena tapi aku suka gak dia ni sayang kat AJ n nampak dia loving dgn anak2 sedara dia.
Quote miss_perfect 16-6-2021 06:42 PM
Kata dia ni cucu ustazah fatma zahra tu.... tapi nape makpaknya cam muka melayu je? Tak nampak arab pun
Quote Perils 16-6-2021 06:47 PM
Setakat setahun je . Aku pun hade . Masa keje taw .
Quote nesloice 16-6-2021 06:49 PM
eh eh kau ni
Quote degrandlite 16-6-2021 07:09 PM
Halah halah.. Aku pun ada bro. Tkde apa yg perlu dicanang.. benda dah berkurun lmao
Quote KelisaOren 16-6-2021 07:24 PM
Bertuah ayda dapat laki rajin pegi skolah walaupun perangai mcm hmmm
Quote rosannazmia 16-6-2021 07:25 PM
Aduiiii kenapaaa ahkakkk asik nak masuk thred si mr ayda jebat ni???pas masuk terus nyeesalll????? Wadehekkk??? Ko pakai ilmu tarikan apa ni me ayda ???
Quote matjerk 16-6-2021 07:36 PM
Sejenis hairul jugak dia ni... dah berpuluh tahun masih menjulang pencapaian tertinggi sekolah iaitu menjadi captain sukan rumah merah.

Tp aku suka tgk bini dia manja dgn mak dia.  Rezeki la dpt mentua yg anggap menantu pompuan mcm anak sendiri. Selalunya mentua ni dia ada hasad dengki busuk hati sebusuk busuknya dengan bini anak dia... dah mcm menantu tu madu dia pulak... x boleh tgk anak dia senangkan bini sikit.. mula lah dtg irihati dia.. klu hukum memboleh kan ibu kawen dgn anak... ibu2 mcm ni x lepas dah anak dia kat mana2 pompuan pun... dia sendiri akan kawen dgn anak jantan dia..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.076492 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top