CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Degilnya! Dah Bagi Masa 3 Hari Tapi Tetap Tak Tunai Janji

10-6-2021 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9655| Komen: 88

Description: Seorang penghuni lelaki yang menjadikan koridor rumahnya di Flat Bukit Gedung, Bayan Baru sebagai tempat timbunan barang lusuh masih berdegil dan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa tempatan.
Seorang penghuni lelaki yang menjadikan koridor rumahnya di Flat Bukit Gedung, Bayan Baru sebagai tempat timbunan barang lusuh masih berdegil dan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa tempatan.


Lelaki berusia lingkungan 40-an itu diberikan masa tiga hari oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk membersihkan laluan pejalan kaki.

Penghuni rumah itu sebaliknya hanya mengemas satu pertiga daripada barangan di tingkat empat tersebut.


Seorang penduduk lalu di koridor rumah seorang penghuni yang dipenuhi barangan terpakai di sebuah flat di George Town semalam.

Tinjauan Kosmo! mendapati masih terdapat banyak barangan seperti tayar motosikal dan pakaian lusuh diletakkan di laluan berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu memberi alasan melawat keluarganya yang sakit.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Shahrul, 39, berkata, penghuni itu dilihat kerap mundar-mandir di kawasan flat setiap hari. 


“Sejak kehadiran pihak berkuasa, dia dilihat membawa turun beberapa sahaja barangan terpakai dan diletakkan di tingkat bawah berdekatan tempat letak motosikal.

“Kami (penduduk) tidak berani menegurnya supaya membersihkan halaman rumahnya. Silap langkah, kami pula yang ditengking nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Pengarah Pesuruhjaya Bangunan MBPP, Nik Ariff Long Dir berkata, pihaknya akan mengunjungi rumah itu sekali lagi jika penghuninya masih berdegil.

“Sekiranya penghuni masih gagal mematuhi arahan pihak pengurusan, kita akan turun bantu mereka menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penghuni flat diberi tempoh tiga hari untuk membersihkan koridor yang dipenuhi barangan terpakai sekaligus mengganggu penduduk yang menggunakan laluan tersebut setiap hari.


Sumber: Kosmo!
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-6-2021 04:42 PM
Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak dekat stor utk sidai baju. Sampai baju2 orang yg dekat bawah & atas dia bau ikan & berminyak
IMG_20210610_164029.jpg
Quote SayaSayangMama 10-6-2021 04:44 PM
Kurex: Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak dekat stor utk sidai baju. Sampai baju2 orang yg dekat ...


Euu report je la.. pakai sms pun boleh.
Quote nononcrux 10-6-2021 04:45 PM
mental ke suka simpan brg2 lusuh.. nak niaga buat la stor sendri
Quote bintangct 10-6-2021 04:49 PM
Kurex replied at 10-6-2021 04:42 PM
Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak deka ...

erkk kat mana ni
Quote renko 10-6-2021 04:51 PM
hahahahahahahah sapa suh lembik sangat bagi masa bagai
patut haritu datang
pijak je muka dia suh bersihkan terus aritu gak
hahahahahahahhaha
Quote Adrif 10-6-2021 05:10 PM
penyakit hoarder ni

macam atok nenek aku.
suka kumpul barang-barang terpakai, barang rosak, barang tak guna.
dulu kat kampung ada stor saiz rumah, penuh dengan barang rosak dalam tu. last2 jadi sarang tikus.

pakcik robohkan, katanya takut ada binatang berbisa duduk.
tapi atok and nenek tetap kumpul, longgokkan barang kat belakang rumah pulak.
last2 pakcik bina stor baru, lagi besar untuk simpan barang-barang tu semua.

sekarang nenek aku strok, tak boleh jalan.
kami cucu-cicit bila balik, slow-slow buang barang2 rosak tu.
atok aku still mengumpul kayu, atap zinc, kotak, besi, ape nak dibuatnya entah.

penyakit hoarder ni,
campak orang ada OCD mengemas satu.

sebelah letak peniaga. susun, jual, kemas. susun, jual, kemas.

kalau tak jadi lagu ni ler.. menimbun jadi sampah, orang lain pun tak suka
Quote alieyrina 10-6-2021 05:11 PM
Geramnyaa..tah ulaq sawa tikus beranak pinak dah kt dalam tu
Quote CiliPadiSedap 10-6-2021 05:13 PM
Kurex replied at 10-6-2021 04:42 PM
Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak deka ...

bakar je sampah tu lepas tu cakap kt bomba jgn datang
Quote rukia2 10-6-2021 05:18 PM
Kurex replied at 10-6-2021 04:42 PM
Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak deka ...

melampau sgt nih ..
Quote anony-mous 10-6-2021 05:20 PM
As expected. Sapa la yg percaya dia akn setelkan dlm masa 3 hari tu?? Buang je lah
Quote oni313 10-6-2021 05:23 PM
Kurex replied at 10-6-2021 04:42 PM
Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak deka ...

erkkkk

pakat2 reramai simbah petrol, bakar je terus...

org jenis hoarders ni ada masalah penyakit mental... semua benda nak dikutip, bila nak buang rasa sayang dkt benda tu atas alasan mungkin in future nak pakai lagi

JMB uolss tak buat apa2 ke?
Quote ketupatnasi 10-6-2021 05:25 PM
anony-mous replied at 10-6-2021 05:20 PM
As expected. Sapa la yg percaya dia akn setelkan dlm masa 3 hari tu?? Buang je lah

Mungkin mmg MO nk minta org tolong buangkan.
Quote sarah82 10-6-2021 05:45 PM
Kurex replied at 10-6-2021 04:42 PM
Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak deka ...

Aku yg stress tgk.
Quote bakingsoda 10-6-2021 05:52 PM
Kurex replied at 10-6-2021 04:42 PM
Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak deka ...

mcmn dia boleh bawak balik troli supermarket tu
Quote Cece1234 10-6-2021 06:01 PM
Degil sungguh..
Quote uori 10-6-2021 06:13 PM
Adrif replied at 10-6-2021 05:10 PM
penyakit hoarder ni

macam atok nenek aku.

mak aku rasanya ada ciri2 hoarder ni, dan aku pulak ada ciri2 OCD nih.
arwah nenek aku lagi best, dia tapau dua sekali, gila simpan sampah tapi dia suka mandi lelama, sampai celah kuku pun dia tenyeh2 dengan sabun.


memang terkawal sikit, walau gaduh2 macam makanan harian kami




Quote uori 10-6-2021 06:14 PM
tapi orang macam nih kalau tak gi terapi dan makan ubat, sia2 je kemas untuk dia.
esok lusa dia kumpul sampah balik sampai AJM
Quote orion_pax 10-6-2021 06:18 PM
Kurex replied at 10-6-2021 04:42 PM
Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak deka ...

Baik untuk pembiakan ular berbisa nihhhh..seriauuuuu
Quote salmon-suki 10-6-2021 06:19 PM
Kurex: Sama mcm celaka ni. Kumpul sampah dekat lot parking. Rumah dia atas rumah iols, dia boleh masak dekat stor utk sidai baju. Sampai baju2 orang yg dekat ...


Eeeeee..dekat mana tu?xde proper tmpt buang sampah ke y duk longgok mcm tu je??

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.125416 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top