CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nicol David Bangga Kisah Hidup Dibawa Ke Layar Perak

10-6-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2687| Komen: 15

Description: Biopik, I Am Nicol David bakal diterbitkan syarikat produksi filem dan media digital, ACE Pictures Entertainment dalam bahasa Inggeris dengan watak jurulatih skuasy Nicol, Liz Irving akan dilakonkan o ...
Biopik, I Am Nicol David bakal diterbitkan syarikat produksi filem dan media digital, ACE Pictures Entertainment dalam bahasa Inggeris dengan watak jurulatih skuasy Nicol, Liz Irving akan dilakonkan oleh aktres Hollywood.


Pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, Datuk Nicol David, 37, mengumumkan berita gembira itu menerusi laman sosialnya, kelmarin, sekali gus membuat peminatnya teruja.


Kredit foto: IG Nicol

Bintang sukan tersohor dunia atau nama sebenarnya, Nicol Ann David yang juga juara dunia sebanyak lapan kali pernah mengimpikan kisah hidupnya dapat diterjemahkan di layar perak, suatu masa nanti.

"Saya amat teruja dan bangga memaklumkan mengenai perancangan pembikinan filem ini.

"Saya selalu mengimpikan dapat berkongsi kisah hidup suatu hari nanti. Saya mahu pengalaman saya memberi inspirasi kepada setiap insan untuk bekerja keras.


"Ia sekali gus mencapai apa yang diingini, selain sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih besar," kongsinya dalam laman Instagram dan Twitter.



Bekas ratu skuasy kelahiran Pulau Pinang itu berkata, dia amat bertuah dengan kesungguhan syarikat produksi untuk menzahirkan ceritanya di layar lebar.

"Saya bertuah dapat berpeluang bekerjasama dengan ACE Pictures yang mahu berkongsi perasaan ini. Saya tidak sabar untuk memulakannya.

"Ia satu perjalanan yang panjang, tetapi saya tetap teruja mengharapkan sokongan anda dalam melaluinya," kongsinya lagi.

Sementara itu, syarikat produksi ACE Pictures menerusi hantaran dalam Facebook turut berharap projek biopik yang dirancang dapat dilaksanakan.

"Ya, kami akan menerbitkan biopik, I Am Nicol David dan kini masih proses penghasilan skrip.

"Kami berharap projek biopik ini menjadi peringatan untuk terus bersatu dan menjadi kuat saat berdepan dengan situasi penuh mencabar ini. Semoga projek ini akan menjadi realiti," tulis syarikat produksi terbabit.

Kini, pencarian watak Nicol juga akan dilakukan di seluruh negara menerusi uji bakat diadakan.

Filem I Am Nicol David bukan hanya untuk tontonan rakyat Malaysia, malah ia akan dipasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah dengan rangkaian pemasaran ACE Pictures.



Nicol pernah memegang rekod nombor satu selama 108 bulan berturut-turut dan kedudukan 10 teratas selama 151 bulan, Nicol memenangi 81 gelaran Juara Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam kerjaya profesionalnya selama hampir 20 tahun.

Beliau juga atlet Sukan Asia paling berjaya dengan meraih tujuh pingat emas secara keseluruhan.

ACE Pictures Entertaiment ditubuhkan pada 2016 adalah anak syarikat ACE Group yang juga konglomerat multinasional bertapak di Kuala Lumpur.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 8-6-2021 09:16 PM
X sabar nk tgk.. mesti mantap sbb ada sentuhan Hollywood
Quote Kurex 10-6-2021 04:45 PM
Seramnya tengok dia senyum macam tu
Quote Mulotkoyak 10-6-2021 04:46 PM
fadz84: X sabar nk tgk.. mesti mantap sbb ada sentuhan Hollywood

Kannn... Harap adelah dramatic sikit dlm filem ni agar x bosan sgt... Hahaha...
Quote cicicumel 10-6-2021 06:27 PM
So siapa colan2 yg layak pegang watak Nicole David?
jangan ada rekemen Janna Nick okey...

Quote fadz84 10-6-2021 06:39 PM
cicicumel replied at 10-6-2021 06:27 PM
So siapa colan2 yg layak pegang watak Nicole David?
jangan ada rekemen Janna Nick okey...

Pelakon yg dpt watak ni nnti kena g gym untuk nmpk athletic..
Quote teddpapel 10-6-2021 09:56 PM
Antara atlit yang humble. jumpa dia dulu.dia yang greet dulu.'how are you?.'ini baru la world champs...harap harapla pelakonnya nanti bukan jenna nicky..semak tengok.
Quote ImpianSeroja 10-6-2021 11:18 PM
Tokoh sukan yang sangat cemerlang..layak kisahnya diangkat ke layar filem
Quote Normabaru 11-6-2021 07:52 AM
Tahniahhh tok nikol.. A living legend
Quote electricopop 11-6-2021 09:23 AM
cicicumel replied at 10-6-2021 06:27 PM
So siapa colan2 yg layak pegang watak Nicole David?
jangan ada rekemen Janna Nick okey...

Ayooo kalau dia jadi Nicol, memang box office bomb lah filem ni.
Quote fadz84 11-6-2021 10:05 AM
Nape tetiba nama budak byk suara dlm kepala tu naik? X nmpk Nicole langsung..
Quote eely_shana 11-6-2021 10:01 PM
Siapa yg akan jadi nicole?
Quote AvengersPanther 11-6-2021 10:21 PM
Maybe Sazzy Falak ke untuk Nicol’s image…
Quote beta_carotene 11-6-2021 11:13 PM
AvengersPanther replied at 11-6-2021 09:21 PM
Maybe Sazzy Falak ke untuk Nicol’s image…

kertunya ya Tuhan...
Quote kiah_mai_pulak 11-6-2021 11:15 PM
adik fasha sandha ok kot tp kena sado kan body dulu
Quote fadz84 12-6-2021 07:29 AM
AvengersPanther replied at 11-6-2021 10:21 PM
Maybe Sazzy Falak ke untuk Nicol’s image…

Kertu sgt.. jadi watak nicol selepas bersara ke.. hehe

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.132149 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top