Ngeri! Seorang pengembala kambing diserang seekor beruang sehingga wajahnya cedera parah akibat dirobek haiwan tersebut. Muhammad Mumtaz, yang berusia awal 30-an, diserang beruang tersebut ketika sedang mengembala kambing dan biri-biri di Kampung Shaladajan Boniyar, Baramulla, utara Kashmir.
Malah Muhammad Mumtaz turut kehilangan bola mata kirinya dalam serangan ganas tersebut. Haiwan itu hanya melarikan diri selepas Muhammad Mumtaz dan beberapa rakannya melemparkan batu untuk menghalaunya. "Beruang tersebut menerkam saya secara tiba-tiba dan mula mencakar serta merobek muka dan kepala... rasanya seperti batu besar menghentam muka," katanya.
Muhammad Mumtaz dikejarkan ke pusat kesihatan di Boniyar sebelum dipindahkan ke Kolej Perubatan Kerajaan Baramulla untuk rawatan lanjut. Dia dipercayai berada dalam keadaan kritikal namun stabil dan dipantau dengan teliti oleh doktor. -CARI Sumber: mStar/ Dailystar
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
10-5-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.289876 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.