CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelitup Muka Bau Roti, Nanas Dan Coklat- Nak Beli Tak?

11-6-2021 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1902| Komen: 10

Description: Tokyo: Pelbagai inovasi dilakukan pada pelitup muka yang pemakaiannya kini menjadi kewajipan di kebanyakan negara sebagai langkah keselamatan mengekang Covid-19.
Tokyo: Pelbagai inovasi dilakukan pada pelitup muka yang pemakaiannya kini menjadi kewajipan di kebanyakan negara sebagai langkah keselamatan mengekang Covid-19.

Di Jepun, sekumpulan remaja menghasilkan pelitup muka berbau harum sepanjang hari.

Idea itu menggunakan melon bread dan melon pan sejenis roti terkenal di Jepun yang dijadikan pelitup muka. Tiga penuntut Jepun ini berhasrat idea mereka dapat membantu seseorang menghidu aroma enak roti sepanjang hari.

Kredit foto: Agensi

Bagaimanapun, mereka memerlukan bantuan daripada makmal eksperimen Goku no Kimochi The Labo untuk mempraktikkan idea itu.

Mereka akan mendapatkan bantuan makmal berkenaan untuk menghasilkan pelitup muka yang memiliki ciri makanan.


Diharapkan, peminat makanan itu tidak akan dijangkiti bakteria jika memakai pelitup muka berkenaan sepanjang hari.

Melon pan dipilih kerana ia begitu popular di negara berkenaan selain dibuat daripada pelbagai perasa seperti coklat dan nanas.

Walaupun ada mengandaikan ia hanya gimik namun idea itu sudah diluluskan Institut Penyelidikan Unitika Garmentec.

Ia setanding dengan pelitup komersil lain yang mampu menghalang rembesan yang boleh menyebarkan Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 11-6-2021 10:47 AM
Idea org jepon mmg slalu kreatip..
Quote helicornia 11-6-2021 10:48 AM
jangan makin pening sudah.iols cannot kalu bau2 yg kuat ni
Quote rospinki 11-6-2021 10:54 AM
alamak..diorg cimplak idea aku ni. lama dh aku pikir psal ni tapi takde arah nk ku hala
Quote meisapoya 11-6-2021 12:22 PM
Jadi grumpy ngan pening2 lalat la kalau pakai time lapar
Quote Suchi 11-6-2021 12:53 PM
Peduli apa ada bau ke tak cuma nak covid19 berambus je dr dunia ni.
Quote LadyCarefree 11-6-2021 12:56 PM
Xhealthy sedut bau2an xnatural.
Quote rosmahisham 11-6-2021 02:53 PM
Aku suka bau nenas,sugus nenas paling aku suka zmn kecik2 dulu.bau roti kalau mcm mexican bun ada bau coffee tu sedap la bau dia,boleh jd lapar nih!!
Quote clarizsa 11-6-2021 02:54 PM
Face mask i mmg selalu wangi pun
I calit myk wangi
Quote shernazz 11-6-2021 08:05 PM
Mask kat website tu okay tak?
Tolong cadangkan mask kain yang bagus dan bukan earloop uols
Quote salmon-suki 11-6-2021 09:57 PM
Hihihi .melon pan tu mcm squishy2 y kitorg beli{:smile n bau wangi sgt mcm real melon pan..{:love

Baidewei,aiolzs xnk y pelik2..design miaw2 ai hepi da.. baru je kmpul mask design miaw oishi..hihi..{:shy{:love

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051745 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top