CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Besar Mati Ditikam Bapa Murid Kerana Tak Benar Ambil Peperiksaan

10-6-2021 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2721| Komen: 7

Description: Gara-gara berang anaknya tidak dapat menduduki peperiksaan, seorang bapa tergamak menikam guru besar di Sekolah Dasar Inpres Ndora di Nangaroro, Nagekeo.
Gara-gara berang anaknya tidak dapat menduduki peperiksaan, seorang bapa tergamak menikam guru besar di Sekolah Dasar Inpres Ndora di Nangaroro, Nagekeo.

Lapor Tribunnews, kejadian berlaku ketika murid sedang menduduki peperiksaan akhir di sekolah pada pukul 9 pagi.


Difahamkan, anak suspek tidak dibenarkan menduduki peperiksaan dan diminta pulang kerana mempunyai tunggakan hutang.



Akibat tidak berpuas hati dengan alasan diberikan pihak sekolah, bapanya datang ke sekolah dengan membawa sebilah pisau.

Para guru yang melihat lelaki itu cuba menenangkan dirinya dan membawa terus berjumpa dengan guru besar, Devina.

Penolong Guru Besar, Antonius Geo berkata, suspek mengancam untuk membuat laporan polis sekiranya anak lelakinya dihantar pulang.

Guru Besar itu kemudian bersedia dengan sebarang laporan polis yang ingin dibuat dan akan bertanggungjawab terhadap perkara itu.


Akibat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, suspek terus menikam perut mangsa.

Beberapa guru yang melihat kejadian itu berusaha menghalang pelaku daripada bertindak lebih ganas.

Devina dibawa ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke Hospital Ende untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami di bahagian usus serta paru-paru.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 10-6-2021 03:46 PM
sbb tu guru besar kena lantik guru displin yang betul. ni kerja tak habis2 sembang kari. budak tak siap kerja sekolah semua nak hantar kt cikgu displin dah macam warden penjara.
Quote aienul 10-6-2021 04:11 PM
tak memasal lahai. benda kan boleh bawak bincang. tak paham aku {:dot
Quote Artemesiaa 10-6-2021 04:15 PM
Bila terlalu ikut perasaan tampa fikir dengan waras pasti macam tu jadinya
Quote lilydandelion77 10-6-2021 04:24 PM
Bapak budak ni dah tau kan dia berhutang? Dah kenapa tikam cikgu besau?! Patut tikam diri sendiri tu ha!
Quote ctkusiam 11-6-2021 02:24 PM
kat mana ni? peliknyer nama tempat.. berbelit lidah nyebutnyer .. sekolah dasar Inpres Ndora, Nangaroro, Nagekeo haha
Quote edayildiz 11-6-2021 02:27 PM
ingt belah afrika nama nagekeo..yindon rupanya
Quote RumiMenari 11-6-2021 02:29 PM
Iols baca tadi ingat kat jepun.. sekali tgk muka tempe bukan sushi..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.356554 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top