CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Rumah Baru Papa" - YouTuber Indonesia Jaja Kisah Kematian Bapa?

9-6-2021 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4413| Komen: 14

Description: Kisah seorang influencer Indonesia tular di media sosial selepas dikatakan 'menjaja' kisah kematian bapanya untuk dijadikan content di YouTube bagi meraih tontonan tinggi.
Kredit foto: IG Ria


Kisah seorang influencer Indonesia tular di media sosial selepas dikatakan 'menjaja' kisah kematian bapanya untuk dijadikan content di YouTube bagi meraih tontonan tinggi.

Selebriti media sosial berkenaan, Ria Ricis dipercayai berada di Flores ketika mendapat perkhabaran bapanya dijemput Ilahi.



Sebaik mendengar berita memilukan itu, dia bergegas pulang ke Jakarta untuk melihat arwah bapanya buat kali terakhir. Sejurus tiba, Ria dikatakan terus ke tempat pengebumian bapanya itu.

Momen sedih berkenaan sempat direkod kumpulannya sebelum dimuat naik ke YouTube. 



Lebih mengejutkan, content berkenaan turut diselitkan paparan iklan yang begitu banyak seperti ingin meraih pendapatan melalui iklan berkenaan.

Baru sehari Allahyarham meninggal dunia, Ria memuat naik tiga video di platform berkenaan dan kesemuanya berkaitan kematian bapanya. Belum genap seminggu bapanya meninggal dunia, Ria sudah sembilan video dimuat naiknya. 

Menerusi video yang dimuat naik terutama ketika di kubur, beberapa lensa kamera tertumpu ke arah Ria.




Malangnya, netizen mengatakan bahawa perbuatannya merakam kematian bapanya seolah-olah ‘menjual’ kisah bapanya demi content. 

Walaupun menghujani Ria dengan kecaman, namun mereka tetap mendoakan Allahyarham bapanya tenang di alam sana. 


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 9-6-2021 05:12 PM
Ngapain lue???
Quote bakingsoda 9-6-2021 05:24 PM
adik oki setiana dewi ke? ayah dia pn baru meninggal dan yg tudung merah tu sebijik suara oki
Quote kechikchomel 9-6-2021 06:47 PM
bakingsoda: adik oki setiana dewi ke? ayah dia pn baru meninggal dan yg tudung merah tu sebijik suara oki


Tgk pic dia atas tu pun iolss ingatkan oki. Baca nama, lain pulak.
Quote Amigurumi 9-6-2021 08:58 PM
kechikchomel: Tgk pic dia atas tu pun iolss ingatkan oki. Baca nama, lain pulak.

I pun ingat Oki..sampai pegi google, memang adik dia punnn
Quote lola0311 10-6-2021 12:14 AM
dia ni ada bt dagu ke dulu bulot
Quote fofuler 10-6-2021 07:18 AM
Socmed famous memang macam ni pun what du yu saspekk
Quote fofuler 10-6-2021 07:19 AM
Aku tengok muka dia dekat Homepage tadi macam penyanyi bernombor pulak. Sama surgeon ke?
Quote nazzse 10-6-2021 11:32 AM
Ko dah kenapa? Suka ye bapak mati
Quote AcikLijah 11-6-2021 05:32 AM
iols kan bukan la mendengki, tp kan mmg xleh hadam nau klo sejenis suma benda nk dijadikan content.
Quote heythere123 1-8-2021 10:30 AM
aduh, memang common sense dekat tapak kaki ye
Quote heythere123 1-8-2021 10:30 AM
kot ye pun tak malu dengan tuhan ke tanah kubur ke, malu la dengan orang sekeliling tu kak oi
Quote heythere123 1-8-2021 10:31 AM
content dekat kubur2 ni memang iols off  la. Tergamak deme buat content gitu ya. Kalau setakat gambar pastu video gali kubur sikit kita faham la
Quote heythere123 1-8-2021 10:32 AM
tapi orang sana kan, what’s new
Quote solarlunar 4-8-2021 07:53 PM
Pernah tgk Youtube Channel Ria Ricis ni tp tak masuk dgn I. Ntah apa2 skit content.

[youtube]08FFxMnAUUI[/youtube]

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062227 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top