CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cuba Semua Sambal Malaysia, Tapi Sambal Makcik Tepi Jalan Juga Paling Sedap!

9-6-2021 01:19 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6435| Komen: 20|Original author: Oleh: natrahn

Description: YouTuber Chu Bro yang berasal dari Korea Selatan dan kini menetap di Malaysia pasti bukanlah satu nama asing bagi peminat mukbang.


YouTuber Chu Bro yang berasal dari Korea Selatan dan kini menetap di Malaysia pasti bukanlah satu nama asing bagi peminat mukbang.

"I am a Sambal man" - Terbaru, Chu berkongsi satu video khas mengenai sambal-sambal yang popular di Malaysia berdasarkan cadangan penonton untuk beliau cuba.

Kredit foto: Youtube Chu Bro

Chu menjelaskan bahawa sebelum ini beliau hanya tahu kewujudan sambal belacan dan sambal tumis sahaja. 

Tetapi, untuk reviu kali ini, pelbagai jenis sambal dari pelbagai jenama Chu cuba termasuk sambal belacan, sambal hijau, sambal hitam Pahang, sambal kicap, sambal udang, sambal tumis ikan bilis, sambal tempoyak campur petai dan sambal penyet.




"Kacang ini ranggup dan sedap," antara ulasan Chu apabila mencuba petai yang dianggap kacang baginya.

Dalam pada itu, lucu pula apabila melihat Chu turut mencuba pes asam jawa Adabi dan pes sambal tumis Maggi yang mentah bersama nasi lemak. Rupa-rupanya, Chu menyangkakan bahan tersebut adalah sambal sedangkan ia merupakan bahan-bahan asas untuk menghasilkan sambal. 

Sambal Nyet keluaran Khairulaming turut menjadi pilihan Chu. Dia mengulas bahawa Sambal Nyet merupakan sambal paling sedap antara semua sambal yang pernah dirasainya.

Walaupun kesemua sambal ini dikatakan sedap tetapi bagi Chu sambal hasil air tangan mak cik yang biasa berniaga nasi lemak di tepi jalan tetap dianggap sambal nombor satu paling sedap di hatinya.

"Sejujurnya, sambal paling sedap ialah sambal hasil air tangan mak cik yang berniaga nasi lemak di gerai di tepi jalan," kata-kata Chu sebelum mengakhiri videonya.

Terima kasih Chu kerana menghargai sambal-sambal di Malaysia. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 9-6-2021 01:31 PM
Sedapnya tgk dia mkn walopon iols tak mkn pedas
Quote helicornia 9-6-2021 03:12 PM
haha win sambal makcik tepi jalan paling sedap
Quote Artemesiaa 9-6-2021 05:31 PM
Sambal2 yang dah dibotolkan tu mana sedapnya berbanding sambal yang baru buat.  Sebab tu sambal makcik tepi jalan dia kata sedap.
Quote my_irina 9-6-2021 09:29 PM
whoaaaa...lapar tengok dia makan sambal...
Quote SalenaGomez 10-6-2021 12:38 AM
Ni bukti kalau org korea ka, org jepun ka...kalau duduk malaysia memang diet ranap n mmg boleh obes juga

Btw kelakar laa tgk dia pi makan pes asam jawa...ni mesti main beli je asal rupa mcm bekas sambal adabi ennnnn
Quote bintangct 10-6-2021 12:49 AM
hahhaha terkekeh2 iols tgk dia mkn asam jawa xtra tu hahha apa la.. sape la dajjeikan dia
kelakar gak mamat ni mkn2 gelak mkn2 gelak..
Quote mijot 10-6-2021 06:28 AM
ye betul, sambal makcik tepi jalan paling sedap..
mungkin sebab dimasak fresh setiap hari...
Quote AyaqMeloSuam 10-6-2021 07:21 AM
Asam jawa xtra pn samball.. adoii.. sapa la recomen kt dia
Quote pearl.silver 10-6-2021 08:58 AM
Sambal terasi uleg tu, yg dlm botol sedapp berbanding dlm peket..
Quote nazzse 10-6-2021 11:23 AM
Dia belum try sambal penyet & kedondong yg aku dok beli ni. Confirm tak cari lain dah.
Terangkat habis, dengan pedas soksek je hidung sambil makan. Sambal KA tu bawang & lada semata, lada pun asa pijar lagi.
Quote renko 10-6-2021 12:07 PM
kot makcik tu guna cili boh pastu manis gula semata
xsedap gak bai
Quote nakkomenjugak 12-6-2021 07:44 AM
habislahhhh musnah diet ko dok malaysia oppa oii
Quote Catpaw 12-6-2021 09:44 AM
Ramai pulok korea jadi bideofemes kat malaysia ni siap menetap. orangputih pun sama, mujur rohinga tak join.
Quote anakmak 15-6-2021 01:03 AM
nazzse replied at 10-6-2021 11:23 AM
Dia belum try sambal penyet & kedondong yg aku dok beli ni. Confirm tak cari lain dah.
Terangkat h ...

Meh a share beli kat mana?

Khairul aming tu aku x rasa nak try sambal dia
Awal2 review ada yg kata manis
X tau la manis bawang atau manis gula
Sbb x pernah rasa

Quote minahmanja 15-6-2021 07:15 PM
SalenaGomez replied at 10-6-2021 12:38 AM
Ni bukti kalau org korea ka, org jepun ka...kalau duduk malaysia memang diet ranap n mmg boleh obes  ...

Ye betulll… kau tgk rhys tu. Mase mula dtg msia kemain halus. Skang dh semangat . Penggemar nasi lemak tu
Quote minahmanja 15-6-2021 07:15 PM
Catpaw replied at 12-6-2021 09:44 AM
Ramai pulok korea jadi bideofemes kat malaysia ni siap menetap. orangputih pun sama, mujur rohinga t ...

Kalau rohingya takut tkde org nk tgk
Quote SalenaGomez 15-6-2021 07:39 PM
minahmanja replied at 15-6-2021 07:15 PM
Ye betulll… kau tgk rhys tu. Mase mula dtg msia kemain halus. Skang dh semangat . Penggemar nasi  ...

Huhuhu terus SG google gambo nya ...mmg nampak gemsssss ya

Btw makanan malaysia ni mmg sedap n ada pelbagai rasa...sbb kita mixed mcm2 culture (based on sejarah lah)
My Japanese friend kalau dtg malaysia..dr epot terus cari roti canai kat kedai mamak putrajaya tepi tasik tu..,dah macam standed port dia pulak bila sampai malaysia
Quote Catpaw 15-6-2021 09:11 PM
minahmanja replied at 15-6-2021 11:15 AM
Kalau rohingya takut tkde org nk tgk

Haha manatau ala2 arjun rampal punya tapak tangan ke, ramai pemenat nanti
Quote minahmanja 16-6-2021 12:33 PM
Catpaw replied at 15-6-2021 09:11 PM
Haha manatau ala2 arjun rampal punya tapak tangan ke, ramai pemenat nanti

tinggi betul cita2 kau.. hahhaa

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.272516 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top