CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kematian Akibat Covid-19 Di Kelantan Naik Mendadak

9-6-2021 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2752| Komen: 19

Description: Kota Bharu: Jumlah pesakit Covid-19 di negeri ini yang meninggal dunia meningkat mendadak apabila 250 jenazah diuruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sejak Januari sehingg ...
Kota Bharu: Jumlah pesakit Covid-19 di negeri ini yang meninggal dunia meningkat mendadak apabila 250 jenazah diuruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sejak Januari sehingga semalam.


Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, jumlah kematian itu menunjukkan peningkatan ketara kerana pada tahun lalu hanya 12 jenazah pesakit Covid-19 yang diuruskan.

Katanya, pihaknya pernah menguruskan 10 jenazah Covid-19 di beberapa daerah di negeri ini dalam masa satu hari.


Foto: Harian Metro

"Pengurusan jenazah dilakukan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak bomba akan terus bekerjasama dengan KKM untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.


"Waris pesakit tidak mampu menguruskan jenazah Covid-19 kerana risau dengan keselamatan diri. Namun, pada masa akan datang, kita bercadang bekerjasama dengan waris untuk membantu mereka menguruskan jenazah," katanya selepas meninjau proses sanitasi di Pejabat New Straits Times Press (NSTP) di sini, hari ini.

Zainal berkata, setakat ini lebih 2,000 premis yang sudah disanitasi di negeri ini.

"Proses sanitasi dilakukan selepas sesebuah premis atau pejabat itu mempunyai kes positif Covid-19 atau mendapat permintaan daripada mereka.

"Kita juga mengajar masyarakat untuk membuat sanitasi sendiri terutama di kediaman untuk memastikan tahap kebersihan terjamin," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je

{:smile
Quote mejaputih 9-6-2021 01:27 PM
semoga cepat la covid hilang di muka bumi...
Quote JohnyEnglish 9-6-2021 02:48 PM
uori replied at 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je

{:smile

knp jujur pun blh dpt dosa?
Quote tikusmontok 9-6-2021 03:33 PM
uori replied at 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je

{:smile

Nak kata sskjp degil kan
Quote Anamia 9-6-2021 03:54 PM
uori replied at 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je

{:smile

Nnt kerabubiru marah uols. Dpt pahala free dia......
Quote sambaldurian 9-6-2021 08:10 PM
pahala buat anggota bomba yg menguruskan jenazah.
Quote mamarock 9-6-2021 09:13 PM
Dariapada perbualan dengan orang Kelate ni, mereka  jenis redho.  Dah sampai masa ajal sampai, sabit aje Covid tu
Quote stania83 9-6-2021 09:32 PM
varians afrika ni..muda pon ninggal dan sgt cepat merebak..
Quote Rogue98 9-6-2021 09:42 PM
Kena tanya gang rentas negeri ..apa pendapat diaorang...best tak rasa bila dah pass kan virus kat orang lain...mesti best kan....bangga sangat...mcm celaka ...
Quote ladybugz 9-6-2021 10:26 PM
encik ebit n encik caprice n semua ngo lain yg rasa nk merentas negara nknpegi oversea tu sila consider pergi berjihad n berbakti di kelantan. rasanya kat sana agak tenat dah pengurusan utk covid ni. sedara i yg positif covid kat sana bgtau die disuruh duduk dirumah dan x dibuat pun contact tracing apatah lg utk pakai gelang bagai.  yg meninggal hari2 pun ramai n fasiliti x cukup utk negeri kelantan hadapi wabak mcm ni.
Quote atira 9-6-2021 10:27 PM
Sbb tak buat mass testing... yg berkeliaran tanpa simtom tu brp ramai agaknye
Quote MontanaHannah 9-6-2021 10:31 PM
bakar semua kilang ,empat menternak  pendatang asing dijangkiti virus corona.


bakar saja kilang di selangor dan di semua tempat di semua negeri
Quote sidewinder 9-6-2021 11:12 PM
semua mati syahid niii.....sbb dia org sampai tutup lampu...sembunyi selipar semata nak solat berjemaah bila tiba waktu....takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Quote famri7 9-6-2021 11:34 PM
Berpesta lah ummah pantai barat kalau ummah kelate mati? Takpa kes weols dah mula turun cyst.
Quote jazaa100 9-6-2021 11:50 PM
uori replied at 9-6-2021 01:26 PM
kalau aku komen dengan jujur, buat tambah dosa je

{:smile

Jangan .....jangan jujur sgt....
Quote blastoff 10-6-2021 07:35 AM
selepas kehadiran vaksin firaun thailand ittew di malaysia, memang meningkat teruk ler kematian yg SEMUA di lumsumkan sebagai covid je penyebabnyaaa
Quote lattehazelnut 10-6-2021 09:12 AM
Jgn la compare number kes covid sel dgn ktn.. Penduduk selangor 3 juta, ktn baru 400k.. Lepas tu sel ada mass testing..

Number kurang xsemestinya xde org yg kne covid dlm komunity.. Mungkin xde symptom.. lepas tu berkeliaran..

Bila bg nasihat ikut sop n amik vaksin suma kata kita dengki.. ikut korg lah..
Quote wirazam 10-6-2021 11:27 AM
ladybugz replied at 9-6-2021 10:26 PM
encik ebit n encik caprice n semua ngo lain yg rasa nk merentas negara nknpegi oversea tu sila consi ...

So apa MP MP dan adun adun buat kat sana
Quote wirazam 10-6-2021 11:29 AM
sambaldurian replied at 9-6-2021 08:10 PM
pahala buat anggota bomba yg menguruskan jenazah.

Jap nak tanya..kubur pesakit covid nih..diaorg tanam asing asing atau masukkan dlm satu kubur yg besar...baru terpikir sbb tmpt simpan mayat pun X cukup dah..Ada yg tahu ke

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.068348 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top