CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Tak Pandai Berlakon Tak Berani Ambil Watak Utama,”-Pesan Nabila Huda Kepada Influencer

3-6-2021 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5038| Komen: 37

Description: Kemunculan pelakon baharu dalam kalangan influencer menjadi topik hangat netizen baru-baru ini, malah pelakon Nabila Huda memberi pandangannya agar pihak stesen televisyen menyediakan kelas lakonan ke ...
Kemunculan pelakon baharu dalam kalangan influencer menjadi topik hangat netizen baru-baru ini, malah pelakon Nabila Huda memberi pandangannya agar pihak stesen televisyen menyediakan kelas lakonan kepada golongan itu.


Nabila, 37, berkata, pendatang baharu perlu mempunyai asas lakonan terlebih dahulu dan persediaan secukupnya sebelum memasuki set penggambaran.


Foto: IG

"Saya sarankan penerbit, kalau nak ambil influencer berlakon dan digandingkan dengan pelakon senior, bagi la mereka kelas lakonan, macam kami berlakon drama kena rehearsel dua bulan.

"Buat kelas online ke, sekurang-kurangnya asah bakat lakonan dahulu. Stesen TV suka ambil influencer sebab boleh promosi drama, kita tak kisah fasal berapa banyak followers dia.


"Yang influencer ni pun kena la keluar duit untuk kelas lakonan, jadi bila masuk set mereka dah dalam keadaan yang bersedia dan tidak menyusahkan pelakon senior, ” katanya kepada mStar.



Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkongsi pandangannya mengenai perkara itu di sidang media drama Diva Popular yang diadakan secara maya pada Rabu.

Sebelum ini, netizen pertikaikan kemunculan instafamous atau influencer diambil menjadi pelakon berdasarkan pengikut di Instagram biarpun tidak mempunyai bakat dalam lakonan.

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini berkata mereka yang baharu dalam dunia lakonan perlu mendalami watak yang diberikan dan bukan hanya berniat menjadi terkenal.



"Bagi saya, pelakon baharu ni kena bagi mereka biasakan diri berada di depan kamera supaya nampak tak kekok dan bagi mereka beberapa pengalaman terlebih dahulu.

“Ia melibatkan maruah juga tau... tak kasihan ke tengok orang yang tak pandai berlakon ni jadi watak utama. Kalaulah saya, sebagai influencer yang baru dan tak pandai berlakon, saya tak berani nak ambil watak utama.



“Saya takkan ambil hanya untuk terkenal, yang penting perlu tahu betul ke pilihan yang nak dibuat tu? Atau pun buat latihan lakonan supaya berani bawa watak itu, ” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 3-6-2021 01:07 PM
Depa.ingat.depannkamera terus ada.feel.kots..
Depa kena tanya aiman.tino mcmana dia boleh berlakon dgn baik
Quote Skuau 3-6-2021 01:18 PM
berlakon tu mengajuk...bak burung kakak tua....tu la 'standard' drama/filem kita.....
Quote asamfish 3-6-2021 02:24 PM
Alaaaa....tak payah la nak 'menegur' sgt sesama sendiri.  Kalau nkau pandai sangat, gi berlakon kat holiwud nunnnn....kalau nkau sendiri pun tahap2 telefilm and drama....apo ko bondo eh.....  Rezeki memasing la....ada org suka dgn 'pandai' berlakon....ada org suka tgk pelakon segak lawa....pilihan masing2.....
Quote asamfish 3-6-2021 02:26 PM
Konon 'pandai2' yang berlakon, bila filem tak laku or drama tak viral, balik2 salahkan penonton tak reti pilih kualiti katanyaaaaa.....padahal semuanya shiok sendiri
Quote pekanwoohoo 3-6-2021 03:02 PM
Dengki lah tu instafemes ni lagi femes dari diorang acah pelakon berbakat ni.

Quote msamyrazi 3-6-2021 03:20 PM
makin menyampah pulak dengan si kupu -kupu nie, acah`acah A++++  . tau lah ramai yang puji  you kata bagus lah .. , tapi hati hati ye kupu -kupu kadang-kadang bila kita perasan yang diri kita konon hebat , itu lah yang akan menjatuh kita ke bawah .  you dulu masa mula -mula idok lah bagus mana pun .
Quote lyshafull 3-6-2021 03:23 PM
Kalau berlakon A++++++  pi la indon heheheh henry golding yg so so pun dapat berlakon Hollywood ...
Quote ladybugz 3-6-2021 03:48 PM
hmm i kurg stuju dgn statement of of forumer yg ckp kalau hebat sgt pergi la berlakon kat hollywood. well sbnrnya pelakon hebat bukannya ada kat hollywood je n sendiri rasa tak yah pelakon2 lain terhegeh2 ke hollywood tu. budaya kita x sesuai dgn lakonan diorg tu n knapa perlu ikut acuan hollywood semata utk benchmark a good acting? i rasa pelakon2 dari negara lain jauh lebih berbakat n pelakon kita sendiri pun ramai yg berbakat besar jauh dari pelakon2 hollywood nun. kita jd la yg terbaik mengikut acuan sendiri. oscar bagai tu ibarat angkat bakul sendiri jarg2 la nk angkat filem luar as the best kecuali parasite etc. bab abil cakap ni, i stuju sbb ada je pelakon yg mungkin belum sedia tp di ambil sbb follower yg ramai. cume i hope in the future drama2 kita lebih berkualiti jalan cerita yg x perlukan adegan2 yg melanggar syariat agama n masih berkualiti tinggi dgn menyampaikan mesej2 yg kuat.
Quote irvene 3-6-2021 03:53 PM
sebat je lah dh org offer amik jd hero/heroin. walau tahu keupayaan diri mcm mana dan walau kayu pun dh kalau penerbit or pengarah suka. proceed je lah. time2 cobid ni, sauk je mana2 job yg boleh menjana pendapatan. janji halal.
Quote jfq 3-6-2021 03:56 PM
Contoh? Sori aku bukan pengikut influencer bagai. Tak kenal pun most of them. Di whoareyous kan aje
Quote dudaberhias 3-6-2021 03:59 PM
bukan kalau tak pandai berlakon...
tapi kalau tak herlok sila jangan ambil watak utama...

buat semak jah di kaca mata tv acik2 semua... tak pepasal ada sesi kambus mengambus tv pulak dekat belakang rumah...
Quote winky1 3-6-2021 04:00 PM
irvene replied at 3-6-2021 03:53 PM
sebat je lah dh org offer amik jd hero/heroin. walau tahu keupayaan diri mcm mana dan walau kayu pun ...

Biasalah producer nak lead yg badan tak kembang... Klu gelap bak kata ziana zain boleh guna lighting... So butterfly kena terima..
Quote asamfish 3-6-2021 04:11 PM
Kalau rasa hebat sgt, pergi la berlakon kat hendon...tmpt paling dekat...dekat dgn culture bagai...kang suruh gi thailand gi philipines gi boliwud, kata culture tak sama pulopppp.....berlakon prasan hebat pun, hujung2 bercakap terjerit2 jugak nak bagi nampak lakonan menjadi
Quote wirazam 3-6-2021 10:09 PM
asamfish replied at 3-6-2021 02:24 PM
Alaaaa....tak payah la nak 'menegur' sgt sesama sendiri.  Kalau nkau pandai sangat, gi berlakon kat  ...

Wah..Tajam ayat ko ni...tapi betul la jugak..
Quote Firis 4-6-2021 10:10 AM
ladybugz replied at 3-6-2021 03:48 PM
hmm i kurg stuju dgn statement of of forumer yg ckp kalau hebat sgt pergi la berlakon kat hollywood. ...

Aku pulak tk boleh nk tgk org yg berlakon keras kejung bwak watak acah2 romantik rase cringe gile tk tau pasai apa,mmng automatik tuka channel.Tp klau lead die tk sdap mata mmandang pun aku rse tk feel nk tgk,msti akn ckp tkde ke hero/heroin yg elok ckit.
Quote anony-mous 4-6-2021 10:16 AM
Firis replied at 4-6-2021 10:10 AM
Aku pulak tk boleh nk tgk org yg berlakon keras kejung bwak watak acah2 romantik rase cringe gile  ...

Sama mcm iols. Dan lg 1, jln cerita. Kalau pelakon kayu, x cantik or x hensem , jln cerita hauk, mmg i xtgk. Pelik still ada yg tgk drama2 mcm ni
Quote Cece1234 4-6-2021 12:22 PM
Bila dah rasa diri tu hebat sgt..
Quote mesmerize 4-6-2021 12:27 PM
abistu kalau watak utama tu perlukan watak gadis remaja, awal 20-an, watak yang nakal2 manja, takkan nak offer pelakon berpengalaman dan umur2 macam ko kot abil.. realistik la sikit.. mesti la amik pelakon baru yang belum banyak pengalaman..
Quote kerz 4-6-2021 12:30 PM
Drama melayu ni pun stakat gaduh nangis makan2 cintan cintun sembang2 ruang tamu...amende nak gred A sgt..to instafemes uols tumpu je lakonan utk adegan2 sebegitu sbb ianya berulang berjuta kali dlm drama smpai penonton pun bleh hafal wpon tgk 2 ketul drma  jer setahun

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.114843 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top