CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir Laku Keras, Tak Menang Tangan Buat ‘Job’ Lakonan Dan Pengacaraan

3-6-2021 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2759| Komen: 12

Description: Sejak akhir-akhir ini wajah Shiha Zikir agak kerap muncul dalam pelbagai program hiburan selain nyanyian.
Sejak akhir-akhir ini wajah Shiha Zikir agak kerap muncul dalam pelbagai program hiburan selain nyanyian.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, dia bersyukur kerana rezekinya makin mencurah-curah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.


Cerita Shiha sejak daripada itu dia berpeluang mengasah bakat dalam cabang seni yang lain.

Foto: IG


"Sebelum PKP pertama, saya memang nak terima tawaran berlakon... tapi ketika itu fokus saya pada nyanyian dan setiap hujung minggu ada show.

"Boleh dikatakan setiap minggu saya ulang-alik dari Malaysia ke Indonesia. Banyak terima tawaran lakonan dan pengacaraan terpaksa saya tolak sebab jadual padat.


"Tapi ada hikmah apabila PKP, show nyanyian pun tak ada, jadi banyak tawaran lakonan yang saya dapat terima mengikut jadual saya. Mungkin sebab itu, tahun lalu dan tahun ini saya banyak muncul di TV," kata Shiha kepada mStar.



Penyanyi lagu Pipiyama ini berkongsi perkara itu ketika sidang media program realiti TV Luar Biasa yang diadakan secara maya pada Selasa.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun ini, dia hanya akan menerima tawaran yang bersesuaian dengan jadualnya kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.



"Saya ini jenis tak suka menyusahkan pihak lain... jadi saya akan terima tawaran yang sesuai dengan jadual saya bukan pihak lain yang kena ikut jadual saya.

"Alhamdulillah... selepas Hantu Bonceng 2.0, saya terima lagi tawaran lakonan untuk watak utama.

"Kalau dahulu memang susah nak dapat watak utama sebab mungkin orang tak percaya lagi. Saya tak menafikan kena banyak belajar apabila tengok muka sendiri berlakon," ujarnya.

Sementara itu bercerita tentang pembabitannya dalam program realiti TV Luar Biasa, Shiha berkata ia membuka matanya tentang kepentingan untuk mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).



"Saya selalu ingat caruman Perkeso ini untuk pekerja pejabat saja. Tapi sebenarnya golongan seperti saya yang bekerja sendiri juga boleh mencarum. Jadi saya sudah mula mencarum.

"Saya juga nak ajak teman artis untuk mencarum kerana mula sedar tentang kepentingannya," kata Shiha.

Berkonsepkan bual bicara, Luar Biasa yang dihoskan Shiha bersama Norman Hakim mengetengahkan pengalaman individu hilang upaya kembali bekerja selepas mengikuti Program Return To Work (RTW) Perkeso.




"Ada kisah yang saya ingat sampai sekarang iaitu mengenai seorang individu terlibat kemalangan jalan raya hingga terpelanting keluar kereta dan kemudian dilanggar lori.

"Namun dengan bantuan Perkeso, individu itu boleh terus bangkit meneruskan kehidupan penuh semangat. Jadi program ini wajib ditonton ramai kerana ia sangat menginsafkan dan beri pengajaran," katanya.

Program Luar Biasa menemui penonton setiap Jumaat pada pukul 9 malam, mulai 4 Jun di saluran Astro Prima (SD) dan Astro Prima HD. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 3-6-2021 12:40 PM
Aku suka jgk tgk dia ni..npk lah dia rajin berusaha nk naik kn nama dia.bkn cari kontroversi dan mintak dispedo!
Quote cmf_premierleag 3-6-2021 12:59 PM
oklah dia ni talented gak
idok le TIBAIUNTA pun
akak terhibur jah tgk sheols belakon dlm drama kak kona live dr kafe tu
for singing lak, suara sheols pun sedap
performance showmanship - pun sheols bleh dancing dgn bekap dancers lain sambil menyanyi
sbb i know bukan senang nk buat menyanyi+menari sama step dgn dancers lain
Quote SayaSayangMama 3-6-2021 01:01 PM
Tp mcm 3suku sikit kan. Ain edruce iols tahan lg. Yg ni mcm awkward sikit
Quote shernazz 3-6-2021 01:02 PM
Dia slalu berusaha utk stay relevan gitchu..
Iols takde la.minat sgtntp.iols.kagum.la..
Pipiyama.neh lagu apa? Lagu tema.pipizola.ke apa?
Quote Cece1234 3-6-2021 01:03 PM
Tgk muka dia teringat kawan i..nama dia mimi..mana ntah mimi tu pegi..hihihi..
Quote febreze 3-6-2021 01:08 PM
talented tapi takde identity...suara pon ala2 ct..goodluck dekk
Quote febreze 3-6-2021 01:08 PM
Cece1234 replied at 3-6-2021 01:03 PM
Tgk muka dia teringat kawan i..nama dia mimi..mana ntah mimi tu pegi..hihihi..

muka yg nama mimi ni mmg bibir lebar2 kann
Quote makadek 3-6-2021 01:29 PM
SayaSayangMama replied at 3-6-2021 01:01 PM
Tp mcm 3suku sikit kan. Ain edruce iols tahan lg. Yg ni mcm awkward sikit

Mcm di buat2
Quote tripleid 3-6-2021 01:54 PM
2pupu dia  housemate meol..sore sedap gak.mmg keturunan suara sedap kot..sepupu diani kalo nyayi lagu nasir wahab ngn jamal kat karok mmg xleh beza suara dia dgn pyayi asal,mmg sama sebijik
Quote Nenasketum 3-6-2021 02:15 PM
Dia best la berlakon, slamber dock jah. I is sokong you
Quote ina_na 3-6-2021 02:21 PM
Aku suka dia berlakon.. Kalo lawak tu menjadi btl.. Kalo memgamuk tu rs nak kaki kan je.. Dia ok bab berlakon.. Tp nyanyi aku rs mcm x umppphhh sgt.. Tah la..
Quote umbut 3-6-2021 05:37 PM
X sia2 ko berusaha jadi pelawak walaupun x lawak.. Lawak cam pelik over.. Tapi takpalah asal kekal relevan.. Xda rezeki nyanyi.. Cuba lain pulak

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.383152 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top