CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gergasi teknologi China, Huawei lancar sistem operasi HarmonyOS

3-6-2021 11:27 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1532| Komen: 2

Description: SHENZHEN: Gergasi teknologi China, Huawei melancarkan sistem operasi (OS) telefon pintar dikenali sebagai HarmonyOS.
Gergasi teknologi China, Huawei melancarkan sistem operasi (OS) telefon pintar dikenali sebagai HarmonyOS. -AP



SHENZHEN: Gergasi teknologi China, Huawei melancarkan sistem operasi (OS) telefon pintar dikenali sebagai HarmonyOS.

Langkah itu dilihat sebagai usaha Huawei menyesuaikan diri selepas kehilangan akses kepada perkhidmatan mudah alih Google.

Amerika Syarikat (AS) dua tahun lalu meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan.

Sejumlah 100 model telefon pintar Huawei akan dikemas kini dengan sistem HarmonyOS.


Sistem tersebut turut tersedia untuk model tablet dan skrin pintar tertentu pada suku keempat tahun ini.

"Pengalaman pengguna menggunakan HarmonyOS mengatasi pengalaman di era Android.

"Kami berjaya menyelesaikan isu, misalnya masalah peranti menjadi perlahan selepas beberapa lama di era Android.

"HarmonyOS ada lebih banyak fungsi dan lebih berdaya tahan, dan ia bakal menjadi sistem operasi terhebat di era 'internet of things' (internet benda) ini."



Pelancaran sistem operasi ke peranti pengguna Huawei dilakukan selepas syarikat itu disenarai hitam Amerika Syarikat (AS).

Ini menjadikan beberapa perhidmatan penting termasuk Google dan cip komputer dilarang didagangkan bersama Huawei.

AS menuduh Huawei membantu menjalankan intipan untuk kerajaan China, dakwaan yang dinafikan syarikat itu.

Senarai hitam itu menjadi tamparan hebat buat Huawei memandangkan ia bergantung banyak teknologi penting daripada AS.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mopiko 3-6-2021 02:19 PM
lepas ni silap2 google play pun kena tapau...meloponglah US
Quote noor2 3-6-2021 02:26 PM
Maknanya cina lagi bijak dari yahudi la kan....


Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.084208 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top