CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi..."-Ismail Sabri

3-6-2021 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11131| Komen: 79

Description: Hantaran Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial pada Rabu, menimbulkan tanda tanya ramai.
Hantaran Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman sosial pada Rabu, menimbulkan tanda tanya ramai.

Pada perkongsian itu, Ismail memuat naik sekeping gambar dirinya sedang menutup pintu pejabatnya.


"Saya dah tutup pintu depan tapi......." tulisnya pada hantaran tersebut dengan disertai emoji sedih.

Kapsyen yang tergantung itu mengundang teka-teki warga maya, dengan rata-ratanya cuba mentafsir apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh menteri berkenaan.

Foto: via mstar

Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana pihak atau situasi secara spesifik pada hantaran tersebut, namun ruangan komen 'meriah' dengan pelbagai tafsiran netizen.


Ada di antara mereka percaya hantaran itu merujuk kepada luahannya mengenai kebenaran beroperasi kepada sebahagian besar perkhidmatan perlu dalam sektor perkilangan.

"Paklong Mail dengan Dr Noor Hisham berusaha bersungguh-sungguh nak total lockdown. Tapi ada menteri nak buka banyak sektor. Tu pening tu.

"Ada juga yang cuba membuka pintu belakang dengan macam-macam alasan.

"Pintu depan sudah pun Datuk Seri tutup rapi. Andai ada yang cuba memecahkan pintu belakang, dinding, mahupun atap, kita serahkan pada Yang Maha Berkuasa," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada juga daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat dan menzahirkan ucapan terima kasih di atas segala usaha beliau selama ini.

Kerajaan pada 28 Mei lalu memutuskan untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' Fasa Pertama di seluruh negara.

Pelaksanaan tersebut berkuatkuasa selama dua minggu iaitu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada 31 Mei, kerajaan memutuskan mana-mana perniagaan yang ingin beroperasi dalam tempoh 'total lockdown' boleh mendapat pengecualian daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • dodolgemok


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 2-6-2021 04:40 PM
Ralat*: Dalam fb pak mail, dia ada quote "Saya dah tutup pintu depan tapi..............." Exact quote daripada dia yah!
Quote TuntungReturn 2-6-2021 04:42 PM
hebat jemin ni
Quote aint 2-6-2021 04:51 PM
huh... pak ngah tahu jemin suka main belakang...
Quote zidane_ziege 2-6-2021 05:06 PM
apa guna jadi menteri kalau dibodoh bodohkan mcm ni? elok letak jawatan je..

lain kalau telo dh kena pegang..yg tu kena taat la nk buat mcm mana

tapi rasanya ini cuma lakonan je ni..mintak simpati
Quote mikasa 2-6-2021 05:09 PM
Menteri pertahanan tak sepower menteri MITI?
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 05:27 PM
Bila nak abis
Quote Guccibamboo 2-6-2021 05:56 PM
Sampai bila pun x abes pkp kalau bukak pintu blkg
Quote isseliparjepun 2-6-2021 06:01 PM
Menhan pun, kementerian bawah dia sendiri clash SOP. Sat dalam surat kata begini, tiba tiba ikut bos unit, lain pula arahan. Emmmm
Quote tripleid 2-6-2021 06:47 PM
Edited by tripleid at 2-6-2021 07:36 PM

Awass yah!Ayah Rani dah bersuara!


Quote Janjimanismu123 2-6-2021 06:49 PM
Pintu belakang ada
Quote my_irina 2-6-2021 06:52 PM
Dah sedap backdoor
Quote ekod79 2-6-2021 06:59 PM
Backdoir buka , tebuk atap darii atas, apala nak diharapkan
Quote Suchi 2-6-2021 07:13 PM
Iols rasa menteri sorang tu mmg paling berkuasa dr semua menteri yg ada tu kan termasuk mamanda bendahara ye tak?
Bayangkan bertukar2 gomen dia tetap ada jawatan dan kuasa.
Punya la bijak dan licik dia nih kalau org tak perasan lagi taktaulaa.
Kalau dia tak bijak takdelah seorang mantan bendahara dulu rapat dan baik ngn dia lalu di ambil bekerja sebagai pegawai khas utk menteri pendidikan masa dia baru abis belajar dulu.
Tapi dia nih mcm ular, kecik manja bila besar makan tuan.
Demi kuasa dan kedudukan dia tak kisah untuk mengkhianati sesiapa saja.
Quote minahrecon 2-6-2021 07:25 PM
Suchi replied at 2-6-2021 07:13 PM
Iols rasa menteri sorang tu mmg paling berkuasa dr semua menteri yg ada tu kan termasuk mamanda bend ...

Alang video HD pun bole xnampak......raya dgn family reramai claim duk 1 rumah.........bnyk wayang.....g arab mop lantai.......dulu bertenggek ngn Anwar, pastu sanggup khianat Anwar tuk fosil m......ni duk NGN Midin.......nak bersangka baik dgn die......maaf laa.......memang ular....
Quote gadisbunga91 2-6-2021 07:27 PM
Semua jadi essential service..so apa makna PKP
Quote Firenzza 2-6-2021 07:33 PM
QR code tu klau fotostat pun scanner blh baca gak kan?
Quote alesandra 2-6-2021 07:33 PM
Bukan abahmailcow  jadi  sebahagian kerajaan pun ikut pintu belakang jugak ka?tu yg jadi keadaan  mcm skrg.2x5,5xbabiss
Quote mikasa 2-6-2021 07:36 PM
Baru sedar betapa pedih kena khianat ke
Quote honeybee1802 2-6-2021 07:44 PM
tripleid replied at 2-6-2021 06:47 PM
Awass yah!Ayah Rani dah bersuara!

Omg..direct pok rani kulup..baru paham dooo

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.307526 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top