CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Famili 7 Beranak Tiada Beras, -Tak Sanggup Tengok Orang Berlapar, Dayana Roza Bantu Golongan Susah

3-6-2021 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2504| Komen: 2

Description: Prihatin dengan nasib segelintir masyarakat yang tidak berkemampuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP), pelakon Dayana Roza meneruskan usaha menghulurkan bantuan secara peribadi.
Prihatin dengan nasib segelintir masyarakat yang tidak berkemampuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP), pelakon Dayana Roza meneruskan usaha menghulurkan bantuan secara peribadi.


Biarpun tidak mampu turun padang berikutan kini hamil lima bulan, Dayana, 30, meminta pertolongan daripada pekerjanya untuk menjalankan tugas kebajikan itu.

Kredit foto: IG

"Bantuan kali ni saya buat takde lah macam PKP yang pertama saya buat, sekarang saya tak keluar sebab dengan keadaan sekarang kandungan saya sudah masuk lima bulan mungkin akan berisiko dengan saya, saya suruh pekerja yang uruskan.

"Tapi kita pilih siapa yang betul-betul memerlukan, kita tak tahu mungkin rakan-rakan kita mengalami masalah kewangan ke, kadang-kadang kita tak perasan kawan-kawan kita tengah susah.


"Masa dulu saya buat bantuan, saya baru tahu ada family sampai tujuh beranak beras pun takde, sampai tahap macam tu.



"Orang macam tu kita kena bantu la, dekat ke jauh ke kita kena ambil tahu... tak semestinya bila kita makan mewah, orang lain pun makan mewah.

"Saya sensitif kalau bab macam ni, cepat kasihan dekat orang sebab kita tak tahu bila kita pula susah,

"Saya faham bila orang susah, tiada makanan dan tiada orang nak tolong and one day kalau benda tu kena dekat kita macam mana?," ujarnya.



Bagaimanapun, pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin berkata, dia kini lebih berhati-hati berikutan menyedari terdapat individu yang mengambil kesempatan dan bersifat tamak.

Oleh itu, Dayana berkata, dia mengutamakan golongan yang mempunyai anak kecil terjejas punca pendapatan akibat kehilangan kerja atau gaji dipotong.

Ujarnya, dia memahami golongan ini lebih memerlukan kerana pembiayaan untuk membeli barangan keperluan bayi bukan murah.

"Ramai dm, tapi saya kena pilih sebab sebelum ini ramai menipu dan mengambil kesempatan, ada yang sudah dapat bantuan tapi masih juga nak ambil hak orang lain.

"Kali ini saya fokus kepada yang ada anak kecil sebab barang baby seperti pampers semua tu mahal," katanya.



Dalam masa yang sama, Dayana juga turut membantu golongan peniaga kecil untuk menjual produk mereka khususnya makanan di kedai miliknya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Menurutnya, golongan ini tidak memerlukan bantuan kewangan kerana masih mampu untuk mencari pendapatan dengan usaha mereka sendiri.




"Sekarang saya offer kepada peniaga kecil yang takde platform nak jual makanan diaorang, so ambil makanan orang luar punya untuk dijual di kedai saya.

"Kita tak miskin pun untuk bantu orang, bila kita memberi ni rezeki kita lebih InsyaAllah.



"Dalam keadaan sekarang ni kita semua kena lebih ambil berat antara satu sama lain dan bukan masa untuk salahkan mana-mana pihak. Kita kena bersatu untuk mengatasi keadaan yang kita hadapi," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 3-6-2021 12:48 PM
"Bantuan kali ni saya buat takde lah macam PKP yang pertama saya buat, sekarang saya tak keluar sebab dengan keadaan sekarang kandungan saya sudah masuk lima bulan mungkin akan berisiko dengan saya, saya suruh pekerja yang uruskan.

"Tapi kita pilih siapa yang betul-betul memerlukan, kita tak tahu mungkin rakan-rakan kita mengalami masalah kewangan ke, kadang-kadang kita tak perasan kawan-kawan kita tengah susah.

"Masa dulu saya buat bantuan, saya baru tahu ada family sampai tujuh beranak beras pun takde, sampai tahap macam tu.
Quote samperit 3-6-2021 01:37 PM
Kesiannya...xde org komen

xpelah. sedekah 1 komen ye

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052222 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top