CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Mati Ke Kalau You All Tangguhkan Sekejap Balik Kampung Tu?” - Catriona Ross

31-5-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8103| Komen: 53

Description: Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa marah terhadap sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada Jumaat.
Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa marah terhadap sikap degil segelintir rakyat Malaysia yang dilihat berduyun-duyun pulang ke kampung sebaik kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ pada Jumaat.


Menurut Catriona atau nama sebenarnya, Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 41, dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya melihat gambar kesesakan di lebuh raya utama negara seperti yang tular pada pagi Sabtu.


Foto: IG

"Saya marah sangat sebab dah nak menjangkau 16 bulan negara kita berada dalam keadaan begini, kenapa masih ramai lagi yang seolah-olah tidak memahami apa yang terjadi dan diperkatakan?

"Apabila kerajaan umum lockdown, setiap kali itu juga keesokannya lebuh raya akan sesak.


"Dah tiada cara lain sebab itu saya buat video seperti yang dikongsikan di Instagram, saya harap ia sampai ke hati dan menjentik kesedaran semua," katanya ketika dihubungi mStar.



Terdahulu, Catriona memuat naik video di Instagram meluahkan perasaan geram atas sikap sesetengah rakyat Malaysia yang pentingkan diri sebelum lockdown bermula di seluruh negara 1 Jun ini.

Catriona berkata dia memahami sekiranya sesetengah daripada mereka benar-benar terdesak mahu pulang ke kampung halaman, namun dia kesal sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan kebenaran polis untuk tujuan itu.

"Saya tahu memang ada yang dapat surat kebenaran daripada polis, MITI, saya faham itu... tapi yang jadi persoalan saya mati ke kalau you all tangguhkan sekejap nak balik ke kampung tu, macam you seorang sahaja yang ada isteri di kampung.

"Apa lagi dalam keadaan sekarang tiga varian yang dah ada di negara kita. Saya yakin dalam ramai-ramai yang bersesak nak balik ke kampung tu mungkin tanpa sedar mereka sendiri jadi 'carrier' Covid-19 sebab varian sekarang memang tidak ada simptom.

"Walaupun mereka yakin tiada apa-apa, kemungkinan itu tetap ada sebab kita ada Kluster Aidilfitri pun disebabkan perkara macam inilah apabila ramai berduyun-duyun balik kampung masa hari raya dua minggu lalu," ujarnya.



Dalam pada itu, Catriona juga tidak menyangka video yang dikongsikannya itu turut mendapat perhatian para doktor dan petugas barisan hadapan (frontliners) yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menghasilkan video kesedaran tersebut.

"Lepas saya post video itu, saya banyak dapat mesej daripada doktor dan nurse yang ucap terima kasih kerana meluahkan apa yang mereka rasa selama ini.

"Kesianlah pada mereka yang dah penat berkorban untuk kita semua... mereka cerita kalau dah pakai PPE (pakaian perlindungan diri), memang tak boleh kalau nak buang air pun mereka kena tahan sampai habis syif dengan berpeluh-peluh lagi.

"Sedih saya dengar cerita mereka... takkanlah kita nak tambahkan lagi angka kes Covid-19 negara kita," katanya lagi.



Catriona berkata sekarang bukan masanya untuk rakyat Malaysia menuding jari meletakkan kesalahan kepada satu-satu pihak sebaliknya lihat pada diri sendiri terlebih dahulu sama ada kita adalah rakyat yang bertanggungjawab ataupun tidak.

"Sekarang kita semua kena tengok pada diri sendiri, tak perlu saling nak tuding jari pada mana-mana pihak.

"Kalau ada selebriti buat salah, anda kecam mereka macam hari dah nak kiamat. Saya cakap ini bukan sebab nak bela golongan artis, sebab bagi saya yang mana salah tetap salah.



"Cumanya sekarang, saya harap kita jadilah rakyat yang bertanggungjawab... kalau anda tak nak ahli keluarga meninggal dunia kerana Covid, please just stay at home," luahnya.

Kerajaan pada Jumaat mengumumkan total lockdown selama dua minggu bermula 1 Jun ini bagi mengekang penularan Covid-19 yang sudah pun mencecah jumlah kes tertinggi dalam negara iaitu sebanyak 9,020 pada Sabtu. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 31-5-2021 09:24 AM
Baru 41 ke umur die.. Ingtkan dh dekat2 50
Quote dudaberhias 31-5-2021 09:27 AM
jangan cerita lebih2 nanti orang negeri tu marah... berpusu2 la nick yang berasaskan dari masakan atau barang2 serta permainan dari negeri nan sana masuk
Quote Buritan 31-5-2021 09:28 AM
Lebun laa dia ni
Quote laksmanabentan 31-5-2021 09:28 AM
maxim replied at 31-5-2021 09:24 AM
Baru 41 ke umur die.. Ingtkan dh dekat2 50

kerja dia bebel aja... semua benda nak komen...
tu yg nampak tua dari umur dia..
Quote arifah_72 31-5-2021 09:34 AM
Bukan semua yg kuar balik kg.
Bukan bila lockdown baru jem, sblm ni pun setiap minggu mmg jem je pun, cuma org x upload FB.
Xpe lah, kami fhm sumber2 sahih zaman leni yg load kat medsoc je.
Quote AbukRokok 31-5-2021 09:51 AM
giliran artis balas dendam
Quote exclusive_vvip 31-5-2021 09:51 AM
dia ni dulu kira “one hit wonder” je kan? yg ingat dia femes kejap sebab citer Sephia dgn Mek Salmah Dari Scotland..
Quote Buritan 31-5-2021 09:52 AM
dudaberhias replied at 31-5-2021 09:27 AM
jangan cerita lebih2 nanti orang negeri tu marah... berpusu2 la nick yang berasaskan dari masakan at ...

Jgn riso.. lopes ni raye ajiii.. sskjp mesti gelupoh nak balik gak.. koh koh.. lopes ni plk prn serawakkkk.. ha tuu lg naikkkk.. jgn risooo
Quote Buritan 31-5-2021 09:54 AM
dudaberhias replied at 31-5-2021 09:27 AM
jangan cerita lebih2 nanti orang negeri tu marah... berpusu2 la nick yang berasaskan dari masakan at ...

Org sana ni mmg lainnn mcm sggh prangai kan.. aku pun mmg menghindarkan diri dr mereka ini..
Quote azurro 31-5-2021 09:58 AM
Yee.... Mati la nakk..... Sebb dah lama tak balik kampung mak minah wei... 2 taun dah tak balik.   Jngan bangga sngat dngn kenyataan kau tu..
Quote jalfa 31-5-2021 10:04 AM
Zaman sephia tu cantik gila kan dia..
Quote leftenanhensem 31-5-2021 10:22 AM
first of all, apa dia ckp tu betul tp apa yg di refer kan baru2 ni yg jam after announce lockdown tu salah.

polis dah sahkan mostly yg rentas negeri tu ada permit, jam sbb polis nk check betul2.

dulu suka dia ni, lately menyampah lak semakin binggit and pprt
Quote dreamcatcher 31-5-2021 10:59 AM
Dia ni kalau berlakon suka la kerut2kan dahi n muka. X suka lah. X menjadi wataknya dgn sejenis expression jer
Quote missHaidiD 31-5-2021 11:01 AM
Woi kak kek tu sohai dok maki ko tu. Pegi la maki dia.balik
Quote lavieenrose 31-5-2021 02:43 PM
Muda lagi kak kek ni ghupanye
Quote eniliana 31-5-2021 04:48 PM
kenal beberapa ketul insan yg guna alasan appointment hospital org tua, angkut anak balik sebab takde org jaga. ade jugak guna surat MITI . company kecik kerja area negeri yg sama je. cipta "kerja dekat kampung.
sebenarnya hantar anak balik kampung. cuti sekolah dua minggu., taska tutup.
dah2 la nak cover line dengan surat sah.
Quote OsHiN_hOnEy 31-5-2021 04:51 PM
cuols mati tak
kalo sehari tak mencapub
kat serata IG retis lain?
Quote LadyCarefree 31-5-2021 10:52 PM
Ingatkan mak alep sokree
Quote AshkieLa 31-5-2021 11:47 PM
dia ni aku terkejut betul lahir tahun 80.
tapi rupa mcm dah baya2 ella dah.
dahlaa suka kelepet tudung senget2... bebel bebel...
lagi laa nampak nenek2....
bingit yg annoying...

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.059045 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top