CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kita Mungkin Boleh Kelentong Polis Tapi Tak Boleh Tipu Covid-19' - Ismail

30-5-2021 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3324| Komen: 17

Description: Orang ramai diminta bersikap jujur dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila memohon kebenaran untuk merentas negeri atau daerah.
Orang ramai diminta bersikap jujur dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila memohon kebenaran untuk merentas negeri atau daerah.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi mengelakkan berlaku keadaan permohonan perjalanan dengan alasan kecemasan yang jujur akhirnya ditolak oleh pihak berkuasa hanya kerana sikap tidak jujur individu lain.



Kredit foto: IG Ismail

"Saya minta perlu jujur apabila ke balai minta kebenaran, (contoh) untuk lawat ibu yang sakit.

"Saya difahamkan banyak kes permohonan perlu ditolak kerana meragukan, bagaimanapun banyak juga berlaku kes yang jujur seperti benar-benar nak lawat mak sakit tapi sebab polis begitu hati-hati sampai si ibu meninggal," katanya dalam sidang media Ahad petang.

Ismail Sabri berkata, bagi mengelakkan daripada jangkitan Covid-19 terus menular di negara ini polis perlu membuat pertimbangan memberi pelepasan dengan berhati-hati.


"Kita mungkin boleh tipu pihak polis tapi tidak boleh tipu Covid-19 yang ada di mana-mana.

"Itulah yang berlaku pada Aidilfiti lepas yang mana pelbagai cara diguna sehingga wujud kluster hari raya," katanya.

Ismail sabri berkata, setiap sekatan yang dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat dibuat selepas mendapat laporan penilaian daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau memberi contoh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes harian akan meningkat kepada 13,000 hingga 15,000 sehari jika ziarah Aidilfitri dibenarkan.

Setakat ini, kes harian tertinggi yang direkodkan di Malaysia adalah adalah 9,020 kes (29 Mei 2021), kira-kira dua minggu selepas sambutan Aidilfitri.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 30-5-2021 09:19 PM
ye.yang menipu tu yang menyusahkan sume orang. last2 polis kena kecam
Quote stingerbaik 30-5-2021 09:24 PM
I will take that option then....utk kelentong polis....coz cobid tak boleh dirasuah....bang puhlis boleh....

Kahkahkahkahkah
Quote kakikuDibibirmu 30-5-2021 09:29 PM
Kita Mungkin Boleh Kelingtong Polis Tapi Tak Boleh Tipu Awloh sepatutnya
Quote LadyCarefree 30-5-2021 09:31 PM
kakikuDibibirmu: Kita Mungkin Boleh Kelingtong Polis Tapi Tak Boleh Tipu Awloh sepatutnya


Rakyat msia bukan semua islam daaa.

Quote Orix 30-5-2021 10:48 PM
Iols kalau staff minta cuti time covid ni sbb ahli keluarga sakit, iols xkan sesenang approve… iols akan tanya mcm2, pernah jugak iols request dari HR nk check background family nk tgok adik beradik brp ramai…kalo ramai iols akan tanya yg ni kt mana apa semua.. kalo ramai ad dekat dgan ahli keluarga yg sakit tu iols xkan approve kecuali ko anak tunggal ataupun ahli keluarga ko tu tgah nazak… kalo setakat nk melawat sbb operate tonsil lah, operate bisul lah, operate hidung sbb resdung lah jgan mimpi iols nk approve.. ko video call sajokkkkkkk…kalo ada yg degil nk jugak bakalan mendapat soalan iols yg berbunyi “so, yg awk sibuk nk apply cuti ni dh kenapa, awak doktor nk operate dia ke ? Awk nurse nk bantu surgeon ms operate ke? “ …. Kalo takat nk melawat bg sokongan moral video call sajokkk… musim covid sibukkk jah nk ke sana sini bagai
Quote CiliPadiSedap 30-5-2021 11:09 PM
Orix: Iols kalau staff minta cuti time covid ni sbb ahli keluarga sakit, iols xkan sesenang approve… iols akan tanya mcm2, pernah jugak iols request dari H ...

Garang nya cm modarator cariforum sesuai lobi jd moderator isu semasa. Cantas friska badak air yang tgh lobi jadi moderator
Quote robinmosby 30-5-2021 11:26 PM
Janganlah nak blame kerajaan je bila ramai yang jenis degil tak nak ikut arahan dan sop. Ya sop pun mengelirukan tapi kalau diri sendir degil sibuk nak balik kampung, makan kat luar, merayau kau nak salahkan siapa kalau bukan diri sendiri yang pentingkan diri
Quote slyfynx 30-5-2021 11:29 PM
Yang confirm bawak kluster sbb menipu ni x bleh ke kompaun pat belas ratus ribu ringgit kt deme ni.
Buat mcm sivagangga
Quote Nokiaman 30-5-2021 11:32 PM
LadyCarefree replied at 30-5-2021 09:31 PM
Rakyat msia bukan semua islam daaa.

Sepatutnya tulis cenggini
Tak payah kelington wahai Melayubangshat...sebab cinakoi tak berbuat demikian...
Quote pyropura 31-5-2021 02:25 AM
Covid 19 adalah kegagalan UMNO:
- menteri Covid (UMNO)
- menteri vaksin (UMNO)
- menteri SOP Pkp  (UMNO)



https://img.astroawani.com/2021-04/71618314454_IsmailSabriMajlis.jpg
Quote allshares 31-5-2021 05:11 AM
Setuju pun. Pakai la mask utk diri sendiri, jgn la berkumpul utk diri sendiri, jaga SOP utk diri sendiri, bkn sbb tkt enforcement. Mcm juga seat belt, masih ade yg pakai bila nampak polis je.
Quote Suchi 31-5-2021 06:57 AM
allshares replied at 31-5-2021 05:11 AM
Setuju pun. Pakai la mask utk diri sendiri, jgn la berkumpul utk diri sendiri, jaga SOP utk diri sen ...

Kan.. kebanyakkan pakai sbb takut polis je apo laa
Pakai la sbb utk keselamatan diri.
Dalam wassep group pakat la memasing share audio org pesan nnt byk polis merayap kt kg so kena pakai mask nnt kena  saman.
Patut bgtau pakai mask utk lindungi diri korang.
Duit boleh cari daaaaa tp nyawa korang takde jual kat mana2.
Quote anisanim 31-5-2021 09:11 AM
{:laugh nk tipu doktor ye.. Skrg ni swab test free flow kot.. Ko sangkut positif abis citer. Kantoi.. Malu wehhh
Quote tripleid 31-5-2021 11:18 AM
Edited by tripleid at 31-5-2021 11:39 AM





Cakap Tak Serupa Bikin

Macamana kes COVID-19 tak melambung, sedangkan yang memberi arahan pun langgar arahan sendiri dan tidak patuh SOP..

#PKPgagal
#DaruratGagal
#KerajaanGagal
Quote allshares 31-5-2021 11:35 AM
Suchi replied at 31-5-2021 06:57 AM
Kan.. kebanyakkan pakai sbb takut polis je apo laa
Pakai la sbb utk keselamatan diri.
Dalam wass ...

Mmg pun. Penting kan la diri sendiri tu dulu. Kalau semua penting kan keselamatan diri, takde nye nk berziarah raya, takde nye kes mencanak2
Quote zie_indah 31-5-2021 03:30 PM
Mmg bnyak pun org xde tgjawab
Quote lavieenrose 31-5-2021 10:11 PM
Harap 2022 dah boleh balik raya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088233 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top