CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Susah tak jaga Neelofa?" Ada susah, ada senang sebab dia dah lama bergelar boss - PU Riz

30-5-2021 02:57 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 46365| Komen: 370

Description: Pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, mengakui menjaga isterinya, Noor Neelofa binti Mohd Noor,32, ada waktu susah dan senangnya.

Kredit foto : Instagram Neelofa


Pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, mengakui menjaga isterinya, Noor Neelofa binti Mohd Noor,32, ada waktu susah dan senangnya.

PU Riz memberitahu ia adalah satu pengalaman yang mencabar memandangkan isterinya sudah terlalu lama bergelar "ladyboss".

"Ada susah, ada senang tetapi ia pengalaman yang mencabar. Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami.

"Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma perlukan masa untuk dia menyesuaikan diri," kata PU Riz ketika ditanya peminat adakah sukar atau tidak menjaga Neelofa dalam satu sesi siaran langsung khas bersama peminat baru-baru ini.



Sementara itu, Neelofa berkata, sebagai isteri dia wajib taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.

"Memang tidak mudah. Selama ini saya hidup saya dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited untuk menjaga syarikat-syarikat yang saya usahakan.

"Tapi bila ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin.

"Alhamdulillah sekarang ini kami sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri," katanya.  

Dalam perkembangan lain, Neelofa melalui Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) telah melancarkan Tabung kecemasan Covid-19 untuk memberi ruang kepada semua orang yang ingin berinfaq kepada mereka yang memerlukan disaat negara sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.



1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 30-5-2021 03:06 AM
memang mencabar pun kalau umur jauh beza dan isteri lagi berharta...
kawan iols ramai je bini gaji lagi besar, nak buat apa2 pun kena minta izin bini
Quote cmf_premierleag 30-5-2021 03:20 AM
hada tabung covid ya
bleh sauk 30% kan? admin cost fee katanyaaa
Quote aduh2sayang 30-5-2021 03:23 AM
mizz nina lagi lah anak millionaire. nak kena tanya noh jugak ni susah tak jaga mizz nina
Quote nonierahman 30-5-2021 03:32 AM
Bini berusia kaya pulak tu mmg susahla
Quote Perawankota 30-5-2021 04:00 AM
Ada jer citer setiap minggu
Quote SpyLeman 30-5-2021 04:38 AM
Mcm Mizz Nina tak susah sgt kot Noh nak jaga, sbb dia bukan Hajjah terpaling.
Apa2 pun iols tazzabar nak tggu Kau Mawarku buat penafian kena tahan pulis ngan menteri
Quote dudaberhias 30-5-2021 05:05 AM
first berita tentang kehidupan kapel ni dah pasal kena sesuaikan diri bersama. Apa la yang akan jadi dalam beberapa bulan akan datang?

Tapi sanggup ke mamazat lepaskan PU? Sama2 somi sendiri dan bapak menantu bisnes dalam bidang sama khen
Quote bungarose 30-5-2021 06:22 AM
Propaaa
Mizznina lagi berharta
Lahir dari golongan benar2 kayangan bukan acah2 kayangan
Seumur hidup mewah tapi peel jauh bagai langit dengan bumi dengan jahlop yg acah2 kaya
Takpernah pun pandang rendah pada orang lagi ler nak buat jahat pada orang
Takder pun cerita tak elok pasal mizznina. Tenang dan smooth ajer kehidupannyer
Quote makadek 30-5-2021 06:58 AM
Sebab tu kau kena ngikut langgar segala sop..bangang kan
Quote missflame 30-5-2021 07:15 AM
Alahai...batak sgt aih...nak cerita susah nak jaga la...boss la...apa benda...x payah nak bgtau seluruh dunia la.
Quote Pak.dolla 30-5-2021 07:20 AM
Sebenarnnya dia ni mesti bangga berlakikan jahlop ni kan?
Dia ingat masyarat heran dia dpt jahlop? Hahaha padahal masyarakat adan kan uke dia je
Quote rosmahisham 30-5-2021 07:21 AM
Maknanye ssh la kn lopak nk dgr ckp suami..mesti degil x padan dgn kakak & adek!
Quote Piramida 30-5-2021 07:25 AM
Alasan sbb jd boss?
Bkn memang bossy dr azali?
Quote fadz84 30-5-2021 07:25 AM
makadek replied at 30-5-2021 06:58 AM
Sebab tu kau kena ngikut langgar segala sop..bangang kan

Nasihat org pndai kn.. nasihat bini failed.. tu yg asek nk langgar SOP tu
Quote fadz84 30-5-2021 07:27 AM
Gambar menyondol tu blh nmpk bentuk kaki hajah.. hmmmm..
Quote Rogue98 30-5-2021 07:28 AM
SpyLeman replied at 30-5-2021 04:38 AM
Mcm Mizz Nina tak susah sgt kot Noh nak jaga, sbb dia bukan Hajjah terpaling.
Apa2 pun iols tazzaba ...

Ada aritu Noh cakap MizzNina jenis senang dengar kata and bukan mcm perempuan lain suka merajuk.
Quote md_nana 30-5-2021 07:36 AM
rasanya susah bab ego kot. lofa kan biasa menang dan nak betul so mmg payah laaaa nak. handle.
Quote Piramida 30-5-2021 07:43 AM
Suami pula .. kerja apa tu?
Ko ingat hajjah bungkus nak dengar cakap dia?
Quote ketupatnasi 30-5-2021 07:49 AM
Ouchhhh!!
Sweeetnyeeehhhh!!!

Lihat semua komen(370)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.334840 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top