CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lama sangat Farah fauzana tak munculkan diri

30-5-2021 01:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7424| Komen: 35|Original author: Raline

Description: PETALING JAYA – Personaliti radio terkenal, Fara Fauzana memberi peringatan kepada pengendali Facebook (FB) yang menggunakan namanya agar seger ...

FARA FAUZANA


Ada penyamar Fara Fauzana dalam FB

PETALING JAYA – Personaliti radio terkenal, Fara Fauzana memberi peringatan kepada pengendali Facebook (FB) yang menggunakan namanya agar segera menutup akaun berkenaan supaya tidak timbul kekeliruan.

Katanya, perkongsian berita tidak sahih dan kurang manis menerusi akaun terbabit boleh membuatkan masyarakat percaya sedangkan perbuatan tersebut dilakukan indvidu yang menyamar sebagai dirinya.

“Saya dimaklumkan mengenai kewujudan akaun FB di bawah nama Fara Fauzana ini sejak tahun lepas daripada mesej langsung (DM) kenalan maya selain rakan-rakan.

“Ketika itu ‘content’ disajikan berkaitan cerita dalam kelambu yang tentu saja menyebabkan ada pengikut akaun itu tertanya-tanya betulkah itu Fara Fauzana?

“Bila saya DM (mesej), memang tiada balasan. Jadi saya lapor kepada FB untuk menutup akaun ini disebabkan bimbang banyak paparan isi kandungan sudah dikongsi pengikutnya.



“Saya perlu bertindak kerana akaun itu terus aktif dengan memuatkan pula berita provokasi selain menyiarkan kisah artis yang diambil daripada sumber lain,” katanya kepada Kosmo!

Terdahulu, Fara yang selesa dipanggil Fafau itu meminta bantuan pengikut laman sosialnya mencari pengendali akaun FB palsu menggunakan namanya yang mempunyai lebih 100,000 pengikut.

Fara yang masih aktif dalam dunia penyiaran menerusi radio online dikenali sebagai dbilique bersama Faizal Ismail dan Tini berharap orang ramai membantunya, melaporkan akaun berkenaan kepada FB.



Kata wanita yang giat melaksanakan kerja kebajikan itu, dia belum sampai peringkat mahu membuat laporan polis kerana masih punya rasa kasihan kepada individu berkenaan.

“Saya tahu ada beberapa lagi akaun menggunakan nama saya tetapi saya hanya husnuzon. Mungkin mereka itu adalah peminat yang suka mengikuti perkembangan saya.

“Cuma berbeza sedikit dengan pengendali akaun FB Fara Fauzana ini, kerana selain buat hantaran berita, dia juga ambil gambar saya dari dalam Instagram dan kongsi pula menerusi  FB berkenaan.

“Saya tak tahu tujuannya tetapi hentikanlah. Hentikan semua ini. Tidak perlu menyamar jadi Fara Fauzana. Kalau betul mahu menjadi admin media sosial saya atau ingin bekerjasama, mari datang bincang,” katanya lagi yang hanya menggunakan nama Realfafau untuk akaun FB rasmi. – K! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 29-5-2021 10:36 PM
Entahlah dia ni, sejak bertudung kepam & selekeh sangat.
Quote Carcosa 29-5-2021 10:36 PM
Bosannye tgk dia ni Pdhal dulu, kemain mendonia, tiap2 tahun menang best DJ. Badan pun cantik elok, muka sweet2. Skali, tetiba, BAMMM! Badan dia jadi boyak air aka boyak bawah, mcm tembikar. Dah kenapa? Duit byk, pegilah buat badan. Then terus senduuuu. Hinggalah case tunang then tak jadi kawin dgn businessman nama Hafiz yg duduk kat London Motipppp meols ingat.
Quote gekkou 29-5-2021 10:41 PM
owhh masih jadi dj rupanya
since dak tak ada muka dia di tv saban tahun
jadi pengacara mana2 anugerah
aku ingatkan sudah bersara
Quote bambimo 29-5-2021 10:43 PM
Suka dia dr skuad perodua era..
Ingt dh bersara dah...
Quote beatgirlX 29-5-2021 10:44 PM
Carcosa replied at 29-5-2021 10:36 PM
Bosannye tgk dia ni  Pdhal dulu, kemain mendonia, tiap2 tahun menang best DJ. Badan pun cant ...

Eh...nape blh x ingat eh?ada ke gossip ni?
Quote Carcosa 29-5-2021 10:50 PM
beatgirlX replied at 29-5-2021 10:44 PM
Eh...nape blh x ingat eh?ada ke gossip ni?

Ada chuols. Cuba gali porom2 lama psl dia ni.
Ada kecoh kejap dia putus tunang. Tah hapa tah dia mintak, dia kan fefeling retis kayangan. Kesudahan nya potosssss. Hafiz tu tak expose sgt orangnya.
Quote Perils 30-5-2021 01:45 AM
Carcosa replied at 29-5-2021 10:50 PM
Ada chuols. Cuba gali porom2 lama psl dia ni.
Ada kecoh kejap dia putus tunang. Tah hapa tah dia  ...

Ingtkn putus sbb laki org katanyaaaa
Quote HappyGumbira 30-5-2021 02:42 AM
dia ni. entah la.. just bcos dh btutup aurat makin labuh tak bmakna kena selebet. sabar je la
Quote 3480 30-5-2021 03:39 AM
Gambar atas mcm style acik zuraida
Quote SpyLeman 30-5-2021 04:45 AM
Carcosa: Bosannye tgk dia ni Pdhal dulu, kemain mendonia, tiap2 tahun menang best DJ. Badan pun cantik elok, muka sweet2. Skali, tetiba, BAMMM! Badan  ...

Apa cer....putus tunang tu?
Quote AKAZ85 30-5-2021 07:47 AM
Kesian gak ngan dia ni.. Dulu2 berapa kali canang nak kawen manjang last2 xjadi.. Sekarang terus senyap memencilkan diri.. Ntah ape yg buatkan lelaki ni takut nak dekat ngan dia kan
Quote minah_selekeh 30-5-2021 11:29 AM
Tak penah minat pun makcik kepam ni.. Elok la dah lama tak muncul.. Tak payah muncul terus lagi ellok..
Quote RatuDunia94 30-5-2021 11:44 AM
After kes kahwin x jadi tu iols terus cancel minah ni.
Quote nolya 30-5-2021 01:20 PM
Perils replied at 30-5-2021 01:45 AM
Ingtkn putus sbb laki org katanyaaaa

Kalau itulah sebabnya, maka FF bijak buat keputusan. Tanpa ada ikatan dgn seorang lelaki sbg suami yg hanya boleh menyusahkn dn merimaskn, lebih baiklah bersendiri. Nnti korang juge mengata mcm2, terdesak lah, asal berlakilah.... FF adalah wanita yg ada wawasan dn mengatur masa depan dia. Allah anugerahi Fafau bakat dlm bidangnye. Itulah rezeki dia  dn   selagi tak mengganggu gugat  orang lain, just let her be. Doakn aje kejayaan dia.
Quote prizadane 30-5-2021 03:04 PM
nolya replied at 30-5-2021 01:20 PM
Kalau itulah sebabnya, maka FF bijak buat keputusan. Tanpa ada ikatan dgn seorang lelaki sbg suami ...

No, Hafiz tu single. He is my friend. My classmate kat sekolah dulu n kawan lepak iols masa belajar kat UiTM shah alam. Even until now Hafiz tu single n tak kawin lagi. Hafiz tu jauh good looking and baik.
Quote nolya 30-5-2021 03:45 PM
prizadane replied at 30-5-2021 03:04 PM
No, Hafiz tu single. He is my friend. My classmate kat sekolah dulu n kawan lepak iols masa belaja ...

Kalau mcmtu pastilah ada sebab yg serius yg orang luar tak tau. Mana tau mungkin ada khabar berita yg tak boleh Fafau terima dn terpaksa mengambil keputusan drastik begitu. Satu je yg boleh kita katakan jodohnya tak ade. Sebab musababnya biar lah kalau Fafau nak berahsia.
Quote Cece1234 30-5-2021 04:32 PM
prizadane replied at 30-5-2021 03:04 PM
No, Hafiz tu single. He is my friend. My classmate kat sekolah dulu n kawan lepak iols masa belaja ...

Hafiz tu kaya ke x?
Quote hady_vit 30-5-2021 04:38 PM
dah terang benderang orang tau dia nippon paint kan
Quote che-cikL 30-5-2021 04:40 PM
Aman je rasa tak de Fafau ni... Elok lah tak yah buat kemunculan.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.060277 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top