CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai Gelang Pink! Usop Tertekan Kena Berkurung, Stres Sampai Nak Botak Kepala

29-5-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5431| Komen: 18

Description: Gara-gara menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19, penyanyi Usop memberitahu dia terpaksa menjalani kuarantin diri selama seminggu.
Gara-gara menjadi kontak rapat kepada salah seorang pesakit Covid-19, penyanyi Usop memberitahu dia terpaksa menjalani kuarantin diri selama seminggu.

Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, berkata dia dipakaikan gelang pengawasan dan dikehendaki mengasingkan diri untuk pemantauan sehinggalah disahkan bebas daripada jangkitan virus tersebut.

Foto: IG


"Saya kontak rapat seorang kawan baik dan dikehendaki buat swab test di pusat kesihatan berdekatan... keputusan ujian belum keluar lagi tapi diarahkan kuarantin sampai 2 Jun ini.

"Doa-doakanlah negatif! Sejujurnya risau juga tapi buat masa ini saya tiada alami sebarang simptom atau gejala Covid-19... walaupun rasa sihat, saya tetap patuh menyelesaikan kuarantin ini hingga selesai.


"Sekarang ini dekat mana-mana pun ada virus, memang kena berhati-hati. Yang penting kalau keluar kena jaga SOP sebab kita pun tak tahu kalau orang sebelah kita bawa virus ini," katanya kepada mStar.

Menerusi Instagram, bekas peserta Mentor Milenia 2017 ini berkongsi foto dia memakai gelang berwarna merah jambu dengan menyertakan emoji sedih.

Foto: via mStar

Sementara itu, Usop berkata semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini dia mengalami sedikit tekanan, lebih-lebih lagi apabila tidak dapat meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

"Kerjaya memang terjejas teruk. Nak menyanyi pun tak boleh, show memang tak ada. Malah, perniagaan saya bersama mak di Kedah pun terpaksa dihentikan kerana peningkatan kes.



"Lagi pula sekarang kena kuarantin, berkurung dalam bilik seorang diri bertambahlah tekanan... rasa macam nak botakkan rambut saja!

"Apa-apa pun kita doakan keadaan kembali pulih macam biasa dan kita semua boleh bekerja semula. Saya pun tengah usaha mendaftar untuk pengambilan vaksin dan berharap proses itu nanti dipercepatkan," ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-5-2021 09:39 AM
Ntah la... Iols rasa ucop ni ada manisnya.....
Quote LadyCarefree 29-5-2021 09:58 AM
Seminggu je kuarantin?
Quote gummiebear 29-5-2021 10:16 AM
Kurex replied at 29-5-2021 09:39 AM
Ntah la... Iols rasa ucop ni ada manisnya.....

Tang manaaa manisnya tuu
Quote ImpianSeroja 29-5-2021 01:00 PM
Antara artis kelahiran mentor yang berkualiti selain Black n Fiq.
Quote ketupatnasi 29-5-2021 01:06 PM
LadyCarefree replied at 29-5-2021 09:58 AM
Seminggu je kuarantin?

Varian baru seminggu je agaknya sis. Hehehe.
Tu pun dh tertekan kaann. Koserr!!
Quote LadyCarefree 29-5-2021 01:25 PM
ketupatnasi replied at 29-5-2021 12:06 PM
Varian baru seminggu je agaknya sis. Hehehe.
Tu pun dh tertekan kaann. Koserr!!

Varian baru lagilah xtahu banyak. Patut msia kekalkan je lah kuarantin 14 hari.
Quote Lengkong 29-5-2021 01:38 PM
Sabarlah Usop..


Quote biozipstar 29-5-2021 01:47 PM
iye time tengah ada duit banyak mmg kena ada pendapatan lain... bkn artis je tapi semua orang... huhu
Quote Kurex 29-5-2021 03:00 PM
gummiebear replied at 29-5-2021 10:16 AM
Tang manaaa manisnya tuu

Bila pakai face mask, nampak la manis dia...
Quote helicornia 29-5-2021 04:05 PM
iols kena kuarantin sorang2 mmg faham stres itu
Quote anilanil 29-5-2021 04:24 PM
Ucop ni berjaya merentas ke kedah ke sampai jadi close contact kawan dia. Kawan mai beraya ka? Kalo jumpa kawan kt luar bukan ka kena pakai pelitup muka & jaga jarak.
Quote dudaberhias 29-5-2021 05:02 PM
nak tanya... ucup dah buat gigi ke belum?
kalau belum, sila kuarantin selama mana yang boleh...
Quote salmon-suki 29-5-2021 07:08 PM
Tgk pic tu dia tnjuk hidung je,msti bt rt..rt kan result sekejap je..kalau pcr kan msti bukak abes sbb nak korek idung ngn mulut..

Pstu kuarantin seminggu?hmmm..tu pn nak stress?aiolzs kuarantin 10hari xde stress pn..chill jah layan jdorama.. walaupun ada jgk diganggu bos..{:smile
Quote ina_na 29-5-2021 07:13 PM
Kurantin dlm bilik kosong ke.. X de tv ke, WiFi ke atau line hf..
Quote sakitperut 29-5-2021 07:21 PM
Aku pon kuarantin. Stress sbb aku selalu lapar . Ok je, rehaaaaat lyn netflix
Quote macikkohijau 2-6-2021 01:32 PM
Botak jela takde effect pun. Nanti tumbuh balik rambut
Quote AyaqMeloSuam 2-6-2021 01:40 PM
X silap ioollss.. kuarentin dikira dr awal hg kena cobid. Klu slps seminggu bru sedar dri kena kekobitan.. atau slps swab test , so kurentin jd 7 hr ja. Sb aritu kwn2 opis iools mcmtu. Nasib i ni 3rd layer. So doc kkm kata xyah swab. Just kurentin dendiam. Dr 36 staffs.. 5 org positip. So kuarentin la depa.
Quote Yam29121992 2-6-2021 11:00 PM
Kutip kacang

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.094149 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top