CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Nampak Kesalahan Kecil,"-Mutu Lakonan Bertambah Baik, Sharifah Rose Makin Selesa

29-5-2021 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7763| Komen: 49

Description: Sharifah Rose akui melakukan beberapa kesalahan kecil dalam lakonannya menerusi drama yang kini menjadi bualan ramai iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard.
Sharifah Rose akui melakukan beberapa kesalahan kecil dalam lakonannya menerusi drama yang kini menjadi bualan ramai iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard.

Namun menurut aktres berusia 23 tahun ini, dia gembira apabila dapat belajar banyak perkara di set penggambaran drama itu bagi memantapkan lagi mutu lakonannya.

Malah, Sharifah Rose juga gembira dengan perubahan positif lakonannya sekarang berbanding dahulu menerusi drama Kisah Cinta Rumi yang ditayangkan April lalu.


Foto: IG

"Melihat lakonan saya di dalam drama itu, saya boleh nampak kesalahan kecil yang dibuat. Jujurnya saya banyak belajar di set penggambaran ini dengan semua pelakon yang terbabit dan juga pengarah.


"Mereka banyak membantu saya dan mereka juga sangat menyokong. Berbanding drama terdahulu dengan drama ini, saya rasa banyak beza. Malah saya merasakan saya mula selesa dengan lakonan," katanya kepada mStar.

Sharifah Rose berkongsi keterujaannya itu ketika sidang media Sembang Bersama Disney+ Hotstar secara maya yang diadakan pada Khamis.

Drama lakonannya bersama Redza Rosli berjudul Kekasih Hati Mr Bodyguard itu boleh distrim menerusi platform terbaharu berkenaan yang akan dilancarkan mulai 1 Jun depan.



Malah, Sharifah Rose turut meluahkan rasa syukur dapat bergandingan dengan Redza Rosli yang sangat membantu menerusi drama tersebut.

"Kali pertama saya berjumpa Redza ketika uji bakat, saya sangat gementar, memandangkan ini adalah kali pertama saya menerima tawaran watak utama.

"Digandingkan pula dengan Redza yang kita tahu lakonannya sedang banyak ditayangkan di televisyen. Jadi pastinya saya sangat gementar sebab saya tak pasti saya boleh membina keselesaan dengan dia.

"Tapi Alhamdulillah dia banyak membantu di set penggambaran dan saya banyak belajar dengan dia. Ia adalah pengalaman yang menarik dan saya gembira Redza menjadi pelakon gandingan saya di dalam drama itu," ujarnya.



Sebelum ini, lakonan pertama Sharifah Rose dalam drama siaran slot Lestary di TV3 itu dikritik penonton yang menganggap aktres itu berlakon seperti 'kayu'.

Dalam pada itu, Sharifah Rose memberitahu dia sentiasa menerima segala kritikan netizen yang dilemparkan kepadanya secara positif.



"Saya percaya setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang tersendiri. Saya sentiasa ambil kritikan orang secara positif kerana saya yakin daripada situ dapat perbaiki diri dan melakukan dengan lebih baik.

"Kita tidak akan pernah mati dengan cacian orang dan tak hidup dengan pujian," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husie91 29-5-2021 10:28 AM
Dia ni berlakon okay.. senyuman pon menarik.. cuma tulah kecik molek je rupanya dalam tv.. mcm saiz2 intan najwa je
Quote dudaberhias 29-5-2021 10:40 AM
tutupppp TV...

hero tak herlok... heroin pun tak herlokk...

sambung netflix - girl from nowhere S2
Quote lyza2474 29-5-2021 11:04 AM
Sorry x de aura pelakon
Quote Cece1234 29-5-2021 11:07 AM
I rase ok lg dia ni berlakon dr mirabasic..
Quote bakingsoda 29-5-2021 11:09 AM
amboi sendiri claim kesalahan kecik je tapi aku rasa pelakon kayu ada la membantu tambah elemen komedi dlm drama
Quote per706 29-5-2021 11:17 AM
dudaberhias: tutupppp TV...hero tak herlok... heroin pun tak herlokk...sambung netflix - girl from nowhere S2

Cite tu cite thriller seram ke camne?mcm nk tgok tpi skip je dlu. Ritu layan cite Tamil “Mandela” higly recommended…pda aku laa..tgok 2 kali da…first tgok sorang,2nd time ajak husband tgok…sakan kitorang gelak…gigih tekan tempat czer time gelak tu…hahahaha
Quote uori 29-5-2021 12:11 PM
banyak sungguh ulasan yang dikeluarkan satu demi satu punya nak justify betapa tak kayunya dia berlakon

Quote haruslah 29-5-2021 12:13 PM
Knp i rasa kat tv skrg muka yg sama ulang2
Si rose ni...pastu redza rosli...pastu fadlan hazim
Quote fadz84 29-5-2021 12:23 PM
bakingsoda replied at 29-5-2021 11:09 AM
amboi sendiri claim kesalahan kecik je tapi aku rasa pelakon kayu ada la membantu tambah elemen kome ...

Blh plk nilai lakonan sendiri kn.. Ada degree lakonan ke? Hehehe
Quote LadyCarefree 29-5-2021 01:28 PM
Femes pon sbb jd gf aazief kan?
Quote biozipstar 29-5-2021 01:49 PM
dudaberhias replied at 29-5-2021 10:40 AM
tutupppp TV...

hero tak herlok... heroin pun tak herlokk...

girl from nowhere 2 tak bape best kan.. kwangajo yuri... kalau girl from nowhere 1 mcm mantop sikit. hahaha.. OT kejap...


okay saripah ros belakon pada aku mcm okay aje... hekehk.. ada soft spot kepada mu saripah ros.. good luck!
Quote dudaberhias 29-5-2021 01:52 PM
biozipstar replied at 29-5-2021 01:49 PM
girl from nowhere 2 tak bape best kan.. kwangajo yuri... kalau girl from nowhere 1 mcm mantop siki ...

Iols suka no.1 juga, no.2 pun not bad kaka tapi karakter yuri tu entah perlu kah sebenarnya? Takde apa2 yang menarik pun dengan yuri. Tapi sekolah yuri tu ya ampunnn  kayangan bet yach...

Apa yang penting perlakon sana herlok2...

Take note yach producer malaysia, nak industri ni survive sila mula cari pelakon2 herlok dan hauk2 ni bagi jadi orang gaji atau orang2 lalu dekat belakang pasar je macam sharifah rose dan redza rosli ni... Sila pergi satu2 rumah dan cari yang herlok2 masuk industri hiburan sebagai trainee.
Quote cahaya_almas 29-5-2021 02:23 PM
Smlm tgk citer nj sbb nak tunggu ejen ali...i tk kenal awek ni sbnrnya....adoilah mmg nak follow cite ni terus mmg taklah..gedik n muka mmg biasa sgt....bkn tk lawa tau tp tkde aura wow gitu tuk i tgk lama2...
Quote Kurex 29-5-2021 02:36 PM
Tuanya muka kau.......
Quote hidet 29-5-2021 03:32 PM
Cece1234 replied at 29-5-2021 11:07 AM
I rase ok lg dia ni berlakon dr mirabasic..

stujuk..memek muka rose lebih berkarekter dari mirabasic...dia berlakon gedix2 manja comel je.. ok la for first timer
Quote anony-mous 29-5-2021 03:37 PM
LadyCarefree replied at 29-5-2021 01:28 PM
Femes pon sbb jd gf aazief kan?

Sblm kapel lg dia dah femes
Quote TerataiMelur02 29-5-2021 03:53 PM
haruslah replied at 29-5-2021 12:13 PM
Knp i rasa kat tv skrg muka yg sama ulang2
Si rose ni...pastu redza rosli...pastu fadlan hazim

Fadlan hazim tu lagi helok dari redza tapi redza lagi mendonia dari dia
Quote matchstick 29-5-2021 03:56 PM
Aku tgk muka dia ni kdg2 nmpk mcm hanisha hanee versi cerah sikit
Quote 3480 29-5-2021 04:27 PM
Lawa gak dia ni.. xtau la x mekap buruk ke dak tp mekap dia cantik la..
Betui.. muka dia iras hanesya hanie.. lawa gak la kan sbb aku tgk hanesya lawa ja

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.512770 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top