CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingat Dah Habis, Ahli Parlimen Kencing Dalam Cawan Kopi Ketika Sidang Video

30-5-2021 08:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3504| Komen: 9

Description: Seorang ahli parlimen Kanada berundur daripada beberapa tugas rasmi selepas didapati membuang air kecil di dalam cawan kopi semasa sesi sidang video di Parlimen, sebulan selepas beliau didapati berbog ...
Seorang ahli parlimen Kanada berundur daripada beberapa tugas rasmi selepas didapati membuang air kecil di dalam cawan kopi semasa sesi sidang video di Parlimen, sebulan selepas beliau didapati berbogel dalam sesi sidang maya yang lain.


Aksi ahli parlimen tersebut, William Amos dapat dilihat oleh ahli-ahli parlimen lain menerusi kamera videonya yang ketika itu, tanpa disedari sedang terbuka.


GAMBAR menunjukkan suasana di Dewan Rakyat di Ottawa, Kanada pada 13 Mei lalu. - AFP

“Malam semalam, ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat yang diadakan secara maya, saya membuang air kecil tanpa menyedari bahawa tindakan saya  sedang diperhatikan.

“Saya amat malu dengan tindakan tersebut dan segala kesulitan yang timbul kepada sesiapa sahaja yang menyaksikannya.

“Meskipun tindakan itu tidak dapat dilihat oleh orang awam, ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Jadi, saya benar-benar meminta maaf,” tulis Amos di Twitter.


Pada April lepas, ahli parlimen daripada parti pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau itu dilihat berbogel. Kejadian itu berlaku ketika sesi soal jawab di Parlimen yang diadakan secara maya.

Susulan dua insiden tersebut, Amos, dari Parti Liberal mengumumkan untuk berundur seketika daripada beberapa tugasnya di parlimen, namun masih mewakili kawasannya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 29-5-2021 12:55 PM
Exhibitionist ke pacik oiii
Quote Artemesiaa 29-5-2021 01:26 PM
Euwww buruknya perangai
Quote helicornia 30-5-2021 09:16 PM
ingatkan ummah kanada sume bertamadun
ahli parlimen negara dunia ke3 pun tk kencing dlm.cawan
Quote R2D2 30-5-2021 09:28 PM
sebab tu
kalau meeting ka, seminar ka etc
pastikan kita tgk betul2 video, audio dah mute,off

Quote ^CUN_GILA~. 30-5-2021 09:41 PM
bb15a7ce0da15d2508a7027c000145eb.jpg

Ni ke?
Quote Supersirap 30-5-2021 10:12 PM
Macam-macam hal la mereka ni
Quote NataliaLuiz 31-5-2021 12:47 PM
Tak kan tak pandang sekelIling dulu..
Quote Decaffeinated 31-5-2021 01:14 PM
Shit happens. Dalam sehari berapa juta sidang video di seluruh dunia. Melambak dalam WhatsApp kes orang lupa tutup camera ni. Terbaru aku dapat siap main ikat2 sambil orang tengah meeting.
Quote Drmu 31-5-2021 01:51 PM
dunia skg ni. Privasi kne jaga leklok. Iol tgk talk Edward snowden ttg telefon..katanya Telefon pun blh dihack.. blh diaktifkan kamera, mikrofon tanpa kte sedar. Jaga2 lah ya. Nak2 klau bawa tepon masa ke tandas. Tu blm lg ada kes letak hidden camera kat tandas...eii nauzubillah.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.046986 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top