View: 1896|Reply: 9
|
[Dunia]
Ahli Parlimen kencing dalam cawan. Tak sedar time tu sidang video belum tamat
[Copy link]
|
|
Ahli Parlimen Kanada cetus kontroversi lagi
Mei 29, 2021 @ 11:33am
OTTAWA: Seorang Ahli Parlimen Kanada melepaskan beberapa tugasannya dan akan mendapatkan bantuan selepas dirakamkan sedang membuang air kecil ketika sidang video di Parlimen.
Sebulan lalu, beliau turut dilihat dalam rakaman kamera tanpa pakaian dalam sesi maya yang lain.
"Malam tadi, ketika sesi Parlimen secara maya, dalam suasana terbuka, saya membuang air kecil tanpa menyedari saya berada dalam rakaman kamera," kata William Amos di akaun Twitternya pada Khamis malam.
"Saya sangat malu dengan tindakan saya dan kesulitan yang ditimbulkan kepada sesiapa yang menyaksikannya.
"Walaupun ia tidak disengajakan dan tidak dapat dilihat oleh orang ramai, ini sama sekali tidak dapat diterima, dan saya meminta maaf," katanya.
Pada April lalu, Ahli Parlimen itu dirakam berdiri dalam keadaan tanpa pakaian di antara bendera Kanada dan Quebec, manakala alat sulitnya terlindung oleh telefonnya, ketika sesi pertanyaan di Parlimen melalui sidang video.
Amos, anggota Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri Justin Trudeau, juga mendakwa bahawa itu adalah kemalangan.
Pembangkang dari Konservatif dalam satu kenyataan, berkata dalam kejadian terbaru, dia dirakam membuang air kecil ke dalam cawan kopi.
"Ini adalah kali kedua Mr Amos ditangkap mendedahkan dirinya kepada rakan-rakannya di Dewan, dan Dewan Rakyat, secara maya atau sebaliknya, kelakuan seperti ini tidak boleh diterima sama sekali," kata Ahli Parlimen Konservatif Karen Vecchio.
"Ini adalah tingkah laku Amos dan sekarang jelas bahawa parti Liberal gagal dalam tugas mereka untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat selepas kejadian pertama," katanya.
Amos, 46, mengumumkan mengundurkan diri daripada beberapa tugas parlimennya sementara tetapi akan terus mewakili kawasannya.
Beliau akan meminta bantuan tetapi tidak menjelaskan lanjut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Exhibitionist ke pacik oiii |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan ummah kanada sume bertamadun
ahli parlimen negara dunia ke3 pun tk kencing dlm.cawan |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu
kalau meeting ka, seminar ka etc
pastikan kita tgk betul2 video, audio dah mute,off
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam hal la mereka ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kan tak pandang sekelIling dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shit happens. Dalam sehari berapa juta sidang video di seluruh dunia. Melambak dalam WhatsApp kes orang lupa tutup camera ni. Terbaru aku dapat siap main ikat2 sambil orang tengah meeting.
|
|
|
|
|
|
|
|
dunia skg ni. Privasi kne jaga leklok. Iol tgk talk Edward snowden ttg telefon..katanya Telefon pun blh dihack.. blh diaktifkan kamera, mikrofon tanpa kte sedar. Jaga2 lah ya. Nak2 klau bawa tepon masa ke tandas. Tu blm lg ada kes letak hidden camera kat tandas...eii nauzubillah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|