CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa 1000 Janin Manusia Disimpan Dalam Peti Ais

31-5-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1950| Komen: 3

Description: Hanoi: Polis menemui lebih 1,000 janin manusia disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong di sini, selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan i ...
Hanoi: Polis menemui lebih 1,000 janin manusia disimpan dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong di sini, selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan itu.


Akhbar Kinh te & Do Thi melaporkan polis mengawasi kumpulan itu sehingga ke apartmen terbabit.

Pasukan keselamatan kemudiannya menyerbu pangsapuri itu dan menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi beg hitam.


Gambar Hiasan

Pemeriksaan lanjut mendapati beg hitam itu mengandungi janin manusia dan empat orang ditahan untuk disoal siasat.

Peti penyejuk beku dan janin kemudian ditempatkan di rumah pengebumian daerah sementara menunggu siasatan.


Siasatan awal polis menunjukkan keempat-empat suspek sering mengumpul janin hasil pengguguran daripada klinik dan tempat pembuangan sampah di bandar dan mengatur pengebumian yang sesuai.

Mereka melakukan pengebumian di Thanh Oai dan Soc Son di Hanoi dan di Wilayah Nam Dinh.

Bagaimanapun, oleh kerana jarak yang sangat jauh di antara kawasan berkenaan, kumpulan itu menyimpan janin di dalam peti sejuk terlebih dulu.

Walaupun polis menyatakan kes tidak berunsur jenayah, tetapi pihak berkuasa tempatan berkata, ia menyebabkan masalah alam sekitar mengenai cara janin ditangani dan disimpan.

Vietnam adalah antara negara yang mencatatkan kadar pengguguran janin tertinggi di dunia, menurut laporan rasmi kesihatan.

Jabatan Ibu dan Kanak-kanak di bawah Kementerian Kesihatan merekodkan 14 kes pengguguran janin dalam 100 kelahiran pada 2018. Antara sebab pengguguran dilakukan adalah kerana pemilihan jantina bayi selain kekurangan pendidikan seksual.

Malah, hubungan seksual tanpa nikah masih dianggap tabu menyebabkan gadis muda berdepan kecaman masyarakat sekiranya didapati hamil tanpa ikatan perkahwinan yang sah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-5-2021 09:29 AM
Ingatkan utk dimakan
Quote NataliaLuiz 31-5-2021 12:46 PM
Kesian org yg nak anak..
Quote zie_indah 31-5-2021 03:26 PM
Awmokk senang nye leh buang janin org yg xleh ngndung jenuhla berusahalah macam2

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058979 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top