CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meluat Tengok! Penonton Mahu Pijak Perut Iman Suhana, Sagat Muka Dekat Jalan!

31-5-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6597| Komen: 38

Description: Selepas kejayaan drama Takdir Yang Tertulis (TYT), karier lakonan Iman Suhana terus berkembang apabila watak antagonis yang dibawa olehnya dalam drama Sabarlah Duhai Hati pula menerima sambutan hebat ...
Selepas kejayaan drama Takdir Yang Tertulis (TYT), karier lakonan Iman Suhana terus berkembang apabila watak antagonis yang dibawa olehnya dalam drama Sabarlah Duhai Hati pula menerima sambutan hebat penonton.


Iman atau nama sebenar Norsuhana Mohamad Wahid, 31, berkata watak Nadia yang dilakonkan dalam drama terbaharu itu meninggalkan kesan cukup mendalam hinggakan ada penonton menghantar mesej ugutan di laman sosial.

Foto: IG

"Alhamdulillah selepas TYT, kali ini Sabarlah Duhai Hati pula jadi sebutan penonton... memang ramai yang geram dengan watak Nadia. Saya terima macam-macam mesej ugutan di laman sosial daripada penonton yang tak puas hati.

"Ada yang ugut nak pijak perut saya, nak langgar dengan lori, sagat muka dekat jalan dan macam-macam lagi mesej menakutkan yang saya terima... mungkin mereka terbawa-bawa dengan emosi itu.


"Yang positif pun ramai, mereka faham itu hanya lakonan dan puji watak yang saya lakonkan itu. Alhamdulillah, kiranya watak Nadia berjaya sampai kepada penonton. Itu sudah cukup membuatkan saya seronok," katanya kepada mStar.



Dalam drama tersebut, Iman membawakan watak Nadia iaitu seorang wanita yang berusaha untuk menghancurkan kebahagiaan sepupunya sendiri.

Sabarlah Duhai Hati arahan Mohd Fazli Yahya turut dibintangi oleh Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam dan Puteri Sarah Liyana.

Drama ini bersiaran di slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Ahad pukul 7 malam.



Bercerita mengenai impak populariti drama tersebut, Iman berkata peminatnya semakin bertambah di laman sosial sehinggakan ada pengikut baharu yang terkejut dan tidak menyangka dia merupakan ibu kepada seorang cahaya mata.

"Sebenarnya sejak drama Monalisa pada tahun 2018 lagi ramai tahu saya dah kahwin... mereka yang menyangka saya masih bujang ini mungkin dalam kalangan pengikut baharu. Ada yang terkejut apabila mengetahui saya ada seorang anak!

"Sebelum ini pun saya tak pernah berahsia tentang keluarga, saya selalu tunjuk foto dan video bersama anak di Instagram.




"Yang lucu apabila ada orang ingat saya muda lagi, mungkin sebab wajah macam budak-budak... padahal umur saya dah masuk 30 tahun. Alhamdulillah rezeki awet muda. Saya senyum sahaja baca komen-komen mereka," ujarnya.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak ini sudah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 32, pada tahun 2018.



Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia dua tahun.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-5-2021 09:26 AM
Kalau benci debab lakonan, tanda lakonan menjadi.. betul ke?
Quote mrlymsn 31-5-2021 09:28 AM
Jahat dia bukan level opah tu... Opah tu jahat nak mampos selayaknye dipukul beramai2 {:smile
Quote ally9970 31-5-2021 11:57 AM
Alah dia nak bagitau lakonan dia bagus lah tu...
Quote youell 31-5-2021 12:34 PM
La..31 dah rupanya, dlm citer ni....Masa Zaman sekolah & pi tuisyen tu, dia ni je yg nmpk ok mcm budak bbnu... Amyra & Sarah tu..mmg nmpk kertu la as budak sekolah
Quote azimodin 31-5-2021 12:37 PM
mrlymsn: Jahat dia bukan level opah tu... Opah tu jahat nak mampos selayaknye dipukul beramai2 {:smile

Mak leha pob x sejahat opah. Mak leha jerit je lebih. Opah bersembunyi dibalik imej nenek2 prihatin
Quote tokchik 31-5-2021 01:49 PM
mrlymsn: Jahat dia bukan level opah tu... Opah tu jahat nak mampos selayaknye dipukul beramai2 {:smile

Aku pun Sama
Sumpah seranah kt opah sewel tu
Quote AznieBunnie 31-5-2021 02:41 PM
azimodin replied at 31-5-2021 12:37 PM
Mak leha pob x sejahat opah. Mak leha jerit je lebih. Opah bersembunyi dibalik imej nenek2 prihati ...

kan?!
jahat lain macam wei..

halus je cara dia selain play victim tak habis-habis even dah kantoi big time...
bravo opah, bravo!

teringat kat seseorang yg lebih kurang mcm ni jahatnya...
nasib lah dia sudah tiada...
Quote ikanmasin 31-5-2021 02:42 PM
opah tu rasa nak lawan jer pukul balik.hahaha
Quote inspiro92 31-5-2021 03:15 PM
mrlymsn: Jahat dia bukan level opah tu... Opah tu jahat nak mampos selayaknye dipukul beramai2 {:smile


Lakonan antagonis Fadilah Mansor SBG opah MMG menjadi tanpa perlu pekik2,jerit2.cukup dgn dialog & mimik muka dia menunjukkan sense of authority dia as opah dlm family & semua org kena ikut ckp dia.kudos mak cik.
Quote Denco 31-5-2021 03:19 PM
opah tu gila babeng....ee rasa nk hempuk kepala bio kena swan
Quote Denco 31-5-2021 03:21 PM
tp aku rengsa warna rambut  minah ni...burok ya hamat
Quote belilies 31-5-2021 03:23 PM
Tapi kadang iols selalu tersalah nampak muka iman ni cam syuk.
Quote per706 31-5-2021 04:00 PM
Dok layan sabarlah duhai hati kat tv3. Bley than ko belakon deq,comel dia ni.mata bulat,time babak marah tu trjenggil2 bijik mata.sesuai la jdi partner izzue dlm tu..dua2 comel…hahahaha
Quote irvene 31-5-2021 04:03 PM
Denco replied at 31-5-2021 03:21 PM
tp aku rengsa warna rambut  minah ni...burok ya hamat

muka dia x cukup menawan dgn rambut color gitu. huhuhuk. boleh geng dgn anak lan solo
Quote sambaldurian 31-5-2021 04:23 PM
mak ak mcm x puas hati knp izzue setia sgt ngan nadia ni wlupun muka nadia biasa2 -  yela sbb dh la kurang ajor ngan suami. suami dia dh taraf hensem, klu x bape hensem tu ok la nk sayang sgt kt nadia.
Quote kikikiko 31-5-2021 04:30 PM
sambaldurian replied at 31-5-2021 04:23 PM
mak ak mcm x puas hati knp izzue setia sgt ngan nadia ni wlupun muka nadia biasa2 -  yela sbb dh la  ...

ko sama dgn aku.  nk kata bercinta sgt sblm kawen tak juga.  nk kata beragama tak juga.  budi bahasa lagi la mcm harem.  cantik pun tidak.  apsal Nazim tu setia sgt. stress akk
Quote sambaldurian 31-5-2021 04:36 PM
kikikiko replied at 31-5-2021 04:30 PM
ko sama dgn aku.  nk kata bercinta sgt sblm kawen tak juga.  nk kata beragama tak juga.  budi baha ...

bkn ak, mak ak. asal ak dok sebelah mak ak masa drama ni, klu ada scene nazim ngan nadia, msti mak ak ckp ," eeh, mak x fhm la ape la izzue ni suka sgt dgn nadia, nadia tu kn biasa2, lain la klu nazim tu muka biasa2 jgk - aka mak ak ckp klu yg jiran baik tu ke jd nazim faham la klu terhegeh2 nk nadia lg) ak ckp cerita mak, dh director yg direct, skrip tu cm gitu, nk cmno..
Quote kikikiko 31-5-2021 04:45 PM
sambaldurian replied at 31-5-2021 04:36 PM
bkn ak, mak ak. asal ak dok sebelah mak ak masa drama ni, klu ada scene nazim ngan nadia, msti mak ...

haha..jd mak ko sama la dgn aku.  aku sampai skrg tk boleh move on lg si nazim tu dgn bini real life dia.  bkn aku minat pun tp mcm tak boleh terima kepala aku ni.  busuk hati betul
Quote bellaamsar 31-5-2021 05:39 PM
Tak sabar nk tunggu episod harini. Mak si nadia tu mati ke tidak agaknya

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.063013 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top