CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rentas Daerah Semata-Mata Nak Beli Emas, Dua Wanita Menangis Kena Kompaun

31-5-2021 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5846| Komen: 47

Description: GEORGETOWN: Dua wanita yang merentas daerah semata-mata mahu mengunjungi sebuah kedai barangan kemas di Kompleks Bukit Jambul, Sungai Nibong di sini menerima padah apabila mereka dikompaun sebanyak RM ...
GEORGETOWN: Dua wanita yang merentas daerah semata-mata mahu mengunjungi sebuah kedai barangan kemas di Kompleks Bukit Jambul, Sungai Nibong di sini menerima padah apabila mereka dikompaun sebanyak RM5,000. 


Wanita berusia 20-an dan 50-an itu antara sembilan individu yang ditahan dalam Operasi Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) mulai pukul 2 petang. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita tersebut datang secara berasingan iaitu dari Balik Pulau dan Bayan Lepas di daerah Barat Daya. 

Foto: Gempak

Menurutnya, mereka gagal memberikan sebarang alasan munasabah kepada pihak polis berhubung kehadiran mereka ke premis berkenaan. 


“Semasa operasi dijalankan, dua wanita terbabit sedang berurusan dengan jurujual premis berkenaan. 

“Mereka tidak melarikan diri tetapi mungkin tidak menyangka polis akan bertanya mengenai lokasi mereka datang selain melakukan pemeriksaan imbasan MySejahtera serta pemakaian pelitup muka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, kompaun dikenakan mengikut kesalahan di bawah peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 iaitu ingkar arahan kawalan pergerakan (merentas daerah tanpa kebenaran). 

Dalam pada itu jelasnya, turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 adalah tujuh lagi individu termasuk empat warga asing selepas didapati tidak memakai pelitup muka serta mengimbas kod MySejahtera. 

“Mereka yang tidak mengimbas kod MySejahtera itu berada di premis yang beroperasi di luar pasar raya berkenaan. 

“Mereka mengakui sudah melakukan SOP yang ditetapkan pengusaha premis, namun apabila diperiksa sebenarnya tidak berbuat demikian,” ujarnya. – CARI

Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 31-5-2021 10:11 AM
Duit nk beli emas tu boleh byr kompaun
Quote Cece1234 31-5-2021 10:13 AM
Dah xsabar sgt nak beli emas tu kenapa..xpun beli jela online..
Quote Orix 31-5-2021 10:15 AM
eh, so skrg nk pegi beli groceries kena bawak bil api ayor ke utk verify kita tggal di kwasan berdekatan ?
Quote dudaberhias 31-5-2021 10:20 AM
siannya... dah rugi beberapa gram untuk beli emas

ujung2 bawak balik cincin besar jarum jahit jah...
Quote rosmahisham 31-5-2021 10:24 AM
Ruginya rm5k tu dah blh beli gelang coco,pulut dakap,ketum dah hu hu
Quote Belibis 31-5-2021 10:26 AM
dudaberhias: siannya... dah rugi beberapa gram untuk beli emas ujung2 bawak balik cincin besar jarum jahit jah...

Masih lagi dipanggil emas,walaupun sebesar janggut udang geragau.
Quote Minami2013 31-5-2021 10:29 AM
Nak beli emas kot harga rm3k, kena denda rm5k.. tak pasal.
Quote makneng 31-5-2021 10:32 AM
Quote renko 31-5-2021 10:33 AM
padan muka
batak sangat
Quote copy_paste 31-5-2021 10:36 AM
byk sgt duit,simpan aje la buat stok makan atau bantu jiran2 yg kurang berkemampuan masa lockdown,
xkesian ke org lain yg x mampu,kan dah kena
Quote MuhdAisy 31-5-2021 10:37 AM
Beli emas tak salah, yang salah rentas daerah. HAHAHA kan dah bazir duit
Quote pearl.silver 31-5-2021 11:19 AM
Orix replied at 31-5-2021 10:15 AM
eh, so skrg nk pegi beli groceries kena bawak bil api ayor ke utk verify kita tggal di kwasan berdek ...

Polis bole cek ikut mysejahtera klu kita tipu..
Tgk most tempat cek in kat mana..
Camtu kot..
Quote whadda 31-5-2021 11:29 AM
so sempat beli ke belum tu.. klo dah beli boleh la gadai dulu buat bayar kompaun
Quote allshares 31-5-2021 11:39 AM
Padan Muka hg makcik & dik oi, sapa sughoh ketegaq biji. Takdan2 nk beli emaih mcm kalau hg tak pi beli boleh mampoih. Kelupoq la hg lani gagau duit nk bayaq 5ghibu tu
Quote ellejo 31-5-2021 12:07 PM
untung duduk grey area mcm meols. kekanan sikit daerah lain kedepan sikit border daerah lain kekiri daerah lain
Quote Carcosa 31-5-2021 12:09 PM
Padannnnn mukaaaa. Kesah plk kau nangis?? Handbag keluar aku, smp anak aku masukkan mcm2 toys dia dlm tu. Sbb lama aku tak keluar rumah. Kau semedang merayap. Padan muka kau!!!!!
Quote MeghanK 31-5-2021 12:12 PM
nak beli emas pakai g mana musim orang duk rumah ni..rugi je
Quote annehuda 31-5-2021 12:13 PM
Orix replied at 31-5-2021 10:15 AM
eh, so skrg nk pegi beli groceries kena bawak bil api ayor ke utk verify kita tggal di kwasan berdek ...

barang kemas bukan kategori groceries pun
Quote Simunggu 31-5-2021 12:17 PM
banyak kes rentas daerah ini yg keras kepala ada perempuan....siap cakap tidak adil itu ini kenapa org lain boleh, padahal org tu essential services

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058584 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top