CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Amyza Aznan Kemalangan Ketika Pulang Dari Studio Rakaman

31-5-2021 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5101| Komen: 17

Description: Malang tidak berbau apabila anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari studio rakaman pada malam, Ahad.
Malang tidak berbau apabila anak sulung kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari studio rakaman pada malam, Ahad.


Berkongsi mengenai perkara itu, pelakon berusia 45 tahun ini memberitahu Andre, 18, ketika itu membonceng motosikal bersama rakannya dilanggar sebuah kereta di kawasan perumahan mereka di Ampang.

Menurut Amyza, dia bersyukur kemalangan tersebut tidak melibatkan nyawa namun anaknya mengalami kecederaan ringan di sebelah kiri badan.

Foto: IG

“Andre kemalangan ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah dari studio rakaman. Ketika itu, kami pulang secara berasingan... Andre pulang dengan kawan dia menaiki motosikal.


“Kemalangan itu berlaku di kawasan perumahan saya... ada sebuah kereta nak masuk simpang tak beri signal dan tiba-tiba terus melanggar anak saya dan rakannya.

“Nasib baik kemalangan itu tidak melibatkan nyawa dan mereka pun tak alami kecederaan yang serius. Tapi Andre alami luka-luka di sebelah kiri... kaki kiri dia pun habis penuh luka sebab terjatuh, ” katanya ketika dihubungi mStar.


Sebelum ini, pelakon drama Budak Tebing ini berkongsi berita sedih mengenai anaknya terlibat dalam kemalangan menerusi laman Instagram miliknya pada malam, Ahad.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut meluahkan rasa simpati dengan keadaan anak lelaki pelakon itu dan mendoakan agar Andre cepat sembuh.

Dalam pada itu, Amyza memberitahu dia mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis terhadap individu yang melanggar anaknya kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu.


Bagaimanapun, Amyza menasihati semua pemandu kenderaan agar sentiasa menggunakan signal setiap kali untuk keluar simpang supaya tidak menyusahkan orang lain.

“Sudah tentu hati mak yang rasa sakit melihat keadaan anak. Tapi saya bersyukur dia tak alami kecederaan yang teruk atau serius. Sekarang ini, dia hanya berehat sahaja di rumah.

“Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan isu ini. Tapi saya mohon agar semua orang yang memandu, berilah signal... jangan selfish!” ujarnya.




Pada Oktober 2019, Amyza diuji apabila suaminya Khiaril Idzhar Mohd Nadzir lumpuh selepas diserang angin ahmar.

Amyza mendirikan rumah tangga dengan Khairil Idzhar pada tahun 2004 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 18, Andrian Adam, 15, dan Ayden Andika, 9 tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 31-5-2021 02:02 PM
Nasibla x teruk mana. Selalu accident je, org bawak motor la yg paling menanggung.
Quote mamajawie 31-5-2021 02:30 PM
anak2 dia mmg smua disuruh jadi retis ke?
Quote LadyCarefree 31-5-2021 04:20 PM
Naik motor dgn kawan. Xdok sop penjarakan sosial.
Quote Thunderclouds 31-5-2021 07:34 PM
Allah siannyaa.. Antara menda yg mrisaukn hati seorg ibu. I igt ank2 i sikit hr nnt blajaq nek public transport ja nk p mna2. Even kt u nnt sekalipn. In my mind lebih selamat. Wpun hubby dh simpan moto kapcai sebijik sorg kt depa ni tp fikiran i xtenteram. Mujur ank amyza xdak apa. Gws ya
Quote cikgojesss 31-5-2021 07:45 PM
ni anak acik renoma yang fonen nyanyi whistle sambil badan serta tangan meliang liuk macam lilin ditiup angin sepoi2 bahasa tu ker????
Quote Ciktiekus 31-5-2021 07:53 PM
Ni kes masuk simpang sauk dengan moto2 sekali la ni..payah benor nk bagi signal..
Quote slyfynx 31-5-2021 08:16 PM
Chop.
Leh ke naik moto berdua dengan orang yang x tinggal serumah?
Quote jemahjacjon 31-5-2021 08:26 PM
cikgojesss replied at 31-5-2021 07:45 PM
ni anak acik renoma yang fonen nyanyi whistle sambil badan serta tangan meliang liuk macam lilin dit ...

Xde video ke? Hahahah
Quote None68 31-5-2021 08:27 PM
Laa kesiannya..
Quote jemahjacjon 31-5-2021 08:28 PM
Amboihhh kokesen sungguh nama anak yitu.....
Quote downiey 31-5-2021 09:26 PM
slyfynx replied at 31-5-2021 08:16 PM
Chop.
Leh ke naik moto berdua dengan orang yang x tinggal serumah?

sebab tu xnk buat polis report?. hehehehe,, ni soalan tau
Quote cikgojesss 31-5-2021 10:15 PM
jemahjacjon replied at 31-5-2021 08:26 PM
Xde video ke? Hahahah

nah tapi ni nama lain, anak heshe lagi satu kot

https://youtu.be/Tl4FHG6oE2U
Quote ImpianSeroja 1-6-2021 01:13 AM
Get well soon la dik..kena lebih berhati2 lg pasne
Quote pearl.silver 1-6-2021 01:24 AM
jemahjacjon replied at 31-5-2021 08:28 PM
Amboihhh kokesen sungguh nama anak yitu.....

I rasa lebih indon nama2 mereka tu
.
Quote Nenasketum 1-6-2021 08:05 AM
Mak hayam junior ni tak tahu kah masa tu PKPD. Kot kalau dia tak pi studio, terbontang femli ni mati tak makan. Esok2 dapat Covid, nangeh la kome.
Quote imanjannah 7-6-2021 12:23 PM
moga baik2 je, ni ank dia yg masuk tv tu ke? atau yg lain..
Quote rayray28 7-6-2021 12:30 PM
Nenasketum replied at 1-6-2021 08:05 AM
Mak hayam junior ni tak tahu kah masa tu PKPD. Kot kalau dia tak pi studio, terbontang femli ni mati ...

oh tempat dorg kena pkpd ke?camne plak laa leh kuar dr kawasan tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052165 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top