CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Tak Jadi Kahwin- Bapa Dan Bakal Ibu Mentua Bercinta, Siap Lari Dari Rumah

31-5-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2251| Komen: 7

Description: Gujarat: Bakal pengantin terpaksa membatalkan hasratnya untuk berkahwin selepas bapa dan bakal ibu mentuanya menjalinkan hubungan cinta.
Gujarat: Bakal pengantin terpaksa membatalkan hasratnya untuk berkahwin selepas bapa dan bakal ibu mentuanya menjalinkan hubungan cinta.

The Times of India melaporkan pasangan itu sebelum ini sudah merancang untuk berkahwin sejak setahun lalu.


Namun tanpa disedari, bapa pengantin lelaki itu menjalinkan hubungan dengan ibu bakal isterinya.

Kredit foto: AFP

Segala persiapan juga sudah dibuat untuk majlis perkahwinan mereka namun terpaksa dibatalkan secara mengejut.

Bapa pengantin lelaki berusia 48 tahun adalah usahawan tekstil, manakala pasangannya berusia 46 tahun.

Pasangan bapa dan ibu pengantin kemudian dilaporkan hilang tidak lama sebelum majlis perkahwinan berlangsung.


Keadaan menjadi kecoh sehingga keluarga terpaksa membuat laporan polis berhubung kejadian.

Ahli keluarga pengantin memaklumkan, pasangan bapa dan ibu pengantin sebenarnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.

"Mereka berkawan dan tinggal di daerah yang sama sejak sekian lama.

"Kami tidak mengetahui status hubungan mereka sama ada sudah bernikah atau sebaliknya selepas lari meninggalkan keluarga," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anisanim 31-5-2021 09:13 AM
Sempat korang ye.. Bercinta belakang tadbir.. Haru biru majlis anak
Quote copy_paste 31-5-2021 09:16 AM
kalau mcm tu,anak2 nape  teruskan kawin je
Quote redz85 31-5-2021 09:26 AM
kalau mak pak single, apa salah nya.. kawin aje lah

yang korang tak jadi kawin kan rugi
Quote Suchi 31-5-2021 09:36 AM
redz85 replied at 31-5-2021 09:26 AM
kalau mak pak single, apa salah nya.. kawin aje lah

yang korang tak jadi kawin kan rugi


Kt kg iols sepupu kawen sepupu.
Lepas tu mak pak memasing lak kawen.
Kira besan sama besan la kawen.
Biras kawen ngn biras.

Dedua masa tu duda dan balu la.
Sempat plak tu boleh anak kecik lagi huhu padahal time tu dah ada cucu.
Quote 3chanceno 31-5-2021 09:49 AM
Kalau crita dari benua nie, crita pelik2 cam gini tak terkejut hihihi..cumanya tahap kepelikan je yg berbeza

Dah orang muda tak mau kawin, yg tua go ahead hahshs
Quote AnaisAnais 31-5-2021 10:05 AM
maybe dlm masyarakat dorang hubungan gini tak boleh kot.  bila thr parents kawin then they became step siblings. taboo
Quote NataliaLuiz 31-5-2021 12:45 PM
Drama laa. Haih. Mcm2.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.199602 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top