CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PKP lagi dan lagi nukilan Uyaina Arshad buat "siapa yang makan cili, dia rasa pedas"

26-5-2021 07:19 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13268| Komen: 94

Description: Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 28 tahun, mencuri tumpuan ramai apabila membuat satu video nukilan berjudul "PKP lagi dan lagi".



Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 28 tahun, mencuri tumpuan ramai apabila membuat satu video nukilan berjudul "PKP lagi dan lagi".

Dalam video berdurasi 1 minit 29 saat yang dimuatnaik di Instagramnya, Uyaina mempersoalkan mengenai "isu berbangkit" yang sering berlaku antara golongan kayangan dan marhaen semenjak PKP dilaksanakan, iaitu pelanggaran SOP (Standard Operating Procedure).

Jom dengarkan "nukilan pedas" dari Uyaina ini.



Menteri sudah dikeji, VVIP sudah dicaci,
Selebriti sudah dimaki, golongan kayangan sudah dibenci,

Sebab kes yang semakin meninggi.

Memang golongan ini kuat mengundang kontroversi,
Tapi rakyat Malaysia yang lain semuannya berintegriti?
Tiada yang rentas daerah curi2?
Mintak surat dari pak polisi untuk memenuhi kehendak hati?

Kalau iya, takkan la lebuhraya pantai timur sesak lepas aidilfitri?
Takkan lah itu semua menteri dan selebriti?
Satu jari kita tunding pada seseorang, tiga kembali tunjuk kepada diri sendiri,
Jangan sibuk jaga tepi kain orang, sampai diri sendiri pun culas dan lupa diri.

Tiada lagi zon hijau di semenanjung, abang,
MAEPS dah tak cukup katil sekarang,
Hospital Sg Buloh pulak simpan jenazah dalam kontena sebab tak cukup ruang,

Yang ditakutkan bukan hanya kes kematian, saudari,
Tapi yang pulih dari covid dan hidup dengan komplikasi,

Siapa makan cili dia rasa pedas,
Siapa rasa pedas kata saya main cakap lepas,
Rakyat marhaen mahupun golongan kayangan,
Saya bukan nak terus menyalahkan,
Sekadar memberi peringatan juga kepada diri saya sendiri,

Tolonglah jaga SOP!!!
Kes semakin meninggi ni!
Takkan lah nak sambung PKP lagi?
dan lagi?




Semenjak dimuatnaik ke laman sosial 2 hari lalu, video ini telah ditonton sebanyak 1.6 juta kali dan menerima hampir 2 ribu komen. Ternyata, ia menerima pelbagai reaksi dari netizen.



Mesej anak kelahiran Perlis itu sangat jelas dan padat! iaitu menyeru agar semua pihak berhenti menunding jari dan sama-sama mematuhi SOP agar kes harian Covid-19 dapat diturunkan semula. 

Jadi persoalannya disini, adakah anda "merasa pedas" ketika menonton video ini?  



1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 26-5-2021 07:22 PM
Dikeji dan dicaci je. Dikompaun belum ye cik uyaina {:smile

Terbalik dgan rakyat marhaen dikompaun dan dipersalahkan {:teatime
Quote Ara_roro93 26-5-2021 07:23 PM
Huarrrgghhh , ckp jee demi Batak Limelight kan sonang btw sedih nye muka u now lebih ke arah Dato A Aida acah2 single mader hott ituh laa. Ke mata I yg salah nampak eav, upppsss
Quote Mopiko 26-5-2021 07:28 PM
Tapi rakyat Malaysia yang lain semuannya berintegriti?

Tiada yang rentas daerah curi2?

Mintak surat dari pak polisi untuk memenuhi kehendak hati?


Kalau iya, takkan la lebuhraya pantai timur sesak lepas aidilfitri?

Takkan lah itu semua menteri dan selebriti?



motif petik lebuhraya pantai timur sesak?? lebuh raya lain tak sesak ke. ke dia tak tahu orang semua sibuk ambil anak dekat uni/kolej. ingat semua tu pulang beraya curi2 ke



Quote AmandaRollins 26-5-2021 08:07 PM
Ko g mam la sana...menyampah tgk dia ni..ada aura sombong...
Quote Normabaru 26-5-2021 08:18 PM
So cili2 uyaina ni kena kt kawan2 retis sheols x
Quote Cece1234 26-5-2021 08:19 PM
Buruk la dia pakai tudung kelepet cmni..
Quote Lula2 26-5-2021 08:30 PM
Mopiko: motif petik lebuhraya pantai timur sesak?? lebuh raya lain tak sesak ke. ke dia tak tahu orang semua sibuk ambil anak dekat uni/kolej. ingat semua tu  ...


U tak tau ke haritu viral lebuhraya pantai timur sesak hala ke kl exactly lepas raya haritu? Hari ahad malam dan isnin tu. Ambil budak uni apa nya..
Quote salmon-suki 26-5-2021 08:33 PM
Ai kecam semua y langgar sop n rules,be it munteri(pioneer langgar sop), vip (2nd y langgar), retis dan golongan kayangan (acah2 kebal n y ketiga tanpa segan silu langgar sop n rules) and barulah marhaen y tak sedar diri semikin tp nak jgk langgar sop n rules..bila didenda merempan..

Baidewei,aiolzs x setuju kalau kepala buat jahat,kita pun kena tiru buat jahat jgk..knp nak ikut org pulak?senang nak play blame game ke?y kepala dah tnjuk kebodohan sendiri,takkan y bawah pun nak ikut bodoh sama?so funny laa chuolzs..

N maybe xpenting kot y ni,tp ai xsuka uyaina nih.. gedik mcm muka basic n retis segera y berhijab sekadar nak masuk industri jah..
Quote mrsbale 26-5-2021 08:42 PM
Bowdow tu simpan skit kaka
Bila masa rakyat pilih kasih nk hentam sapa
Sapa2 salah smua kena cerca
Xdak masa nk tuju retis gila ja
Pfff

Quote delia3003 26-5-2021 08:46 PM
Edited by delia3003 at 26-5-2021 08:49 PM

Ramai pulak retis merempan Btw, iols mmg tak boleh tgk tutorial tudung Ariani minah ni, gedik yg tak comel, yg kita rasa nak muntah je tgk sbb muka dia tak comel.

Iols mmg salahkan semua yg langgar SOP, tak kira munteri, kayangan, retis, instapemes mahupun marhaen
Quote Amigurumi 26-5-2021 08:49 PM
salmon-suki replied at 26-5-2021 08:33 PM
Ai kecam semua y langgar sop n rules,be it munteri(pioneer langgar sop), vip (2nd y langgar), retis  ...

Tiga-tiga point you i setuju
Quote miu84 26-5-2021 08:51 PM
Ara_roro93 replied at 26-5-2021 07:23 PM
Huarrrgghhh , ckp jee demi Batak Limelight kan sonang btw sedih nye muka u now lebih ke arah Dato A  ...

Haaa betul. Puas fikir tadi rupe dia macam siapa. Macam acik A. Aida
Quote totokreturn. 26-5-2021 08:52 PM
terkujut totok, umur baru 28, tgk muka mcm dah 45
Quote Kurex 26-5-2021 08:54 PM
Dah la takde gred, muka tua, bakat tak kemana. Layak diludah je kau. Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh
Quote delia3003 26-5-2021 09:01 PM
Edited by delia3003 at 26-5-2021 09:11 PM
Kurex replied at 26-5-2021 08:54 PM
Dah la takde gred, muka tua, bakat tak kemana. Layak diludah je kau. Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh ...


Igt iols sorang je rasa dia muka tua. Tak padan muka tua tapi gedik. Igt dia comel ler tu, tak langsung

Btw, tak hengen pun nk tgk video dia tu. Takde tarikan
Quote Skuau 26-5-2021 09:03 PM
drp pemerhatian aku....la...ramai sangat orang 'cepat panas@baran'....sekarang ni......setiap isu...mesti kuar..maki hamun...sumpah seranah...
Quote pointed 26-5-2021 09:11 PM
Muke mcm A.aida ! Sorry kak lebih baik tutup mulut dari nak perhatian tp dikecam . Sorry die ni mcm try hard sgt nk nmpak comel sedangkan umur dah byk
Quote nefnefnef 26-5-2021 09:14 PM
Cc kawan-kawan sendiri yang langgar SOP ke Uyaina?
Quote KelisaOren 26-5-2021 09:23 PM
Tak boleh la tengok minah gedik ni bercakap....MELUAT!

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.059225 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top