CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lebih 30 Tahun Berlakon, Bell Ngasri Baru Jadi Pilihan Pertama Pengarah

25-5-2021 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10367| Komen: 58

Description: Lebih tiga dekad membina nama dalam industri seni tanah air, pelakon dan pelawak Bell Ngasri meluahkan rasa syukur apabila bakatnya masih menjadi perhatian ramai sehingga kini.
Lebih tiga dekad membina nama dalam industri seni tanah air, pelakon dan pelawak Bell Ngasri meluahkan rasa syukur apabila bakatnya masih menjadi perhatian ramai sehingga kini.


Bagi memastikan dirinya kekal relevan, Bell atau nama sebenar Nasrizal Ngasri, 41, berkata dia tidak memilih tawaran lakonan dan tidak pernah berkecil meskipun namanya sering menjadi pilihan kedua penerbit.

Kredit foto: IG


"Alhamdulillah rezeki saya... saya pun sebenarnya tak tahu nak jawab apa bila orang tanya apa saya lakukan untuk kekal berada di sini. Cuma yang boleh saya cakap, saya cuma pastikan diri saya sentiasa ada, itu sahajalah strategi saya.

"Sebelum ini saya selalu sahaja jadi artis kedua, ketiga tapi saya tak kisah saya terima sahaja dan buat yang terbaik untuk mereka. Mungkin sekarang baru orang semakin nampak karier saya.


"Saya ni dah berlakon sejak kecil... banyak juga cerita lakonan saya popular semasa itu. Sekarang ni saya tak kisah, selagi ada orang suka, orang nak tengok saya akan cuba bawa apa sahaja watak dengan sebaik mungkin," katanya kepada mStar.


Sementara itu, pelakon utama filem 18 Puasa Di Kampong Pisang ini mengakui tidak tercabar dengan kehadiran ramai pendatang baharu dalam industri.

Malah, Bell berkata dia seorang pelakon mudah untuk didekati oleh pelakon senior dan baharu.

"Sekarang ni ramai pelawak lahir dari program Raja Lawak... ada yang saya di belakang mereka tapi saya tak kisah dan tak pernah rasa ada gap antara kami! Saya cuba jadi kawan mereka, sedangkan ada pelakon dalam usia saya tak boleh sesuaikan diri dengan dunia sekarang, tapi saya pula tak ada masalah tentang itu.



"Apabila saya bersama budak baharu, mereka anggap saya dalam kelompok mereka, kalau bersama pelakon lama pula mereka rasa saya macam pelakon senior juga... jadi memang tak ada masalah nak berkawan dengan mereka semua," ujarnya.

Selepas 34 tahun berada dalam industri seni, Bell berkata dia tidak pernah meletakkan harga tinggi seperti didakwa oleh adiknya yang juga pelakon dan penerbit, Darling Ngasri.



"Apabila semakin lama dalam industri, orang ingat harga saya mahal, sebenarnya harga saya jauh lebih murah dari artis-artis baharu yang lebih popular sekarang.

"Saya hanya ambil sebahagian dari mereka... itu pun orang kata mahal ke? Alhamdulillah rezeki saya masih ada!" ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 25-5-2021 02:10 PM
Bell ada originality. Boleh ganti Mamat Khalid. Pernah jumpa Bell shooting zaman sebelum Cili Padi. Masa tu pun beliau dah pakai barang branded head to toe hokeh
Quote azimodin 25-5-2021 02:27 PM
Bell bila berlakon mmg menjiwai watak, especially kalau watak tu memerlukan dia jadi annoying macam dalam bedah tong gas & dalam telefilem Sotong tu. Rasa macam nak tunjal2 je kepala
Quote gold_teeth 25-5-2021 02:29 PM
Erkk rs dia glamer je n siap versatile watak antagonis ke lawak semua sapu.. org je rs dia xglam mgkin sbab xberlakon hero romantik
Quote fadz84 25-5-2021 02:31 PM
Dia pun byk jd voiceover iklan2 kat radio kn..
Quote exclusive_vvip 25-5-2021 02:33 PM
fadz84 replied at 25-5-2021 02:31 PM
Dia pun byk jd voiceover iklan2 kat radio kn..

haah..dari zaman budak2 lagi kan...ntah berapa la rate payment dia agaknya
Quote MisXoXo 25-5-2021 02:46 PM
gold_teeth replied at 25-5-2021 02:29 PM
Erkk rs dia glamer je n siap versatile watak antagonis ke lawak semua sapu.. org je rs dia xglam mgk ...

Dan juga sebab dia rendah..tu sbb xnaik jadi hero..tapi dia berlakon bestt..semua dia boleh sapuuu..jahat boleh..kelakoo boleh..sayang xda anugerah utk org2 mcm dia dlm industri ni
Quote tompie 25-5-2021 02:54 PM
Dulu mmg tak minat langsung dia ni. Nampak mcm try hard sangat.
Sekarang ni dah boleh terima. Aku rasa mostly sejak dapat didikan mamat khalid.
Sekarang nampak dia pandai kenakan kat scene. mana yang nak kena buat poyo over action, mana nak natural.

Satu lagi aku respect kat dia berpuluh taun kat dlm industri, takde lah kes2 buruk yg aku boleh ingat. clean records.

All the best Bell
Quote nazzse 25-5-2021 02:56 PM
MisXoXo: Dan juga sebab dia rendah..tu sbb xnaik jadi hero..tapi dia berlakon bestt..semua dia boleh sapuuu..jahat boleh..kelakoo boleh..sayang xda anugerah ut ...

Antara yg termahal tak silap & dia juga dlm top list voice over kt malaysia ni
Quote b_n_c 25-5-2021 02:57 PM
dia ni bagus berlakon drama n filem..
bg la watak ala pun menjadi nmpk natural

cuma kat pentas maharaja lawak bergantung idea, klu idea failed dia pun nmpk pelik..
Quote fadz84 25-5-2021 03:02 PM
Sampai skrg igt watak budak jahat dia dlm telemovie PAE. Dia x menang award ek untuk lakonan dlm telemovie tu?
Quote Ritacomels 25-5-2021 03:24 PM
Asal tengok bell teringat idriskhan, asal tgk idris teringat bell, nasib ah deris tu tinggi
Quote per706 25-5-2021 03:25 PM
Dia ni Kalu tgok dlm tv nmpak gelap.tpi jumpa kat luar xdela gelap bebeno
Quote tagas 25-5-2021 03:28 PM
Lejen citer sutun nih
Quote natrahn 25-5-2021 03:36 PM
fadz84 replied at 25-5-2021 03:02 PM
Sampai skrg igt watak budak jahat dia dlm telemovie PAE. Dia x menang award ek untuk lakonan dlm tel ...

kan... mati PAE
Quote ezacbee 25-5-2021 04:24 PM
Lejen bila dia de skandal smp bini tau.
Nasib baik dah berbaik.

Quote opie5662 25-5-2021 05:27 PM
Bagus la bell.. Janji sentiasa ade job kan... Kalau asek nk jadi hero je... Lpas satu job sendu... Nk buat ape...
Quote azimodin 25-5-2021 06:24 PM
ezacbee replied at 25-5-2021 04:24 PM
Lejen bila dia de skandal smp bini tau.
Nasib baik dah berbaik.

Masa dia berskandal tu zaman dia tengah masyuk giler2 kan, mana2 stesen tv muka dia.. Nak2 pulak RTM (tiap2 weekend ada telemovie). Lepas kese skandal tu dia cam senyap sekejap pastu meriah balik job kat media prima & iklan2
Quote supermum 25-5-2021 06:52 PM
Tak jadi lead pun takpe Yang penting job continuous. Daripada hangat sekejap pastu sendu.
Quote jemahjacjon 25-5-2021 07:00 PM
Hari tu tgok puteri impian. Ada watak tempelan. Dia budak2 nmpk pelakon serius. Makin tua makin ke arah komedi pulak

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071218 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top