CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Elliot Page Dah Buang Payu Dara, Bangga Jadi Lelaki

27-5-2021 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5311| Komen: 13

Description: Pelakon Elliot Page, 34, kini sudah membuang payu daranya selepas memutuskan untuk menjadi transgender dan menukar jantina kepada lelaki.
Pelakon Elliot Page, 34, kini sudah membuang payu daranya selepas memutuskan untuk menjadi transgender dan menukar jantina kepada lelaki.

Bintang siri The Umbrella Academy itu berkongsi gambar terbarunya tanpa baju dengan tubuh yang lebih 'lelaki' dan mendapat kata-kata positif daripada ramai pengikutnya.


Ini termasuk daripada rakan selebriti seperti Miley Cyrus, Nina Dobrev, Justin Cromwell, Justin Min dan ramai lagi.


Foto: Google

Baru-baru ini, Page juga membuat pengakuan dalam program The Oprah Conversation bersama hos Oprah Winfrey mengenai perubahan drastik dirinya.

Katanya, itu adalah keputusan terbaik pernah dilakukan.


Page mengakui dia kini jauh lebih yakin dan selesa dengan penampilannya.

Katanya, dia sangat gembira dengan dirinya yang baharu setiap kali melihat cermin.

"Saya cuma mahu kongsikan kepada semua betapa perubahan ini sangat besar dalam hidup saya. Bukan saja berubah, sebaliknya keputusan ini adalah penyelamat buat diri saya," katanya.

Hujung tahun lalu, Page atau nama asalnya Ellen Page mengejutkan dunia apabila mendedahkan dia memilih bergelar transgender selepas menukar jantina menjadi seorang lelaki.

Dia membuat pengumuman itu di Instagram dengan menggantikan namanya daripada Ellen Page kepada Elliot Page.

Menurutnya, dia sangat bangga berkongsi berita itu tak sangka dia mampu sampai ke tahap itu dalam hidupnya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 27-5-2021 10:47 AM
@AceHand mohon pindah thread ni ke BOD YANG BETUL... tq
Quote 3chanceno 27-5-2021 10:58 AM
Pelik Editor Cari bole salah park artikel
Quote nononcrux 27-5-2021 03:19 PM
lawa lawa jadi jantan plak, tu puting tu kalau tergesel tak sting ka .. tanye jur
Quote maxim 27-5-2021 03:20 PM
sampah mana la korg amek gi jd editor cari ni..artis international ngan tempatan pon x reti beza. ko sekolah x??
Quote Artemesiaa 27-5-2021 06:01 PM
Buruk betul hasilnya
Quote pxlbb 28-5-2021 10:32 AM
Apalah pagi ni takda kerja aku tengok puting & keti org.
Quote primarikey 29-5-2021 02:09 PM
Tetek dh xde...belalai ada tak...
Tanya je..
Quote nadie90 30-5-2021 01:01 AM
Haih mmbygkn dia sanggup buang payudara dia tu buat ceq rsa ngeri
Quote ayra.e 26-7-2021 09:56 PM
Ermm xkenal la pulak
Quote anchak 26-7-2021 10:32 PM
I wonder kalau dia still dapat offer berlakon as lelaki pulak
Quote pro-goals 27-7-2021 12:29 AM
Adoii rupanya
Quote shoyuna 27-7-2021 01:12 PM
Cute je sheols dalam
Juno dulu
Quote semutmanis 28-7-2021 08:53 PM
Dia ni yg cite Umbrella Academy tu kan

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.057131 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top