CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Koperasi Tagih Hutang Guna Mikrofon

6-5-2021 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3379| Komen: 10

Description: Aksi seorang pegawai koperasi meminta ahlinya membayar ansuran pinjaman menggunakan mikrofon yang disambung dengan alat pembesar suara menjadi viral dalam media sosial.
Aksi seorang pegawai koperasi meminta ahlinya membayar ansuran pinjaman menggunakan mikrofon yang disambung dengan alat pembesar suara menjadi viral dalam media sosial.

Lapor Kompas.com, pegawai tersebut yang dikenali sebagai Adli Nawari terpaksa berbuat demikian selepas beberapa ahli koperasi asyik mengelak untuk membayar hutang.


Katanya, mereka sudah dihubungi banyak kali supaya melunaskan bayaran ansuran pinjaman, namun tidak diendahkan.


Tangkap layar video menunjukkan Adli Nawari menggunakan mikrofon dan alat pembesar suara ketika meminta seorang ahli koperasi membayar ansuran pinjaman.

Video yang tular dalam media sosial itu menunjukkan Adli menggunakan mikrofon meminta seorang wanita membayar hutang pinjamannya.

Jelas Adli, dia pada mulanya bertemu dengan wanita itu di rumahnya untuk meminta bayaran ansuran namun kehadirannya tidak dihiraukan.


“Kebetulan ada sekumpulan penduduk sedang berkaraoke berhampiran rumah wanita itu, lalu saya pinjam sebentar mikrofon serta alat pembesar suara.

“Terkejut dengan keadaan itu, wanita tersebut kemudiannya membayar ansuran pinjamannya,” katanya.

Jelas Adli, dia tiada niat untuk memalukan ahli koperasi yang liat membayar hutang.


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-5-2021 11:54 AM
Ni isu semasa ke......
Quote Artemesiaa 6-5-2021 12:07 PM
Macam ikut style along je
Quote Bholatchomel 6-5-2021 12:40 PM
dah malau baru ada akai nak bayar
Quote MontanaHannah 6-5-2021 12:43 PM
Buat sajalah , dha hutan kenalah bayar

kan maszlee kemetot kan kannnnnn

maszlee tu dungu
Quote vee_zara 6-5-2021 02:42 PM
Bukan takde duit, ada je duit tp tak nak bayar hutang
Quote MissVixen 6-5-2021 03:10 PM
Macam ni je ubatnya. Bagi malu... Ini orang yang bagi hutang pulak macam peminta sedekah. Benci betul aku manusia macam ni... Hari2 post di fb ayat2 Al Quran dan ceramah agama tapi perangai IBLIS!
Quote Itzy 6-5-2021 03:48 PM
vee_zara: Bukan takde duit, ada je duit tp tak nak bayar hutang


Haa betul2. Ada tahun lepas aku tengok video youtube pasal ahlong versi indonesia tuntut hutang. Perrgh memang dahsyat. Memang elok la kena tuntut cara samseng sebab tauke cina wanita yang pinjam hutang tu buat macam2 alasan tak nak bayar. So ahlong tu terpaksa guna kekerasan, degil sangat. Yang tuntut tu keturunan portugal timor leste, cam orang kulit hitam orang asli pun ada rupa dia. Kalau yang tuntut tu melayu indon rasanya tak jalan.
Quote highcastle 6-5-2021 04:08 PM
Hakikatnya.. Bila sedara mara atau adik beradik jugak kawan yg hutang, itu yang paling kita sukar nak mintak...........
Quote CiliPadiSedap 6-5-2021 10:14 PM
Itzy: Haa betul2. Ada tahun lepas aku tengok video youtube pasal ahlong versi indonesia tuntut hutang. Perrgh memang dahsyat. Memang elok la kena tuntut car ...

Tiongkok tu owner kedai hardware kan? Depan kamera je tiongkok tu berani, lg pun tiongkok tu dh bayar polisi. So dia org berani.
Quote Babai 7-5-2021 12:12 AM
Sial la jenis taknak bayar hutang ni.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.160287 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top