CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jururawat Masuk ICU Selepas Dos Kedua Sinovac, KKM Tukar Diagnosis?

6-5-2021 10:41 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 12275| Komen: 20|Original author: Oleh: kp5x

Description: Seorang frontliner dikenali dengan nama Nur Hafiza dan bertugas di INS Specialist Centre dikatakan dimasukkan ke ICU selama tiga hari selepas menerima dos kedua vaksin Sinovac pada 22 April lepas.
Seorang frontliner dikenali dengan nama Nur Hafiza dan bertugas di INS Specialist Centre dikatakan dimasukkan ke ICU selama tiga hari selepas menerima dos kedua vaksin Sinovac pada 22 April lepas. 



Kredit foto : Lowyat, Instagram nurhafizaaa._

Timbul persoalan apabila terdapat dua versi nota discaj daripada Hospital Sultanah Bahiyah untuk Nur Hafiza. Nota discaj pertama bertarikh 28 April 2021 di bahagian diagnosis akhir ditulis 'multiple crania neuropathy secondary to AEFI post 2nd dose Synovac Vaccine - in recovery" tetapi diagnosis tersebut ditukar kepada 'multiple crania neuropathy - pending investigation' di dalam nota discaj bertarikh 2 Mei 2021.

Melalui hantaran yang dimuatnaik di laman sosialnya, jururawat berusia 22 tahun itu berkata, dia mengalami 'minor stroke' di bahagian kiri, tidak dapat berjalan dan bercakap. 


Kedua-dua nota discaj yang berbeza tersebut turut dimuat naik dengan mempersoalkan kenapa diagnosisnya ditukar dan adakah ianya disebabkan KKM tidak mahu bertanggungjawab dengan kes kesan sampingan vaksin.


Kedit foto : INstagram nurhafizaaaa._ facebook KJ

Hantaran sama turut dapat dilihat di bahagian komen facebook Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 YB Khairy Jamaluddin namun setakat ini tiada jawapan balas daripada Menteri Vaksin tersebut. 

Perkembangan terkini Nur Hafiza seperti dimaklumkan di laman sosialnya, dia kini sihat dan sedang belajar untuk bercakap dan berjalan seperti biasa semula. Nur Hafiza juga berkata tujuannya berkongsi pengalaman divaksin itu bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. - CARI





1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 6-5-2021 11:25 AM
Akak rasa marhaem seperti adik2 semua banyak dosa...
kayangan banyak pahala..

kerana itulah kayangan hidup sihat aman damai divaksin atau belum divaksin...  

Quote Kenabertaubat 6-5-2021 11:56 AM
Rajin dia buat huruf besar untuk awal setiap perkataan.
Quote mclaren 6-5-2021 12:03 PM
Ingatkan Sinovac takde risiko macsm ni. Nasib baik mild stroke. Buatnya full blown stroke sampai langsung takleh recover... dah lah baru 22 tahun.
Quote Kurex 6-5-2021 12:09 PM
Rengsa la baca ayat yg tiap patah perkataan nak mula dengan huruf besar. Kau kenapa????? Cikgu kau tak halalkan ilmu ke sampai lupa fungsi huruf besar & kecil???
Quote annehuda 6-5-2021 02:39 PM
Nur Hafiza juga berkata tujuannya berkongsi pengalaman divaksin itu bukanlah untuk menyalahkan sesiapa.


sembangnye ko dik
Quote Suchi 6-5-2021 03:26 PM
Misi ins ni apa maksudnya pelatih ke? Sbb umur muda lagi dah tu dia wat bisnes jual produk plak. Boleh eh depa jual produk kecantikkan gitu.


Ingatkan sinovac tak kuat kesan sampingan dia.
Quote kedekek 6-5-2021 05:21 PM
Suchi replied at 6-5-2021 03:26 PM
Misi ins ni apa maksudnya pelatih ke? Sbb umur muda lagi dah tu dia wat bisnes jual produk plak. Bol ...

INS tu ialah infant specialist hospital@hospital besalin swasta d alor setaq dik non
Quote bbasir 6-5-2021 09:08 PM
meluat la baca setiap pekataan tu letak huruf besar.... hahaha jenis attention seeker ke ape ni?
Quote alesandra 6-5-2021 09:41 PM
vaksin neh main random je atau mmg ikut kesuaian umur?mak aku tadi dapat pfizer..sama gak dgn laki kawan dia.so aku pikir warga emas dapat pfizer..yg muda sikit  bakalan dapat sinovac?
Quote NataliaLuiz 6-5-2021 10:55 PM
I harap my parent dapat pfizer. Tawakkal je la.
Quote Zizi999 6-5-2021 11:56 PM
Shre cite tp xde niat menyalahkan. Apekaaahh. Obviously biased statement. Makanye tujuan apekah post berkenaan.
Quote Queenmastani 7-5-2021 04:07 AM
Setakat ni pfitzer yg ada prob dh vaksin still blh positif, ni first time dgr mild strok untuk sinovac (kes dlm negara) rasanya AZ jgk yg bagus kot
Quote azie5zoe 7-5-2021 04:45 PM
Iols 1hb April lepas kena reject untuk suntikan vaksin sonivac ni sebab ada alahan beberapa jenis ubat dan antibiotik. Cik misi ni tak beritahu ke dia ada sakit sekian-sekian, alahan sekian-sekian? masa time iols tu ramai kawan2 kena reject sebab obesiti, kencing manis, darah tinggi, asthma, nyusukan anak and macam2 jugaklah. Sudahnya iols 21hb April lepas baru iols dapat suntikan Pfizer itu pun buat di hospital sebab kena pantau dalam masa 40 minit takut ada kesan alahan sebab vaksin.
Quote Meiizu 8-5-2021 12:36 AM
Kurex replied at 6-5-2021 12:09 PM
Rengsa la baca ayat yg tiap patah perkataan nak mula dengan huruf besar. Kau kenapa????? Cikgu kau t ...

Mcm susah je taip gituuu
Quote Kurex 8-5-2021 10:24 AM
Meiizu replied at 8-5-2021 12:36 AM
Mcm susah je taip gituuu

Ke dia dah setting?
Quote eyansss 8-5-2021 12:36 PM
Kurex replied at 6-5-2021 12:09 PM
Rengsa la baca ayat yg tiap patah perkataan nak mula dengan huruf besar. Kau kenapa????? Cikgu kau t ...

hahahah...  gelak hakak dengan komen ko kurex...
Quote Wonderput 8-5-2021 08:33 PM
alesandra: vaksin neh main random je atau mmg ikut kesuaian umur?mak aku tadi dapat pfizer..sama gak dgn laki kawan dia.so aku pikir warga emas dapat pfizer..yg  ...


Dia register awal kira batch awal ni pfizer
Quote mclaren 9-5-2021 04:37 PM
azie5zoe replied at 7-5-2021 04:45 PM
Iols 1hb April lepas kena reject untuk suntikan vaksin sonivac ni sebab ada alahan beberapa jenis ub ...

Kan dia dah jawab kat atas tu dia takde sakit apa2 dan seirang yang sihat dan aktif.

Dah nak jadi takdir ketentuan.
Quote annehuda 9-5-2021 05:16 PM
'multiple crania neuropathy secondary to AEFI post 2nd dose Synovac Vaccine - in recovery"  actually dalam diagnosis tu pun tulis POST 2nd dose synovac vaccine maksudnye dia dapat sakit tu selepas vaksin, might be coincidence or not. lainlah kalau tulis DUE to 2nd dose vaccine tu barulah boleh claim dia kena sakit tu sebab vaksin

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.256446 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top