CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bimbang Kluster Baju Raya Di Indonesia

4-5-2021 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3212| Komen: 17

Description: Jumlah pengunjung yang membanjiri beberapa pusat membeli-belah di sekitar Makassar bagi mendapatkan keperluan Aidilfitri dibimbangi boleh mencetuskan kluster baharu Covid-19.
Jumlah pengunjung yang membanjiri beberapa pusat membeli-belah di sekitar Makassar bagi mendapatkan keperluan Aidilfitri dibimbangi boleh mencetuskan kluster baharu Covid-19.

Hal ini kerana, pihak pengurusan di kebanyakan pusat beli-belah di sini mengabaikan protokol pencegahan Covid-19, sekali gus menyebabkan para pengunjung juga melakukan tindakan sama.



Kredit foto: Head Topics

Ketua Pasukan Pencegahan Covid-19 Makassar, Iman Hud berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat amaran kepada sejumlah pusat beli-belah yang mengingkari protokol Covid-19.

“Jangan sia-siakan usaha kerajaan dan semua pihak yang bertungkus-lumus kawal jangkitan Cobid-19 di negara ini.

“Jangan disebabkan teruja untuk membeli keperluan Aidilfitri, semua protokol Covid-19 dilupakan dan akhirnya muncul kluster baharu,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Selain itu, Iman juga menegur pengurusan pusat beli-belah yang dilihat hanya mementingkan keuntungan berbanding keselamatan kesihatan sejagat.

Jelas beliau, sepatutnya pihak pengurusan pusat beli-belah lebih jelas mengenai protokol Covid-19 bagi mengelak penularan jangkitan.

Sementara itu, kapasiti orang ramai keluar membeli keperluan hari raya di pusat beli-belah dilaporkan meningkat di 29 daripada 34 wilayah di seluruh negara.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak-Leen 4-5-2021 01:52 PM
Tahun ni akak x mood nak tempah. Ingatkan anak2 yg di campus/asrama x dibenarkan balik. Sekali, eh! Balik! So beli online saja walau bazaar raya x sampai 5 minit dari rumah..
Quote Artemesiaa 4-5-2021 01:56 PM
Sama je macam yang di tanah air
Quote helicornia 4-5-2021 02:16 PM
mana2 perangai sama je
macam la baru tahun ni sambut raya
gigih masing2
Quote krustykrab 4-5-2021 02:19 PM
helicornia replied at 4-5-2021 02:16 PM
mana2 perangai sama je
macam la baru tahun ni sambut raya
gigih masing2

Agaknya diorg ni pikir lps raya masing2 mati akibat covid kot...nxt raya dlm alam kubur masing2
Quote mamichik 4-5-2021 02:29 PM
kita serumpun! hahahaha
Quote sarah82 4-5-2021 02:42 PM
Mujur aku beli online.  
Quote saviour_09 4-5-2021 02:52 PM
jangan sibuk negara org la

gi tengok bazar raya dekat rumah masing2 sudah la

macam ke mampos pulak kalo tak pakai baju raya kheennn?
Quote buapakperut 4-5-2021 06:28 PM
iols jahit sendiri hurrey
Quote damsel_fiji 4-5-2021 06:31 PM
sama jah kat malaysia..lagi best kat ummah sini x abis meratib kayangan2..sendiri prangai cam pala* tak nampak

btw..mana dh netizen yg meratap sayu sedih ketakutan x dpt terawih ramadhan tahun ni..makin sendu jah nampak saf2 kat masjid2..ramainya berkuntum kat jakel sana
Quote MadameOnion 4-5-2021 08:09 PM
Kalau tak cobid pun mmg dah beli online je sejak 4-5 tahun lepas...aku tak suka tmpt sesak
Quote notM 4-5-2021 08:14 PM
Beli Baju bodo la tu?
Quote Minami2013 4-5-2021 08:20 PM
Tak beli pun baju.. ada lagi baju raya tahun lepas.
Quote addved 4-5-2021 08:23 PM
Apa kisah, covid what!?
Quote missyL 4-5-2021 10:22 PM
Malaysia pn lbih kurang jgk..
Bgsnye dieorg feel lg sgt nk beraya iols xde mood nk raya pn..
Bkn leh balik kg pn..baju raya pn xde. Lol
Baju baru ade beli dr cina. Anggap la cm baju raya..

Quote Perawankota 4-5-2021 11:27 PM
Sampai la ni, bazar Ramadhan pon x jejak LG.. Tak sanggup aih nak bersesak mcmtu
Quote mijot 4-5-2021 11:35 PM
kt malaysia pun sama...
Quote mawar_mustika 5-5-2021 10:04 AM
beli bj siap2 b4 pose lagi senang xperlu nk berebut dgn org lain..bln pose blh tumpu ibadat sungguh2

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.160331 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top