CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Halus Juga Permainannya - The Mitchell vs. The Machines (2021) Ada Agenda LGBTQ?

5-5-2021 03:57 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4005| Komen: 12|Original author: Oleh: Natrahn

Description: Halus Juga Permainannya - The Mitchell vs. The Machines (2021) Ada Agenda LGBTQ?


Agenda LGBTQ meresapi pelbagai media?

Terbaru, buat julung-julung kalinya filem animasi pertama dari studio terkemuka Amerika Syarikat, Sony Picture Animation, The Mitchell vs. The Machines (2021) yang dihasilkan untuk kanak-kanak mengandungi agenda lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer secara terbuka (LGBTQ).


Persoalannya di sini, adakah anda bersedia mendedahkan kepada anak-anak anda kepada normalisasi unsur LGBTQ?



Ulasan mengenai filem ini dikongsi seorang pengguna Facebook, November Black menerusi group Dunia Wayang. 

Menurutnya sebelum ini sudah ada filem seumpamanya tapi untuk tontonan orang dewasa berbanding filem ini yang mana golongan sasarannya adalah semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.



Menurut November Black ia boleh mempengaruhi kanak-kanak yang mana otak mereka baru nak berkembang dan mengenal dunia. Umum pasti tahu bahawa anak-anak masih belum matang untuk membezakan baik buruk dan menilai moral cerita sebegini.



Elemen LGBTQ dalam filem ini wujud secara tersirat walaupun tidak ditonjolkan dengan ketara kerana ia bukan sebahagian dari plot utama menurut pengarah filem ini, Michael Rianda.


Kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia harus memastikan pengharaman sebarang paparan gaya hidup homoseksual dari kaca TV, media elektronik dan di layar perak terutamanya terhadap media berbahasa Inggeris, yang terang-terang mempromosinya meskipun jelas bertentangan dengan Islam sebagai agama Persekutuan, dan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.

Manakala, ibu bapa sewajarnya lebih tegas dalam menapis filem atau kartun yang menjadi tontonan anak-anak, dengan menolak segala kartun berunsur budaya tidak selari dengan ajaran agama.

Adakah anda ingin menjadikan LGBTQ sesuatu yang normal untuk tontonan kanak-kanak?  Banyak lagi pilihan animasi lain yang boleh ditonton oleh anak kecil kita - penentu masa depan negara. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-5-2021 04:28 PM
Yelah2.... Senang cerita, semua cerita ada kaitan dgn lgbtq.. ntah pape2
Quote Itzy 5-5-2021 05:10 PM
Ni semua agenda yahudi mabuk nak buat duit, bila agenda lgbt tersebar senang la diaorang nak jual filem. Lepas tu boleh rosakkan komuniti masyarakat islam, biar jadi geng kaum nabi luth.
Quote Adrif 5-5-2021 05:30 PM
hmm.. tapi media Malaysia sendiri sejak puluhan tahun lepas, rilek je ada watak pondan, transgender bagai ni.

kartun Upin Ipin pun ada si lembut Salleh.. eh, tak, Sally.
Quote AbukRokok 5-5-2021 06:31 PM
ini semua Syikin dan Alumni
Quote hasniey 5-5-2021 07:42 PM
Neflix kan..semua dia nak selit lgbtq
Quote anony-mous 6-5-2021 04:34 AM
Movie ni keluaran netflix ke? Movie2 netflix nmpak try hard sgt nk promote lgbt smpai naik menyampah dgn muvi2 netflix
Quote SalenaGomez 6-5-2021 06:17 AM
Kurex replied at 5-5-2021 04:28 PM
Yelah2.... Senang cerita, semua cerita ada kaitan dgn lgbtq.. ntah pape2

Diorg dah start dgn agenda normality n brain wash dari kanak2 lagi...so lama2 lgbtq dah jadi kebiasaan n dah jadi xde apa

Lepas tu lah depa akan gubal law kawin sesama jenis n so on....

Malaysia patut haram kan...this is not normal!!!
Quote merrissa 6-5-2021 06:53 AM
Unsubscribe ler netflix...sonang

Bukak ceramah kat utube je

Quote NataliaLuiz 6-5-2021 07:06 AM
Kat malaysia ni pun ada tgn ghaib campur tgn secara halus serap kristianisasi di taska, sekolah rendah, sekolah menengah..dorg mmg nak sebar pengaruh lgbt, kristian ni dari kecil. Moga Allah lindungi muslimin muslimat semua.
Quote faraway1 6-5-2021 10:06 AM
5 kali tengok dah dengan my daughter..

Penting cita best, hubungan kekeluargaan..



Quote per706 6-5-2021 08:35 PM
Netflix deq.wat do yu espek.
Quote gideoncross 8-5-2021 02:00 AM
Netflix. biasa lh. X skong nnti fans cancelledt plak.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.183639 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top