CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bina Pagar Guna Tahi Lembu Sebab Bergaduh Dengan Jiran

4-5-2021 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2006| Komen: 6

Description: WASHTENAW, MICHIGAN – Akibat bertelingkah dengan jiran, seorang lelaki di negeri Michigan bertindak membina pagar menggunakan najis lembu di antara rumah mereka, lapor akhbar New York Post kelmarin.
WASHTENAW, MICHIGAN – Akibat bertelingkah dengan jiran, seorang lelaki di negeri Michigan bertindak membina pagar menggunakan najis lembu di antara rumah mereka, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Tembok sepanjang 76.2 meter itu dibina selepas berlakunya pertikaian tentang isu tanah antara kedua-dua jiran itu tahun lepas.

“Kebiasannya, orang menaburkan najis lembu di kawasan padang. Namun, dia membuat sempadan menggunakan najis tersebut,” ujar seorang jiran terbabit, Wayne Lambarth kepada stesen televisyen tempatan, Fox2.

Menurut Lambarth, datuknya membangunkan tanah ladang Lodi Township itu kira-kira 100 tahun lepas.


Foto: Agensi

Bagaimanapun, pada tahun lepas, dia dan jirannya bertelingkah mengenai sempadan tanah tersebut.

Pertikaian itu menyebabkan jirannya membuat keputusan untuk membina sendiri tembok sempadan diperbuat daripada najis lembu.

“Itu bukan tembok najis, itu adalah pagar kompos,” ujar jirannya ketika disoal oleh Lambarth mengenai tindakannya itu.

Turut terkesan daripada tindakan itu adalah penyewa rumah Lambarth, Jaidyn Schwarzel dan Coyne Gatto yang terpaksa menghidu bau busuk akibat najis lembu tersebut.

“Saya tidak boleh membiarkan tingkap terbuka kerana kesemua bahagian rumah akan berbau busuk,” ujar Gatto.

Meskipun telah membuat aduan, pihak berkuasa tidak dapat meruntuhkan tembok sempadan itu kerana secara teknikal, tembok sempadan itu berada dalam kawasan tanah lelaki tersebut. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-5-2021 01:00 PM
Mampos mcm tu
Quote tikusmontok 4-5-2021 01:25 PM
kokesen perangai caprut
Quote Artemesiaa 4-5-2021 01:37 PM
Haa hadap kos pun murah tinggal nak kaup letak je
Quote Kurex 4-5-2021 04:30 PM
Mana mungkin leluhur buat benda2 gini....
Quote Ninjanunu 17-5-2021 12:47 PM
Hahaha pandai dia jawab itu pagar kompos
Quote dudaberhias 17-5-2021 12:50 PM
Kurlast pagar kos rendah, siap boleh jadi penawar untuk covid gittew ala2 shield dari covid.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052218 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top