CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditolak Pengantin Wanita Lepas Gagal Baca Sifir 2 Sebelum Kahwin

6-5-2021 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5213| Komen: 35

Description: Hanya kerana tidak tahu asas matematik, seorang lelaki di India tidak dapat berkahwin dengan bakal isterinya.
Hanya kerana tidak tahu asas matematik, seorang lelaki di India tidak dapat berkahwin dengan bakal isterinya.

Lelaki itu tidak menyangka pengantin wanita yang meragui kelayakan pelajarannya membuat 'ujian' matematik sebelum mereka memulakan acara perkahwinan.



Gambar hiasan

Gulf News memetik agensi berita IANS melaporkan lelaki itu diminta membaca sifir dua namun gagal.

Ia membuatkan wanita itu menolak untuk berkahwin dengannya.

Wanita itu dilihat keluar berjalan dari kanopi meninggalkan lokasi majlis sambil berkata, dia tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak tahu asas matematik.

Malah, ahli keluarga dan rakannya gagal memujuk wanita itu.

Sepupu wanita itu berkata, mereka terkejut apabila mengetahui pengantin lelaki itu tidak berpendidikan.

"Keluarga pengantin lelaki menyembunyikan kelayakan pendidikannya. Malah, dia mungkin tidak pernah ke sekolah.


"Keluarga lelaki menipu kami. Tetapi saudara perempuan kami keluar dari majlis itu tanpa rasa takut dengan pandangan orang lain," katanya.

Pegawai Stesen Panwari, Vinod Kumar berkata, lelaki itu datang dari kampung di Dhawar, Mahoba. - Agensi

Katanya, majlis perkahwinan itu diuruskan dengan keluarga kedua-dua pihak dan beberapa penduduk kampung dijemput meraikan pasangan itu.

Polis tidak membuka kertas siasatan kerana perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

Sebagai penyelesaiannya, kedua-dua pihak memulangkan hantaran masing-masing.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kenabertaubat 6-5-2021 11:51 AM
Perempuan tu nak baka cerdik untuk masa depan keluarga dia agaknya.
Quote Skuau 6-5-2021 11:59 AM
payah ni...itu kalo..letakkan 'ujian/peperiksaan' ke atas pasangan memasing.
Quote Abahmung 6-5-2021 12:11 PM
pompuan tu keturunan Ramanujan kot
Quote Boomibulat 6-5-2021 12:39 PM
Sifir dua pun x hapal mmg patut la reject..jgn2 sifir satu pun x hapal tu..
Quote stania83 6-5-2021 12:41 PM
Ios pon reject kalau sifir pon x hafal
Quote batmana 6-5-2021 12:42 PM
isu utama, bkn psl pendidikn sgt, tapi psl tk jujur ni

Quote MontanaHannah 6-5-2021 12:42 PM
jantan bodo mcm itu hanya nak mengotey saja eloklah di tolak mentah-mentah


rupa mesti buruk ,hitam


lainlah mcm Amir Khan....xcukup Bangalore ,walau ke Etophia pasti di ikut setia sampai mati

muahahhahahahahhahahahhahah
Quote sukacactus 6-5-2021 12:45 PM
You go girl!
Semua org ada hak utk memilih
Quote cikkilata 6-5-2021 12:51 PM
Selayaknya la tak jadi kawen.. bagus pompuan camni.. at least laki tu kena ada basic.. kalau basic pun xde, x yah mimpi la perkara2 lain...
Quote buapakperut 6-5-2021 01:22 PM
kalau sifir 2 pun gagal memamg rejext sis, tak apasal2 menurun baka bodoh
Quote Adrif 6-5-2021 01:59 PM
hmmm.. hmmmmmmmm..

rasanya isu sifir ni alasan yang bernas
memang perempuan ni dah reject lelaki ni awal2 rasanya
tapi turutkan mak ayah kalau tak konflik yenadey dushum dushum inspektor sahab.

ni ala-ala Puteri Gunung Ledang reject halus, minta bukan-bukan untuk kahwin
Quote supernaturalee 6-5-2021 02:05 PM
you go girl

for me bkn ttg x pandai matematik
ni ttg die tipu
br kawin dh tipu
just imagine ape jd dlm marriage tu nnt klu kaki kencing mcm ni




Quote Tinot7 6-5-2021 02:10 PM
awat nak nipu? jujur je la..

"Keluarga pengantin lelaki menyembunyikan kelayakan pendidikannya. Malah, dia mungkin tidak pernah ke sekolah.
Quote che-cikL 6-5-2021 02:13 PM
You go girl!
Jangan konsep asal-berlaki.
Quote addved 6-5-2021 02:29 PM
kalau tak tau sifir tapi millionair canne tu?
Quote salimrock 6-5-2021 04:52 PM
addved replied at 6-5-2021 02:29 PM
kalau tak tau sifir tapi millionair canne tu?

jarang orang bodoh jadi millinair, kecuali harta mak bapak,

tp kalo bodoh tak kemana harta tu ......
Quote salimrock 6-5-2021 04:54 PM



Wanita itu dilihat keluar berjalan dari kanopi meninggalkan lokasi majlis sambil berkata, dia tidak boleh berkahwin dengan orang yang tidak tahu asas matematik.




yesza...mcm ni lah ada prinsip, jgn esok tanggung biawak hidup,



''sifir 2 kalo tak hafal memang bodo'' baca ikut intonasi UAI
Quote kakakgarang 6-5-2021 04:55 PM
ayoo.. sifir 2 je kot.. apa benak sgt tu.. mm tak nak la.. takut anak ikut.. seram
Quote mbhcsf 6-5-2021 04:55 PM
alaaa tu senang sangat sifir 2 buatlah dy/dx ....calculus ...best skett...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.150143 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top