CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Iklan Raya Mana Paling Best? Jom Undi!

6-5-2021 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3138| Komen: 12

Description: Antara tradisi wajib lain setiap kali tibanya hari raya, pasti ramai antara kita yang ternanti-nantikan iklan raya sama ada yang mencuit hati atau menggamit memori dalam menaikkan lagi perasaan teruja ...
Antara tradisi wajib lain setiap kali tibanya hari raya, pasti ramai antara kita yang ternanti-nantikan iklan raya sama ada yang mencuit hati atau menggamit memori dalam menaikkan lagi perasaan teruja menyambut Aidilfitri.


Ia adalah satu detik tahunan yang kita nantikan kerana iklan-iklan ini tidak pernah gagal membuat kita ketawa atau menitiskan air mata.


Iklan raya MBSB berjudul Tiada Jurang Melerai Ikatan menampilkan pelakon veteran, Fauziah Nawi.

Apatah lagi tahun ini, kita sekali lagi tidak dapat merentas negeri bertemu keluarga di kampung memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda. Jadi, iklan raya sudah tentu dapat mengubat kerinduan.

Atas dasar itu, Kumpulan Star Media (SMG) mengumpulkan beberapa video raya terbaik tahun 2021 dalam memberi penghormatan kepada iklan perayaan yang menghiburkan namun mengangkat pelbagai makna yang mencerminkan maksud sebenar Aidilfitri.


Setakat ini lebih 30 iklan raya terbaik telah dihimpunkan melibatkan penyertaan daripada pelbagai syarikat dan agensi termasuklah Standard Chartered (Here With You Every Step Of The Way), Maxis (Raya Si Sakan), Watsons (#RayaUnikRayaIkonik), Hong Leong Bank (Suara-Suara Raya Bersama Buskers Malaysia), RHB Sempurna) dan Julies (Ini Iklan Raya Tau?).



Selain itu, SMG turut menerima penyertaan daripada Etiqa menerusi Balik Tanjung Mana?, MBSB (Seerat Jalinan, Semesra Ikatan), Mah Sing (Kunci Hati), Taylor's University (Maaf), LBS Bina Group (Raikan Rezeki Bersama LBS), Power Root (Power Root Raya 2021) dan Mr DIY (Kerana Azman).

Tidak ketinggalan iklan raya daripada Yakult (Throwback Rayakult), Linaco (Remember The Forgotten), Acson (Semangat Raya Kekal Di Hati), Vanilla Millie Crepe (It’s An All Malay-Sian Happy Raya!), Senheng (A Memorable, Meaningful Raya), Herbalife (Beria - Raya Penuh Tenaga!), Nippon Paint (Nippon Paint VirusGuard: Perlindungan Untuk Seisi Keluarga) dan COURTS (Raya Ni Tak Best!).

Tidak terhenti di situ, semua masyarakat Malaysia turut dijemput untuk memilih iklan Hari Raya paling menarik tahun ini selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat bersempena Aidilfitri.


Cara-cara mengundi iklan Raya terbaik tahun ini di The Star.


Ikuti sahaja empat langkah mudah untuk mengambil bahagian.

Langkah 1 - Kunjungi laman berikut; Malaysia’s Most Engaging Raya Video

Langkah 2 - Tonton kompilasi iklan Hari Raya kami.

Langkah 3 - Pilih dan undi tiga video terbaik yang mencuri perhatian anda, memberi inspirasi atau membuat anda menangis.

Langkah 4 - Jawab soalan ringkas selepas mengundi tiga video terbaik dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada Kumpulan Star Media

Anda boleh kembali dan memilih seberapa banyak yang anda mahukan sepanjang tempoh kempen bermula.

Pengundian bermula pada 6 Mei 2021 dan berakhir pada 20 Mei 2021 manakala iklan raya terbaik dan pemenang akan diumumkan pada 28 Mei 2021.

Video pilihan mana bakal menjadi juara?


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 6-5-2021 05:13 PM
Banyaknya iklan raya baru tengok satu dua je.

Btw iklan saji tu amik idea daripada cerita sebenar awat tak minta izin pun dgn tuan cerita sebenar?
Kisah sebenar lebih sedih ikutkan, sbb kisah polis yg terkorban lawan komunis.
Quote kakikuDibibirmu 6-5-2021 05:15 PM
Tajul Cullen/Arief tersenyum sinis

[youtube]Db8ZMam_d8I[/youtube]
Quote ChildrenOfBodom 6-5-2021 08:06 PM
iklan judi raya
Quote chandrahusin 6-5-2021 08:08 PM
https://www.youtube.com/watch?v=gxgTpB-udz0
Masuk PNB punya sekali pls
Hasil kerja kakitangan PNB sndr video ni
Quote ultra78 6-5-2021 08:20 PM
  • GDBET333
  • IBC003

Quote kakikuDibibirmu 6-5-2021 08:23 PM
ultra78 replied at 6-5-2021 08:20 PM
  • GDBET333
  • IBC003



  • Quote vespa_oren 6-5-2021 09:54 PM
    iklan Petronas x masuk k
    Quote alesandra 6-5-2021 09:59 PM
    aku tak pedulik sgt pasal iklan raya neh..cuma utk tahun neh jgnlah lagi aku terpandang anak pompuan abahcow nyanyi lagu raya kat tv.rengse....
    Quote zidane_ziege 7-5-2021 08:59 AM
    TNB!!! aida & jero is backkk..

    Kelakar + sedih
    Quote Simunggu 7-5-2021 09:32 AM
    iklan raya 4D
    Quote Tinot7 7-5-2021 10:38 AM
    kakikuDibibirmu replied at 6-5-2021 05:15 PM
    Tajul Cullen/Arief tersenyum sinis

    Masa kecik2 dolu2 iols main cepe..

    Tak tgk pun iklan2 raya la ni.
    Quote She-Ra 7-5-2021 10:42 AM
    stuck dgn iklan raya hasil karya Arwah Yasmin Ahmad
    dari iklan perayaan sampai ke iklan merdeka.. terkesan sampai harini
    yg lain2 pun ada best cuma yg mmg melekat, iklan2 petronas karya arwah

    Lihat semua komen(12)


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


     


     


    ADVERTISEMENT



    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    7-5-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066004 second(s), 41 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    To Top