Antara tradisi wajib lain setiap kali tibanya hari raya, pasti ramai antara kita yang ternanti-nantikan iklan raya sama ada yang mencuit hati atau menggamit memori dalam menaikkan lagi perasaan teruja menyambut Aidilfitri.
Ia adalah satu detik tahunan yang kita nantikan kerana iklan-iklan ini tidak pernah gagal membuat kita ketawa atau menitiskan air mata.
Iklan raya MBSB berjudul Tiada Jurang Melerai Ikatan menampilkan pelakon veteran, Fauziah Nawi.
Apatah lagi tahun ini, kita sekali lagi tidak dapat merentas negeri bertemu keluarga di kampung memandangkan pandemik Covid-19 masih belum reda. Jadi, iklan raya sudah tentu dapat mengubat kerinduan.
Atas dasar itu, Kumpulan Star Media (SMG) mengumpulkan beberapa video raya terbaik tahun 2021 dalam memberi penghormatan kepada iklan perayaan yang menghiburkan namun mengangkat pelbagai makna yang mencerminkan maksud sebenar Aidilfitri.
Setakat ini lebih 30 iklan raya terbaik telah dihimpunkan melibatkan penyertaan daripada pelbagai syarikat dan agensi termasuklah Standard Chartered (Here With You Every Step Of The Way), Maxis (Raya Si Sakan), Watsons (#RayaUnikRayaIkonik), Hong Leong Bank (Suara-Suara Raya Bersama Buskers Malaysia), RHB Sempurna) dan Julies (Ini Iklan Raya Tau?).
Selain itu, SMG turut menerima penyertaan daripada Etiqa menerusi Balik Tanjung Mana?, MBSB (Seerat Jalinan, Semesra Ikatan), Mah Sing (Kunci Hati), Taylor's University (Maaf), LBS Bina Group (Raikan Rezeki Bersama LBS), Power Root (Power Root Raya 2021) dan Mr DIY (Kerana Azman).
Tidak ketinggalan iklan raya daripada Yakult (Throwback Rayakult), Linaco (Remember The Forgotten), Acson (Semangat Raya Kekal Di Hati), Vanilla Millie Crepe (It’s An All Malay-Sian Happy Raya!), Senheng (A Memorable, Meaningful Raya), Herbalife (Beria - Raya Penuh Tenaga!), Nippon Paint (Nippon Paint VirusGuard: Perlindungan Untuk Seisi Keluarga) dan COURTS (Raya Ni Tak Best!).
Tidak terhenti di situ, semua masyarakat Malaysia turut dijemput untuk memilih iklan Hari Raya paling menarik tahun ini selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat bersempena Aidilfitri.
Cara-cara mengundi iklan Raya terbaik tahun ini di The Star.
Ikuti sahaja empat langkah mudah untuk mengambil bahagian.
Post time 6-5-2021 05:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Banyaknya iklan raya baru tengok satu dua je.
Btw iklan saji tu amik idea daripada cerita sebenar awat tak minta izin pun dgn tuan cerita sebenar?
Kisah sebenar lebih sedih ikutkan, sbb kisah polis yg terkorban lawan komunis.
stuck dgn iklan raya hasil karya Arwah Yasmin Ahmad
dari iklan perayaan sampai ke iklan merdeka.. terkesan sampai harini
yg lain2 pun ada best cuma yg mmg melekat, iklan2 petronas karya arwah