CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Jatuh Dari Tingkat 21 Ketika Cuci Tingkap

27-4-2021 06:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5628| Komen: 20

Description: Seorang wanita maut apabila terjatuh dari ketinggian 67 meter selepas hilang imbangan ketika dia mencuci tingkap luar flat kediamannya di Kazan, barat daya Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Seorang wanita maut apabila terjatuh dari ketinggian 67 meter selepas hilang imbangan ketika dia mencuci tingkap luar flat kediamannya di Kazan, barat daya Rusia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Olga Nautelova, 27, yang disahkan maut di tempat kejadian, dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di flatnya di tingkat 21.


Kredit foto: NAUTELOVA jatuh pada ketinggian 67 meter. – Efir TV Chanel

Seorang saksi insiden itu berkata, dia melihat Nautelove meniti pagar balkoni untuk cuba membersihkan bahagian luar tingkap sebelum tiba-tiba hilang imbangan badan.

Kejadian itu sempat dirakam oleh sistem televisyen tertutup (CCTV) yang turut menunjukkan badan mangsa menjunam jatuh dan terhempas di kaki lima bangunan.

Polis kini sedang menyoal siasat saksi kemalangan bagi mengenal pasti urutan kejadian.



“Kecuaian ketika mencuci tingkap adalah versi utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan,” lapor saluran televisyen tempatan, Plohie Novosti TG.

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual kereta Nissan, berkahwin dengan seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Kasim Nauletov, demikian menurut laporan tersebut.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 27-4-2021 08:22 AM
Hotel lama aku keje dulu, tukang cuci tingkap jatuh dari tingkat 21 ke 27 tak silap. Arwah tak pakai harness, kebetulan gondola yg dia naik tu putus cable ke apa masa tu. Ingat LG bulan puasa, Tgh2 keje tiba2 bunyi dentum mcm org accident. Bersepai kepala.
Quote hareeeesah 27-4-2021 09:26 AM
Beraninya la dia ni.. patut tak perlu la. Kalau rumah tingkat satu logik la jugak lagi {:dot
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:13 PM
Aduhhh. Tinggi tuu
Quote mikasa 27-4-2021 01:54 PM
Perawankota replied at 27-4-2021 08:22 AM
Hotel lama aku keje dulu, tukang cuci tingkap jatuh dari tingkat 21 ke 27 tak silap. Arwah tak pakai ...

Jap2. Jatuh dari tingkat 21 ke tingkap 27? Ditarik ke atas sebb gondola putus ke
Quote Artemesiaa 27-4-2021 01:58 PM
Terlalu berani akhirnya nyawa sendiri yang melayang
Quote bottombikini 27-4-2021 01:59 PM
aku dok tkt 11
tak kose nak cuci tingkap

lantak situ
Quote Suchi 27-4-2021 02:01 PM
Aduh ngeri..Nak cari org yg boleh cuci tingkap tp taktau ada ke servis gini hat cuci tingkap apartmen.
Selalu suami buat kita risau juga. Geram ngn si merpati 2 sejoli ni asik kotorkan tingkap je
Puas dah halau takde ke sapa2 nak buat lauk?
Hati burung merpati makanan sunnah tau.
Quote Jitu 27-4-2021 02:34 PM
ngerinya
Quote Perawankota 27-4-2021 04:45 PM
mikasa replied at 27-4-2021 01:54 PM
Jap2. Jatuh dari tingkat 21 ke tingkap 27? Ditarik ke atas sebb gondola putus ke

X ingat samada tingkat 21 atau tingkat 27. Gondola tu dari atas turun ke bawah.. Tali cable putus. Pastu arwah x safety harness. So terus jatuh ke bawah.
Quote Baladna804 27-4-2021 04:54 PM
Kesian.. melayang nyawa
Quote Belibis 27-4-2021 07:40 PM
mikasa replied at 27-4-2021 01:54 PM
Jap2. Jatuh dari tingkat 21 ke tingkap 27? Ditarik ke atas sebb gondola putus ke

21 atau 27 kottt..bukan 21 ke 27..gituuu
Quote Cece1234 27-4-2021 07:49 PM
Kesiannya..i duduk rumah teres pun xkoser nak cuci tingkap
Quote mikasa 27-4-2021 07:52 PM
Belibis replied at 27-4-2021 07:40 PM
21 atau 27 kottt..bukan 21 ke 27..gituuu

Kena baca dengan nada perbualan baru faham maksud...

Mohon maaf atas salah faham
Quote mikasa 27-4-2021 07:53 PM
Perawankota replied at 27-4-2021 04:45 PM
X ingat samada tingkat 21 atau tingkat 27. Gondola tu dari atas turun ke bawah.. Tali cable putus. ...

Baru hamba faham....
Quote dani-rox 27-4-2021 10:27 PM
Tingginya... Mesti jenis tak tahu apa itu perasaan gayat.
Kesian. btw cantek jugak rupa mendiang. RIP Olga Nautelova.

Teringat bideo yt masak2 org kampung di Russia, dia org panggil sesama sendirik dgn nama penuh wpun bff bertahun2.
Quote jazaa100 27-4-2021 10:41 PM
dani-rox replied at 27-4-2021 10:27 PM
Tingginya... Mesti jenis tak tahu apa itu perasaan gayat.
Kesian. btw cantek jugak rupa mendiang.  ...

kat msia sini klu yg Islamik memang akn panggil nama penuh kannn.....

rengsa aku.....
Quote dani-rox 27-4-2021 10:46 PM
jazaa100 replied at 27-4-2021 10:41 PM
kat msia sini klu yg Islamik memang akn panggil nama penuh kannn.....

rengsa aku.....

hahaha... kalau nama mcm anak2 suhaimi anti vaksin, confirm terbelit lidah
Quote Sazida 14-5-2021 09:00 PM
Suchi: Aduh ngeri..Nak cari org yg boleh cuci tingkap tp taktau ada ke servis gini hat cuci tingkap apartmen.Selalu suami buat kita risau juga. Geram ngn si  ...


Chuols search jah kt shopee or lazada. Brush yg magnet utk cuci tingkap. Iols lupa nama apa. Kejap iols tlg carikn
Quote Sazida 14-5-2021 09:02 PM
Suchi: Aduh ngeri..Nak cari org yg boleh cuci tingkap tp taktau ada ke servis gini hat cuci tingkap apartmen.Selalu suami buat kita risau juga. Geram ngn si  ...



Nama dia magnetic window cleaner. Harga bwh 80 utk sepasang.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049146 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top