CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tahan Fahmi Reza & Mukmin Nantang Adalah Tindakan Kerajaan Terdesak - Anwar

27-4-2021 06:47 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2959| Komen: 4|Original author: Oleh: LilRose

Description: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penahanan pereka grafik Fahmi Reza dan aktivis Mukmin Nantang sebagai penekanan kebebasan bersuara dan bereskpresi yang melampau.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penahanan pereka grafik Fahmi Reza dan aktivis Mukmin Nantang sebagai penekanan kebebasan bersuara dan bereskpresi yang melampau.

Dakwanya menerusi satu hantaran di Facebook, ia jelas menunjukkan kerajaan terdesak untuk menghentikan kritikan dan terus berpaut pada kuasa.



Kredit foto: IG

Menerusi kenyataannya itu, Anwar mendesak kerajaan untuk berhenti menggunakan undang-undang lapuk bagi menghentikan kebebasan mengkritik dan pandangan berbeza.

Justeru, beliau menggesa kerajaan untuk mendengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan sebaliknya. 

"Malaysia sudahpun menyaksikan rekod hak asasi manusia dan tingkat kebebasan medianya merudum parah di bawah kerajaan hari ini yang terus terusan menyalahgunakan kuasa.

Kerajaan mesti segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk untuk menekan suara-suara kritikan dan pendapat yang berbeda," tulisnya.



Kredit foto:

Terdahulu, Fahmi direman bagi membantu siasatan kes menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan mewujudkan koleksi lagu berbaur sindiran di Spotify.

Manakala, Mukmin ditahan selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP ketika berhimpun di sempadan penguatkuasaan PKPD di Kampung Muhibbah Raya di Tawu bagi menggesa kerajaan tidak melanjutkan PKPD di kawasan itu pada 24 April, lapor Suara Merdeka. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 27-4-2021 08:27 AM
Bodoh, kritik vs menghina are two different thing...
Quote kasibiman 27-4-2021 08:52 AM
exactly.

anwar makin senja makin bodoh eh?
Quote djzara81 27-4-2021 09:47 AM
Bang non oh bang non. Bab2 ni champion nahhh..video pe cite?
Quote NataliaLuiz 27-4-2021 01:18 PM
Yada yada yada whatever.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.060198 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top