View: 1610|Reply: 4
|
Tahan Fahmi Reza & Mukmin Nantang Adalah Tindakan Kerajaan Terdesak - Anwar
[Copy link]
|
|
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penahanan pereka grafik Fahmi Reza dan aktivis Mukmin Nantang sebagai penekanan kebebasan bersuara dan bereskpresi yang melampau.
Dakwanya menerusi satu hantaran di Facebook, ia jelas menunjukkan kerajaan terdesak untuk menghentikan kritikan dan terus berpaut pada kuasa.
Kredit foto: IG
Menerusi kenyataannya itu, Anwar mendesak kerajaan untuk berhenti menggunakan undang-undang lapuk bagi menghentikan kebebasan mengkritik dan pandangan berbeza.
Justeru, beliau menggesa kerajaan untuk mendengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan sebaliknya.
"Malaysia sudahpun menyaksikan rekod hak asasi manusia dan tingkat kebebasan medianya merudum parah di bawah kerajaan hari ini yang terus terusan menyalahgunakan kuasa.
Kerajaan mesti segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk untuk menekan suara-suara kritikan dan pendapat yang berbeda," tulisnya.
Kredit foto:
Terdahulu, Fahmi direman bagi membantu siasatan kes menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan mewujudkan koleksi lagu berbaur sindiran di Spotify.
Manakala, Mukmin ditahan selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP ketika berhimpun di sempadan penguatkuasaan PKPD di Kampung Muhibbah Raya di Tawu bagi menggesa kerajaan tidak melanjutkan PKPD di kawasan itu pada 24 April, lapor Suara Merdeka. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh, kritik vs menghina are two different thing...
|
|
|
|
|
|
|
|
exactly.
anwar makin senja makin bodoh eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Bang non oh bang non. Bab2 ni champion nahhh..video pe cite? |
|
|
|
|
|
|
| |
|