CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lori Balak Terjunam Ke Dalam Tasik, Pemandu Hilang Dikhuatiri Lemas

23-4-2021 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2297| Komen: 5

Description: GUA MUSANG: Seorang pemandu lori balak dikhuatiri lemas, selepas kenderaan sarat muatan dipandunya terjunam dan terbalik dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang dekat Pos Blau, petang sem ...
GUA MUSANG: Seorang pemandu lori balak dikhuatiri lemas, selepas kenderaan sarat muatan dipandunya terjunam dan terbalik dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang dekat Pos Blau, petang semalam.


Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa berusia 30-an dalam perjalanan membawa kira-kira 50 batang balak ke pusat timbang balak di Kampung Kuala Betis.

Ketua Polis Daerah, Superintandan Sik Choon Foo, berkata kayu balak terbabit diangkut mangsa dari sebuah betau di tidak jauh dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, treler terbabit hilang kawalan ketika melalui satu selekoh menurungi bukit, ketika dalam perjalanannya ke Kampung Kuala Betis.


Foto: Harian Metro
Katanya, akibat kejadian itu, kenderaannya terbabas ke sebelah kiri laluan sebelum terjunam dalam tasik bersama sebahagian muatan balak di atasnya.


"Bagaimanapun, setakat ini identiti mangsa belum diperoleh kerana gerakan mencarinya masih gagal menemuinya lelaki terbabit, "katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, lewat petang semalam.

Choon Foo berkata, berdasarkan laporan rakan mangsa, kayu balak terbabit hendak dihantar ke kilang papan di Ipoh dan mangsa dikatakan pertama kali datang mengambil muatan di situ.

"Sebahagian kayu balak dari treler dipandu mangsa turut terjatuh di tepi tasik terbabit dipercayai akibat rantai pengikat yang putus," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor, berkata operasi mencari dan menyelamat disambung semula hari ini dengan bantuan pasukan skuba selepas ditangguhkan jam 6.30 petang semalam. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 23-4-2021 12:24 PM
Rindunya jalan ni gi cameron.
Quote Straya 23-4-2021 01:14 PM
Rantai pengikat putus?Masih guna tali ikat untuk balak macam 30 tahun lepas adoi.Buat aniaya aje pemandu lori.Kakau ada kereta belakang lori habis kena hempap kayu balak jugak
Quote Pixie902 23-4-2021 01:17 PM
Takziah kpd keluarga.

Entah kenapa...kalau kematian semasa cari rezeki ni...sayu je fikirkan ahli keluarga yg ditinggalkan...

Tapi kalau muatan sampai 50 batang balak tu tak ke menempah maut?  
Sampai boleh terputus rantai pengikat.

Macamana kalau kejadian berlaku di jalanraya atau lebuhraya?  Dah tak pasal2 org lain
terlibat sama.

Harap pihak berwajib ambil berat unsur2 kecuaian mcm ni dan syarikat2 fikir juga
keselamatan pemandu.  Harap keluarga dpt pampasan dan insurans yg sewajarnya.
Quote kucingitam 23-4-2021 01:38 PM
abg jiman...huhu...seram dgn lori balak..
Quote mrsamz 23-4-2021 02:03 PM
Pixie902 replied at 23-4-2021 01:17 PM
Takziah kpd keluarga.

Entah kenapa...kalau kematian semasa cari rezeki ni...sayu je fikirkan ahli ...

Kat gua musang chuolls..sapa je nak cek..jauh bebeno ke dalam tempatnya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.160972 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top