CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Sendiri Lagu, Didie Alias Jadi Penyanyi Pula

23-4-2021 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4062| Komen: 25

Description: Siapa sangka, walaupun sudah beberapa bulan drama bersiri Takdir Yang Tertulis melabuhkan tirainya, nama Che Salmah masih meniti di bibir peminat dan penonton setia drama itu.
Siapa sangka, walaupun sudah beberapa bulan drama bersiri Takdir Yang Tertulis melabuhkan tirainya, nama Che Salmah masih meniti di bibir peminat dan penonton setia drama itu.


Secara tak langsung, itu membuktikan aksi dan lakonan Didie Alias membawa watak itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat penonton.

Disebabkan populariti watak itu, Didie mencurahkan idea serta keringatnya dalam lagu yang diberi judul Tap Tap Love menggabungkan beberapa dialog yang pernah dilantunkannya sebagai Che Salmah.

Foto: IG


"Saya pun tak sangka walaupun drama itu sudah tamat, watak Che Salmah itu masih kekal dalam ingatan penonton setianya. Malah, fenomena itu juga mencuri perhatian syarikat rakaman Suria Records (SRC) yang melamar saya untuk bekerjasama dalam single baharu ini.


"Pada awalnya, SRC mencadangkan untuk saya merakamkan lagu runut bunyi Takdir Yang Tertulis 2. Namun, saya sendiri pun tak pasti sama ada drama bersiri itu akan diteruskan untuk musim kedua.

"Jadi, mereka menukar rancangan dan mencadangkan saya menghasilkan single khas untuk peminat dan sesuai digunakan untuk pelbagai acara termasuk Aidilfitri dan sebagainya," katanya.



Berkongsi mengenai proses penghasilan single ciptaan dua komposer, Ilya Hida dan Ruvi itu, Didie menganggap ia adalah 'kerja gila'.

"Ini memang kerja gila! Dalam masa dua minggu, kami cuba menyiapkan single ini dan alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Didie, kerana konsep single sulungnya ini adalah lagu pop, ia juga akan digunakan sebagai lagu tema untuk acara sempena Aidilfitri yang dikelolakannya.


"Pada 30 April ini hingga 2 Mei nanti berlangsung acara Raya Bersama Che Salmah 2021 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan secara tak langsung, lagu ini juga sesuai untuk saya gunakan sebagai lagu tema.

"Jadi, dah alang-alang semuanya dihasilkan lebih kurang dalam masa sama, saya jalankan secara serentak untuk acara besar itu dan mempromosikan single baharu," katanya.

Didie mengharapkan single sulungnya ini diterima baik oleh peminat dan pendengar, sekali gus membantu menghiburkan mereka yang tertekan akibat pandemik Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-4-2021 11:14 AM
Oh Tuhan...

Kitaorang dah bincang pasal ni dari minggu lepas lagi la bengap!
Quote slyfynx 23-4-2021 11:16 AM
Thread Rikuren (17/4)

Perlu ke ko bukak cite basi wartawan cari oiiiiiiiiii
Quote user.name 23-4-2021 01:21 PM
[youtube]DQyMdlQkuTg[/youtube]
Quote user.name 23-4-2021 01:21 PM
[youtube]DoAHpi1-tGc[/youtube]
Quote user.name 23-4-2021 01:22 PM
[youtube]4N1zq3QnHeQ[/youtube]
Quote user.name 23-4-2021 01:22 PM
[youtube]a0Qy-3TiFR4[/youtube]
Quote user.name 23-4-2021 01:23 PM
[youtube]7h8Wv3aA2Dw[/youtube]
Quote user.name 23-4-2021 01:23 PM
[youtube]te0lrQK0UDQ[/youtube]
Quote user.name 23-4-2021 01:24 PM
[youtube]riTo5a0oGtI[/youtube]
Quote user.name 23-4-2021 01:25 PM
[youtube]jlLACsTwNYA[/youtube]
Quote user.name 23-4-2021 01:25 PM
[youtube]alFcBjomPP0[/youtube]
Quote ina_na 23-4-2021 04:01 PM
user.name replied at 23-4-2021 01:25 PM

Tertib nye la dl dia ni kan

Quote gideoncross 24-4-2021 02:26 PM

Dh lama brkubur Max247 ni, bgus.
Quote user.name 24-4-2021 08:08 PM
gideoncross replied at 24-4-2021 02:26 PM
Dh lama brkubur Max247 ni, bgus.

bakalan calon gv8 yang tersingkir awal nanti? ke dengan didie sekali join gv8 jugak alang2 dah ada single ko mampooo?
Quote dua_chzy 24-4-2021 09:51 PM
Tetiba teringat muka dia masa muda awal 90an dulu. Cantik.
Quote sharlenetexas 24-4-2021 10:00 PM
dua_chzy replied at 24-4-2021 09:51 PM
Tetiba teringat muka dia masa muda awal 90an dulu. Cantik.

Masa berlakon Kanta Serigala dulu.
Quote dua_chzy 24-4-2021 10:06 PM
sharlenetexas replied at 24-4-2021 10:00 PM
Masa berlakon Kanta Serigala dulu.

Yaaaa movie tuuuu. Yang tak best pun. Jalan cerita pun dah tak ingat.
Quote sharlenetexas 24-4-2021 10:09 PM
dua_chzy replied at 24-4-2021 10:06 PM
Yaaaa movie tuuuu. Yang tak best pun. Jalan cerita pun dah tak ingat.

Muda dulu hot. Tua ni nmpk kecut.

Quote sharlenetexas 24-4-2021 10:59 PM

[youtube]CpV4zeve_DI[/youtube]

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.291812 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top