CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

AC Mizal Pernah Makan Tisu Bersama Kuah Roti Canai Orang, Isteri Tak Tahu

23-4-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22980| Komen: 187

Description: Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berkongsi satu kisah yang mungkin tidak ramai tahu ketika dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka, lebih 18 tahun la ...
Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berkongsi satu kisah yang mungkin tidak ramai tahu ketika dia dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka, lebih 18 tahun lalu.


Jelasnya, fasa merupakan zaman sukarnya di dalam kerjaya seni ketika itu.


Foto: IG

“Kelahiran anak pertama kami, Muhammad Reeve Damien. Waktu ini kami tengah susah. Malah ketika isteri saya mengandungkan Reeve tujuh bulan pertama, duit dalam bank akaun ada RM250 saja.

“Waktu ini boleh dikatakan saat saya jatuh, di mana banyak cerita mengenai saya macam-macam,” katanya.

AC bercerita mengenai perkara itu menerusi program hiburan terbaru, Media Hiburan Throwback episod pertama yang dihoskan Radin Era, baru-baru ini.


Dedahnya lagi, isterinya terpaksa melahirkan anak sulungnya itu secara pembedahan kerana mengalami sakit bersalin lebih 12 jam.


Foto: Media Hiburan

“Ketika ini waktu 12 tengah malam. Pada waktu itu, isteri saya sakit mengandung lebih 12 jam. Bulan Ogos ketika itu, Allah bagi rezeki pada saya dapat tawaran empat drama sekali gus… tak tidur malam.

“Akan tetapi pada waktu isteri nak melahirkan, duit pada hanya cukup untuk bersalin secara normal sahaja. Akan tetapi oleh kerana 12 jam sakit, mahu tak mahu lakukan prosedur pembedahan. Bayaran berlakon pun masih banyak yang tak dapat lagi.

“Tidak mengapalah, saya minta isteri untuk lakukan pembedahan, duit saya cari. Alhamdulillah saya ada seorang rakan di Ipoh yang berikan saya pinjam duit. Ketika ini memang susah betul.



“Ketika isteri mengandungkan ni… saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah canai orang. Isteri tak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita pasal kesusahan dengan saya tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya sejurus Radin menunjukkan artikel lama yang merakamkan Emylia mendukung anak sulung di wad bersalin.




Sementara itu, AC turut mengakui kehadiran anak-anak banyak membukanya pintu rezeki.

“Lahirnya anak lelaki saya, rezeki mulai terbuka dan kehadiran anak perempuan saya, Fya Erissa memang Dia lebih bukakan rezeki. Memang rezeki anak, kami hanya menumpang,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 23-4-2021 12:35 PM
Baru tauuuu..artis2 ni susah rupanyaaaaa..nanti ada yang citer makan kayu celup tepung pulak.
Quote sfrnna 23-4-2021 12:40 PM
Edited by sfrnna at 23-4-2021 01:10 PM

Anak dgn 1st wife camna pulak? Bila anak dato cakap dia makan tisu. Kahkahkah. Dulu2 roti pun baru 50sen kot. Jalan tepi Jalan pun boleh jumpa seplosen tau.
Quote haznor 23-4-2021 12:42 PM
Bukan dia ni anak dato ke, tokey stesen minyak. Tak kan la makan tisu kot ....
Quote ezacbee 23-4-2021 12:44 PM
Nape nak makan tisu?
Beli la roti 90sen.. oo dia xde duit
Quote otai_g 23-4-2021 12:50 PM
haznor replied at 23-4-2021 12:42 PM
Bukan dia ni anak dato ke, tokey stesen minyak. Tak kan la makan tisu kot ....

Itu lah. Kalo x silap dia anak dato.
Quote msdummy.2018 23-4-2021 12:50 PM
Hapo rmi xtau..aku naik muntah dgr..dr mula2 rasa kesian dan kagum nie nk mnth..sma talk show yg dia jd guest akan kuar citer ni punyaaa
Quote Perawankota 23-4-2021 12:50 PM
haznor replied at 23-4-2021 12:42 PM
Bukan dia ni anak dato ke, tokey stesen minyak. Tak kan la makan tisu kot ....

Baru nak cakap... Nak jugak buat cerita ala2 filem Azura. Anak Datuk, tapi kawen tak restu, pastu kena usaha sendiri dari bawah.. Cenggituh ke?
Quote reddots 23-4-2021 12:54 PM
Engko makan batu goreng pasir sekali pun ada haku kesah
Quote awanysss 23-4-2021 01:00 PM
sfrnna replied at 23-4-2021 12:40 PM
Anak dgn 1st wife camna pulak.

kan..
kurang ajar pulak statement dia aku rasa..
mcm tak wujud anak2 lain..
nampak sangat jenis tak bg nafkah..

Quote missyL 23-4-2021 01:03 PM
Tisu bole mkn ke..
Klo ckp makan kuah kari je ok lagi
Quote bulalof 23-4-2021 01:06 PM
elemen dramatik drama melayu mesti kena ada....
Quote Pujangga22 23-4-2021 01:11 PM
haritu nmpk iklan sepintas lalu  mawar rashid nangis2 time susah mkn nasi ngn telur
Quote bbasir 23-4-2021 01:14 PM
waaaaa susahnyaaaaa... aku dlu zaman susah, kuah roti canai ke tisu ke mmg tak mampu. so mampu makan udara je.
Quote tupaiterbang 23-4-2021 01:15 PM
dia makan roti tisu kot..menipu je koje dia, dulu nipu gelang magnet.
Quote gideoncross 23-4-2021 01:24 PM
tupaiterbang replied at 23-4-2021 01:15 PM
dia makan roti tisu kot..menipu je koje dia, dulu nipu gelang magnet.

Roti tisu ni yg mcmna bntuknya? Iol x prnh tngok.
Quote tagas 23-4-2021 01:30 PM
Arwah bapak bekas ketua polis

ade umah banglo area elit kat muo nun

lg maw sembang mkn tisu ka
Quote Tinot7 23-4-2021 01:45 PM
gideoncross replied at 23-4-2021 01:24 PM
Roti tisu ni yg mcmna bntuknya? Iol x prnh tngok.

Camni

[youtube]6tZHOG1COdE[/youtube]
Quote SANKURIANG 23-4-2021 02:15 PM
Ni apa lagi la ni....pakat2 semua nak citer pasal kau susah dolu2....nak bgtau sekarang guna tisu buat istinjak ke? Dolu2 makan tisu , semua orang prnh susah..kau nak suruh orang pikir apa la ni...
Quote ketupatnasi 23-4-2021 02:18 PM
tagas replied at 23-4-2021 01:30 PM
Arwah bapak bekas ketua polis

ade umah banglo area elit kat muo nun

sejenis anak yang berdikari gituhhhh!!

tak lama lagi boleh kluar buku motivasi tak pun buat kelas macam Zizang Semang.

'From Tissue to Toffee'

Lihat semua komen(187)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061052 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top