CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahan Dibuli, Lelaki 'Angkut' Geng Bunuh Rakan Sekerja

21-4-2021 06:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2567| Komen: 12

Description: Akibat sering dibuli di tempat kerja, seorang lelaki bertindak mengajak beberapa individu untuk membunuh rakan sekerjanya di sebuah pangsapuri di Jalan Kemajuan, Subang di sini, Ahad lepas.
Akibat sering dibuli di tempat kerja, seorang lelaki bertindak mengajak beberapa individu untuk membunuh rakan sekerjanya di sebuah pangsapuri di Jalan Kemajuan, Subang di sini, Ahad lepas.

Mayat mangsa, seorang lelaki tempatan berumur 20 tahun, ditemukan berbungkus dengan plastik hitam dalam sebuah tong sampah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kehilangan mangsa hanya disedari ibu saudaranya apabila tidak menerima panggilan telefon seperti kebiasaan yang menyatakan dia telah pulang daripada bekerja semalam.

“Ibu saudara mangsa kemudian menghubungi majikan mangsa dan diberitahu bahawa mangsa tidak hadir bekerja. Ekoran itu, polis membuat pemeriksaan di kediaman mangsa dan mendapati ia berselerak selain terdapat kesan tompok darah dalam tandas.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup di pangsapuri itu mendapati tiga lelaki memasuki rumah mangsa pada 12 tengah malam sebelum mangsa pulang setengah jam kemudian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini.


Rakaman itu seterusnya menunjukkan ketiga-tiga lelaki keluar dari rumah mangsa dengan menolak sebuah tong sampah.

Polis kemudian menemui dokumen peribadi dan dompet mangsa di bawah jejambat di Jalan SS 16/1 sebelum menjumpai sebuah tong sampah di kawasan berhampiran jalan itu.

“Pemeriksaan pada tong sampah itu mendapati sebuah beg hitam yang di dalamnya dipercayai ada mayat. Pasukan forensik mengesahkan penemuan itu adalah mayat manusia,” katanya.

Susulan penemuan itu, polis telah melakukan tangkapan di empat lokasi semalam iaitu dua di sekitar ibu negara, Kajang di Selangor serta Port Dickson di Negeri Sembilan yang melibatkan empat suspek lelaki berumur lingkungan 20 hingga 25 tahun.

“Ujian air kencing kesemua mereka didapati negatif dadah dan siasatan lanjut mendapati suspek utama merupakan rakan serumah dan rakan sekerja kepada mangsa,” katanya.

Suspek pertama direman selama empat hari hingga Jumaat ini manakala tiga lagi termasuk suspek utama direman enam hari hingga 26 April di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-4-2021 07:00 AM
Saspek warga asing jugak ke apa?
Quote zarulnazmi 21-4-2021 07:19 AM
buli membawa padah
Quote kaedahnya 21-4-2021 08:48 AM
memang tak terpikir cari umah & kerja lain ke before bunuh tu. kerja la dengan kengkawan yang ngam tu. maybe terbunuh kot.
Quote AnBulisia 21-4-2021 08:51 AM
orang tu dah mati
bolehlah beri alasan kena buli ke apa ke
dah dia tak boleh nak menjawab
entah entah ada sebab lain
pinjam ubat gigi sampai habis ke
tak flush tandas ke
makan tak basuh pinggan ke..
Quote Carcosa 21-4-2021 10:08 AM
Adoiii. Me'ols baca tajuk, mati2 ingat kejadian kat Brazil ke, Mexico ke. Ghopernya di tanah air. Kojut meols
Quote batusembilan 21-4-2021 10:19 AM
buli, ragging.......semua ni penyakit mental.
Quote kelip2_07 21-4-2021 10:20 AM
org dh mati blh la ckp mcm2..tggu kena soal jap lg msti kaur cite sebenar
Quote imanda 21-4-2021 12:20 PM
giler ahh.. buang mayat mcm gitu je mcm sampah.
pastu cpt je polis dpt detect.
menakutkan la hai berita2 kat msia skg ni. ngeri
Quote gideoncross 21-4-2021 02:09 PM
Klau lh iol ada kbranian nk buat camni kat org2 yg dh prnh mmbuli iol dlu. Haih, bullying sucks. Wlaupn dh lma brlalu, msih lgi tringat bila kna buli tu, truk.
Quote haruslah 21-4-2021 02:11 PM
Org dah mati boleh la nak kata buli
Tp masih duduk dgn pembuli
Quote She-Ra 21-4-2021 02:12 PM
orang kita makin lama makin mengerikan
lebih ngeri dr hantu atau haiwan buas

rakan serumah tuuu.. mesti ada kes lain kot, takkan la sebab buli.. ehh ntahla
Quote Orix 21-4-2021 02:24 PM
yg dibuli membunuh pembuli... susah sikit iols nk percaya sbb yg dibuli bawak geng... selalu yg kena buli ni xde geng, ini siap ada geng yg smpi tahap membunuh.... entah2 engko yg keje pemalas kuat curi tulang kena tegur agaknya terus kau claim dia buli kau

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058003 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top